Majlis Syura PAS telah lama putuskan ahli bersekutu
Johari Jaafar
Fri | Aug 15, 08 | 1:59:03 am MYT
IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Setelah mendapat penjelasan daripada wakil PAS
Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa tentangan daripada
perwakilan terhadap usul Dewan Muslimat PAS Selangor yang mahu bukan
Islam diterima menjadi ahli bersekutu, akhirnya muslimat Selangor
bersetuju menyerahkan kepada Majlis Syura' membuat keputusan dan akur
terhadap keputusan itu.
Sebelum ini Muslimat Selangor mengusulkan meminta dan menggesa Pusat
PAS Pusat PAS Pusat menerima bukan Islam sebagai ahli bersekutu.
Turut berucap membahaskan usul tersebut, Dr Mariah Mahmood lebih
cenderong mahu kelab penyokong PAS dimantapkan terlebih dahulu bagi
mengelakkan pandangan yang kurang baik daripada kalangan ahli.
"Ahli bersekutu bagi orang bukan Islam tidak banyak kelebihan, mereka
masih tidak boleh mengundi, nanti kita ditohmah hanya mahu menjadikan
mereka hanya golongan `kelas kedua," katanya.
"Kita perlu memantap dan mengembangkan kelab penyokong PAS dalam masa
yang negatif, sama kita perlu memberikan Majlis Syura untuk membuat
keputusannya, katanya.
Tuan Ibrahim, dalam penerangannya kepada para perwakilan memberitahu
Majlis Syura' sudah lama membuat keputusan menerima bukan Islam
menjadi ahli bersekutu tetapi telah menangguhkan keputusan itu kerana
banyak memberikan implikasi yang negatif.
Beliau turut menjelaskan satu seminar mengenai kesan positif dan
negatif apabila bukan Islam diterima menjadi ahli penuh. - tmj/mks._
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment