Date:

[harakahdaily] Raja Nazrin tidak perkenan Hadi,Nik Aziz berkhutbah

Raja Nazrin tidak perkenan Hadi,Nik Aziz berkhutbah
Harakahdaily
Fri | Aug 15, 08 | 7:20:54 am MYT

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Hrkh) -Pihak istana memaklumkan bahawa Raja
Muda Perak Raja Nazrin Shah tidak memperkenankan untuk Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru
Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan khutbah Jumaat di
Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri di Ipoh) dan Masjid Sultan
Azlan Shah, Ipoh, hari ini.

Bernama melaporkan, perkara itu disampaikan kepada Ustaz Hadi ketika
menghadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semalam, kata
Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata titah itu adalah selaras
dengan pendirian bahawa masjid dan surau di Perak haruslah bebas
daripada sebarang pengaruh politik kepartian.

Katanya hanya imam yang mendapat tauliah daripada Sultan Perak yang
boleh menyampaikan khutbah di masjid-masjid di Perak.

Sebelum ini,kedua-dua tokoh pemimpin PAS yang disegani itu diberitakan
telah mendapat perkenan oleh Raja Nazrin ketika Menteri Besar Perak,
Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap tuanku pagi semalam.

Perkara itu telah disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Anuar
Hashim ketika menghubungi Harakahdaily semalam.

Katanya, Tuan Guru Nik Aziz akan menyampaikan khutbah jumaat di Masjid
Negeri Ipoh manakala Presiden PAS akan berkhutbah di Masjid Sultan
Azlan Shah di Intim Ipoh. Kedua-duanya berkhutbah pada hari yang sama.
- mks. _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Y! Messenger

Want a quick chat?

Chat over IM with

group members.

All-Bran

Day 10 Club

on Yahoo! Groups

Feel better with fiber.

.

__,_._,___

No comments: