Permatang Pauh: Jentera BN mula tabur wang di kampung-kampung?
Mohd Sabri Said
Fri | Aug 15, 08 | 7:08:11 am MYT
Umno dan Barisan Nasional (BN) mula menggerakkan jentera secara tidak
beretika apabila melaburkan wang ringgit kepada penduduk sekitar
Parlimen Permatang Pauh (P44) mulai kelmarin.
Selari dengan pengumuman calon BN oleh Timbalan Pengerusi BN, Dato'
Seri Najib Tun Razak sewaktu merasmikan jentera BN di Sunway Carnival
Mall tepat jam 10.30 malam maka bermulakan jentera Umno ke
kampung-kampung untuk memancing undi agar tidak memberikan sokongan
kepada calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Langkah mereka agar sumbang apabila dapat dihidu oleh petugas KeADILan
dan anggota parti lain dalam Pakatan Rakyat di beberapa buah kampung
sekitar Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti yang dimenangi Timbalan
Menteri, Mohd Fairus Khairuddin.
Ada sumber memberitahu sebenarnya petugas BN telah masuk kampung lebih
awal bersama pemimpin atasan parti mereka seperti Ketua Menteri Melaka
yang juga Naib Presiden Umno, Dato' Ali Rustam.
Sesiapa yang pergi mendengar ceramah kelompok tajaan mereka akan
dihadiahkan wang saku sebanyak RM100.00 seorang. Semua perbuatan itu
diperlakukan untuk menarik pengundi Melayu agar tidak lagi bersimpati
dengan nasib yang dihadapi oleh calon KeADILan.
Bagi jentera Umno, PAS, DAP dan KeADILan adalah petualang bangsa dan
agama kerana bersekongkol dengan gerakan menjatuhkan pemerintah yang
ditunjangi Umno.
Bukan itu sahaja malahan cakap-cakap perkauman juga kian dihebuskan
bagi menakutkan orang ramai terutamanya masyarakat melayu yang berbudi
bahasa, sopan dan tidak pandai melawan cakap pemerintah.
Antara kampung yang telah dikenal pasti dimasuki ejen-ejen berkenaan
ialah kampung belakang Sekolah Menengah Penanti, Guar Perahu,
Mengkuang dan Kuala Mengkuang.
Setiap hari jentera yang terdiri daripada ibu-ibu, puteri dan
sebahagian ahli yang aktif akan menggunakan berbagai kesempatan untuk
bertemu rakyat di kampung-kampung.
Mereka terpaksa buat begitu kerana setiap kali ceramah anjuran Umno
dan BN seringkali tidak mendapat kejayaan.
Jadi, cara yang paling terbaik ialah turun padang jalan kaki sampai
berpeluh-peluh untuk menunjukan kepada rakyat jelata kesungguhan BN
untuk memenangi parlimen ini demi maruah dan kebajikan rakyat yang
kurang terbela di bawah kerajaan Pakatan Rakyat yang menguasai Pulau
Pinang.
Pastinya, mula malam berkempen iaitu 16 Ogos sehinggalah malam
terakhir longgokan wang ringgit akan bertaburan di sana sini.
Sekali pandang adanya Pilihan raya Kecil di mana sahaja bermakna
peniaga kecil di sekitar kawasan mengundi akan menguat keuntungan
berlipat kali ganda.
Bila ada individu memberikan wang ambil sahaja kerana wang itu wang
rakyat bukan anugerah BN. Bak kata Menteri Besar Kelantan ' Bagi duit
ambil, bagi kain pakai bila undi pangkah Pakatan Rakyat'.
Pengundi Melayu yang menjadi pertaruhan kali ini harus menilai di mana
kedudukan kerajaan hari ini yang tidak langsung memberikan peruntukan
kepada Ahli Parlimen pembangkang atau Dun yang diwakili Adun
pembangkang berlainan dengan ciri-ciri kepimpinan Menteri Besar
Kelantan atau Trengganu dulunya.
Apa pun rakyat Permatang Pauh sahaja yang boleh menilai kerajaan mana
yang harus dipilih.
Buatlah pemilihan betul nanti semuanya selamat dan hidup dalam keadaan
aman dan makmur. - mks._
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment