Pengeluaran lesen dari sumber haram di negeri Pakatan Rakyat dipantau
Mohd Nor Yahya
Thu | Aug 14, 08 | 12:45:20 pm MYT
IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Dewan Ulama PAS Pusat tetap akan menegur
mana-mana negeri Pakatan Rakyat yang meluluskan lesen-lesen berkaitan
dengan sumber kewangan haram seperti judi dan arak.
Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Haji Muhammed Daud, Dewan
Ulamak akan terus memberi nasihat dan pandangan kepada semua kerajaan
di bawah Pakatan Rakyat dalam isu ini. "Kita akan tetap mempertahankan
sumber-sumber yang halal sebagai peneraju utama dalam menjalankan urus
tadbir negeri-negeri ini" ujar beliau. Menyentuh tentang situasi yang
berbeza di antara negeri-negeri Pakatan Rakyat ini terutaman kaum-kaum
lain, beliau menyedari suasana ini, namun Dewan Ulamak tetap berharap
kerajaan mengkaji semula lesen-lesen yang diberikan itu. Kami juga
berharap pihak kerajaan Pakatan Rakyat membuat satu garis panduan
tentang kawasan dan jenis-jenis perniagaan yang berkaitan dengan
permis arak iaitu hanya menghadkan di kawasan-kawasan yang penduduknya
terdiri dari kaum-kaum lain. Sehubungan dengan itu, kami juga berharap
pihak penguatkuasa menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dalam
memantau umat Islam supaya tidak terlibat dengan minuman keras dan
pelbagai jenis perjudian. "Di Kelantan, lesen judi tidak dibenarkan
terus kerana ia juga memberi kemudaratan kepada kaum-kaum lain dan ia
tidak mendapat sebarang tentangan dan kini ianya berjalan dengan baik"
ujar beliau. "Saya juga berharap permis judi di negeri Pakatan Rakyat
ditutup sama sekali dan hanya lesen jualan arak sahaja dikeluarkan,
itu pun untuk kaum bukan Islam sahaja" Katanya lagi. Beliau berkata
demikian ketika diadakan sidang media, turut hadir ialah Ustaz Harun
Taib,Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ustaz Hashim Jasin,
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAs Pusat. - (tmj)_
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment