Date:

[harakahdaily] Muslimat pada era kemenangan dilihat masih belum menonjol

Muslimat pada era kemenangan dilihat masih belum menonjol
Saidah Hairan
Thu | Aug 14, 08 | 12:48:47 pm MYT

Suara Muslimat yang menjadi perwakilan Muktamar Dewan Muslimat PAS
Pusat dijangka mengamatkan dewan Hillycity, Ipoh hari ini.

Buat pertama kalinya, muktamar kali ke-48 itu berlangsung dalam
suasana PAS telah mencapai kemenangan di beberapa negeri dengan
mengekalkan pentadbiran di bawah kepimpinan ulama di Kelantan.

Kejayaan empat muslimat yang menjadi Adun dan tiga ahli Parlimen
merupakan satu pencapaian memberangsangkan terhadap keberkesanan
tanggungjawab muslimat selama ini.

Suatu ketika dahulu Dewan Muslimat pernah dilebelkan sebagai 'katak di
bawah tempurung'. Bagaimanapun, istilah itu lenyap setelah Ketua
Muslimat bersilih ganti. �

Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena dengan kehendak perwakilan
muslimat kerana setiap penggal mereka akan menggantikan Ketua Muslimat
PAS Pusat.

Apakah mungkin gabungan yang kelihatan mantap antara Ketua Muslimat,
Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Timbalan, Wan Hasrina Wan Hassan dan
Naib, YB Siti Zailah Mohd Yusof dapat bertahan lebih dua penggal?

Ketiga-tiga tokoh ini merupakan pimpinan yang berpengalaman mentadbir
Muslimat di negeri masing-masing. Tentu, selama setahun berganding
sudah ada resepi yang boleh disatukan untuk membawa Muslimat maju
daripada sudut pemikiran dan penampilan.

Setahun akan berlalu, namun masih kedengaran suara-suara sumbang di
warong kopi mempertikai saf kepimpinan baru Dewan Muslimat di bawah
Nuridah. �

Penampilan Seri Kandi dalam himpunan rakyat anjuran Bersih cukup
menampar kewibawaan beliau sebagai Ketua Muslimat Pusat dan Wilayah
Persekutuan.

Siapakah Seri Kandi? Apakah kaitan dengan Nisa' Wal Banat. Jika Nisa'
Wal Banat di bawah Dewan Muslimat bagaimana pula dengan Seri Kandi?
Apakah mereka dikalangan remaja Muslimat yang sama tetapi dalam waktu
tertentu mereka terpaksa menyarung T'shirt yang berlainan.

Dalam meniti kehidupan dengan penuh kesabaran, ibu 10 orang anak ini
mungkin terus teruji bukan saja daripada kalangan saf kepimpinan
Muslimat Pusat bahkan negeri, kawasan dan cawangan.

Era kepimpinananya, PAS telah berjaya menawan beberapa kerusi Dun dan
Parlimen di lima buah negeri. Lebih mengejutkan Titiwangsa turut
ditawan oleh PAS. Beban terus terpikul di bahunya bagi memastikan
kemenangan Muslimat PAS berkekalan.

"Gerak kerja muslimat perlu dilakukan terus, bukan hanya ceramah
tetapi muslimat mesti mendekati masyarakat dengan lebih kerap," komen
seorang guru kerajaan di Selangor.

"Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab muslimat di atas bahu
beliau saja. Timbalan, Naib dan saf kepimpinan Muslimat Pusat perlu
bekerjasama dan sepadu dalam melaksanakan tanggungjawab.

"Elakkan persengkataan, kita tidak mahu mendengar Muslimat terus
bercakaran. Kita tidak mahu ada lagi muslimat yang bersikap 'tikam
kawan dari belakang'," katanya.

Keterlewatan Dewan Muslimat dalam mendepani isu-isu juga perlu
diperbaiki. Jika kelemahan ini berterusan ia akan menjejaskan
krediabiliti Ketua Muslimat tersebut.

Sehingga kini ada pihak yang mendakwa kepimpinan Muslimat Pusat tidak
sensitif, peka, lambat dalam mendepani isu. Dalam isu kehilangan
kanak-kanak Nurin Jazlin Jazimin (meninggal dunia) dan Sharlinie
(masih belum ditemui) pimpinan Muslimat Pusat dilihat terlalu lewat
mengunjungi ahli keluarganya.

Apakah pimpinan Muslimat Pusat hanya meletakkan tanggungjawab dan
peranan mendepani isu masyarakat di bahu Ketuanya saja?

Kepekaan Setiausahanya, Aiman Athirah Al-Jundi membuat kenyataan media
berhubung isu wanita dan politik semasa banyak membantu keberkesanan
kepimpinan Nuridah.

Manakala Ketua Penerangan, Salbiah Abd Wahab yang akur dengan ruangan
Muslimat dalam Harakah setiap dua minggu sekali turut memberi impak
betapa pentingnya kesepaduan dan kesepakatan dalam jemaah.

Bagaimanapun, Dewan Muslimat ketika ini masih belum dilihat lebih
menonjol daripada kepimpinan terdahulu. Mungkin tempoh setahun masih
belum matang untuk melakukan perubahan dan melaksanakan polisi baru.

Isu muzakarah yang sengaja dicanang oleh media massa arus perdana atas
arahan Umno-BN telah memberi tempias kepada Nuridah. Kebijaksanaan
diperlukan dalam memikirkan pelawaan Naib Ketua Wanita Umno, Dato'
Sharizat Abd Jalil bagi menjauhi fitnah orang luar.

Dalam isu muzakarah, Nuridah menegaskan; "Muzakarah tidak salah.
Wanita Umno atau sesiapa saja boleh berbincang dengan Muslimat PAS."

Bagaimanapun katanya, untuk bergabung dengan Umno pimpinan PAS perlu
fikir baik-baik dan mengimbas sejarah lalu kerana rakyat telah menolak
Umno.

Walaupun PAS telah menetapkan pendirian tidak akan bergabung dengan
Umno bagaimana pula dengan perlawaan Sharizat untuk bertemu dengan
Nuridah.

Apakah Nuridah akan melakukan pertemuan dengan wanita Umno secara
senyap? Jika beliau sudah mampu dan bersedia menjawab segala soalan
maut daripada perwakilan, sila.

Mungkin bukan sahaja soalan daripada perwakilan muslimat tetapi
muslimin turut mengajukan soalan yang sama dalam Muktamar Pusat, 16
hingga 17 nanti.

Era kepimpinan Muslimat yang baru ini masih dipertikai. Belum cukup
ujian dan cabaran untuk mereka terus memimpin muslimat di seluruh
negara dan menjadi contoh kepada wanita dunia. Sesungguhnya cabaran
kepimpinan Muslimat kali ini lebih teruji.

Paling penting cabaran utama untuk Nuridah selaku Ketua Muslimat,
bagaimana mahu mengisi kemenangan dan mempertahankan kemenangan tersebut.

Sudah pasti, intipati ucaptama beliau dalam Muktamar berkisar tentang
kemenangan PAS dalam Pilihan raya ke-12.

Muktamar kali ini merupakan ujian dan cabaran bagi pimpinan Dewan
Muslimat yang baru setahun diamanahkan oleh perwakilan dan masih belum
melepasi usia kematangan.

Mungkin kematangan itu hanya dapat dinilai pada Muktamar ke-49. Tahun
pemilihan merupakan medan perwakilan memilih pemimpin yang benar-benar
layak dan pastinya berkhidmat kerana Allah. - lanh _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Yahoo! Groups

Latest product news

Join Mod. Central

stay connected.

10 Day Club

on Yahoo! Groups

Share the benefits

of a high fiber diet.

.

__,_._,___

No comments: