Pemuda Melaka mahu ruang lebih luas bagi Kelab Penyokong PAS
Zaili Muhammad
Thu | Aug 14, 08 | 1:43:32 pm MYT
IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Melaka mahukan ruang lebih
luas diberikan kepada Kelab Penyokong PAS sama ada melalui pentas
politik mahupun peluang dalam mana-mana kerajaan yang diterajui oleh
PAS bagi memantapkan kerjasama di antara pelbagai kaum.
Menurut Pemangku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad
Abdullah, penglibatan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS sewajarnya
ditingkatkan menerusi pentas politik mahupun dalam mana-mana kerajaan
yang diterajui PAS.
"Pemuda Melaka merasakan perlu ahli-ahli Kelab Penyokong PAS ini
diberi ruang lebih luas sama ada melalui pentas politik mahupun tempat
dalam kerajaan pimpinan PAS bagi membuktikan kerjasama yang lebih erat
dan berterusan.
"Kami juga mengharapkan suatu bentuk atau manhaj yang sesuai dapat
disediakan bagi memahamkan asas perjuangan PAS yang berasaskan
Al-Quran dan hadith," kata Yuhaizad.
Beliau seterusnya meminta gerak-kerja penerangan Pemuda Pusat
diperkasakan kerana mutakhir ini dilihat seolah kehebatan penerangan
pemuda semakin lesu dan terlampau dibayangi oleh limpahan program
penerangan pusat.
Malah katanya, ketika pelbagai isu nasional yang begitu hebat dan
panas melanda negara kita mutakhir ini, Dewan Pemuda PAS Pusat seolah
kehilangan Ketua Penerangan bagi mendepani pelbagai serangan dari
pihak kerajaan BN.
"Kita harap kelesuan ini dapat diatasi segera selepas kita
bermuhasabah dan jangan biarkan rakyat khusus ahli-ahli parti
terkapai-kapai untuk memperolehi maklumat yang berkaitan parti dan
juga isu semasa yang berkaitan dengan dasar," katanya.
Beliau juga meminta pemuda bersama-sama memantapkan kembali kefahaman
dan gerak-kerja seterusnya mempertingkatkan lagi usaha bagi
mengambil-alih teraju kepimpinan negara.- tajdid_
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment