Date:

[harakahdaily] Muslimat digesa tangani isu keruntuhan akhlak

Muslimat digesa tangani isu keruntuhan akhlak
Nuha Rahim
Fri | Aug 15, 08 | 1:47:22 am MYT

IPOH,15 Ogos(Hrkh) - Barisan muslimat perlu ke hadapan dalam
mengetengahkan isu-isu melibatkan keruntuhan akhlak masyarakat
terutamanya dalam usaha mencegah kemungkaran, kata Naib Ketua Dewan
Muslimat Negeri Selangor, Mariam Abd Rashid hari ini.

"Sepatutnya, konsert-konsert hiburan seperti Konsert Ella dan Mas
Idayu di Selangor serta Konsert Inul mendapat bantahan daripada Dewan
Muslimat. Sebaliknya, Dewan Pemuda pula yang terkehadapan membantah
konsert ini sedangkan konsert itu melibatkan kaum hawa, "ujarnya dalam
sesi pergulungan Dewan Muslimat yang diadakan di Hotel Hillcity, Jalan
Gopeng di sini semalam.

Sebelum itu, Mariam menegaskan supaya kemenangan yang dicapai dalam
pilihan raya umum yang ke-12 yang lalu diisi sebaik mungkin.

Menurutnya, Allah SWT telah memberi tunjuk ajar kepada kita dalam
usaha mengisi kemenangan ini dalam Surah Al-Fath, ayat 1 hingga 4.

"Allah SWT menyuruh kita untuk bertasbih dan memohon ampun atas
kemenangan yang diperoleh,"katanya.

Justeru, tambahnya segala perselisihan yang berlaku adalah sebagai
satu rahmat untuk semua lapisan masyarakat.

Sementara itu, Naib Ketua Muslimat Kelantan mengajak semua hadirin
untuk menilai kembali sumber-sumber kekuatan yang menatijahkan
kemenangan dalam pilihanraya lalu.

"Kita perlu membantu untuk menggerakkan jentera dari semua pihak dalam
memenuhi segala janji-janji yang pernah kita taburkan dalam pilihan
raya yang lalu," tegasnya.

Beliau mencadangkan supaya Dewan Muslimat menjadi ibu angkat bagi
negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Perak,
Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

"Hal ini mampu merealisasikan impian kita melunaskan janji pada
rakyat. Turunlah dua atau tiga kali sebulan agar kita terus berjuang
untuk membela rakyat marhaen," katanya. - tmj/mks. _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Y! Messenger

Quick file sharing

Send up to 1GB of

files in an IM.

Health Groups

for people over 40

Join people who are

staying in shape.

.

__,_._,___

No comments: