Date:

[harakahdaily] Najib akui sukar gugat Anwar di Permatang Pauh

Najib akui sukar gugat Anwar di Permatang Pauh
Mohd Sabri Said
Thu | Aug 14, 08 | 1:09:43 pm MYT

PERMATANG PAUH, 14 Ogos (Hrkh) - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
(BN) merangkap Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak
mengakui bukan mudah untuk BN menang dalam pilihan raya kecil Parlimen
Permatang Pauh (P44) pada 26 Ogos ini.

BN sambungnya, mesti ada jentera yang mencukupi daripada semua
komponennya baru keputusan boleh menyebelahi kerajaan kerana kawasan
tersebut adalah kubu kuat pembangkang sejak 1999.

"Kita jangan ambil mudah untuk menang besar di sini tanpa usaha yang
kuat dan bersungguh. Kerja kita hendaklah bersepadu dengan melupai
sementara sengketa dalaman yang tidak menguntungkan parti, " ujarnya
ketika melancarkan jentera BN bagi Permatang Pauh di Sunway Carnival
Mall semalam.

Namun beliau yakin calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah merupakan calon
yang disegani dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh
rakyat Permatang Pauh berbanding calon Parti Keadilan Rakyat
(KeADILan) yang terlalu banyak masa di Kuala Lumpur bila menang kelak.

Jelasnya lagi, tidak mungkin jika Dato' Seri Anwar menang dalam
pilihan raya kecil itu beliau boleh jadi Perdana Menteri kerana ramai
anggota BN telah bertekad tidak melompat parti sebagaimana yang
dirancangkan olehnya.

BN kata Najib, tidak memperjudikan kes liwat dalam kempen kali ini
memandangkan bukan BN yang reka isu tersebut atau memainkan isu
perkauman sepertimana KeADILan dan rakanya dalam Pakatan Rakyat.

"Tak mungkin ada katak yang akan lompat bersama mereka. Jika satu dua
barangkali tapi jika angka 30...no way, " terangnya di hadapan dua
ribu penyokong BN.

Pilihan raya ini tambah beliau, bukan isu peribadi tapi merupakan hala
tuju negara ini jika tersalah memilih bermakna rakyat menempa kerugian
untuk selamanya. Sepanjang tempuh sembilan tahun berada di bawah
pembangkang langsung tiada kemajuan yang diterokai bahkan rakyat hanya
di buai dengan simpati semata-mata.

Sementara itu calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah ketika berucap
menegaskan, jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh beliau
berjanji akan melakukan lonjakan pembangunan kepada semua rakyat tanpa
mengira latar belakang politik.

Tapi, bagaimanapun masih mengakui ia bukan jalan mudah mencapai impian
itu melainkan wujud gerakan bersepadu serta kemahuan rakyat untuk berubah.

Hadir dalam program tersebut ialah Ketua Penerangan Umno Malaysia,
Muhammad Taib; Setiausaha BN, Tengku Adnan Tengku Mansor; Pengerusi BN
Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon; Timbalan Pengerusi Umno Negeri,
Dato' Abdul Rashid Abdullah dan ramai lagi. - mks._

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Ads on Yahoo!

Learn more now.

Reach customers

searching for you.

Best of Y! Groups

Check it out

and nominate your

group to be featured.

.

__,_._,___

No comments: