UiTM: Laporan media menjurus perkauman - MB Selangor
Saidah Hairan
Thu | Aug 14, 08 | 1:05:47 pm MYT
SHAH ALAM, 14 Ogos (Hrkh) - Kerajaan Negeri Selangor kesal dengan
pihak media yang sengaja mengulas laporan di luar konteks asal
berhubung cadangan pembukaan pelajar asing dan bukan bumiputera
mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) lebih menjurus
kepada isu perkauman.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kerajaan
negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak pernah bermaksud mempertikaikan
hak-hak keistimewaan pelajar bumiputera dan sedar bahawa UiTM
ditubuhkan bagi membantu mengangkat martabat pelajar Melayu serta
bumiputera Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, kerajaan negeri terus menjunjung semangat Perlembagaan
Persekutuan termasuk Artikel 153 Mengenai Hak-hak Istimewa Orang Melayu.
Menurut beliau, pihak Kerajaan Negeri berharap isu itu tidak
dipanjangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mengingatkan
pelajar supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh
sesetengah pihak.
Berhubung pembukaan kuota 10 peratus kepada pelajar asing dan bukan
bumiputera katanya, kenyataan itu dibuat ketika menjawab soalan
daripada pihak media dan bukan menjadi dasar kerajaan Pakatan Rakyat
untuk meletakkan kuota tersebut.
Katanya, ulasan itu dibuat daripada konteks mempertingkatkan mutu
serta kualiti pendidikan tinggi dalam era globalisasi sekali gus
membuka peluang pekerjaan lebih luas kepada pelajar Melayu dan bumiputera.
Menurut beliau, dalam melaksanakan aspirasi bangsa Melayu, UiTM
sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu yang melibatkan
kuota saja.
Tambah beliau, ia perlu memberi lebih fokus dalam menaikkan mutu dan
kemudahan universiti supaya ia boleh dianggap sebagai sebuah institusi
pengajian tinggi yang disegani.
Justeru tegasnya, kerajaan negeri berharap pelajar dan ahli akademik
UiTM perlu berusaha mengembeleng tenaga menolong pihak Kerajaan Negeri
dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di Selangor serta dapat
menjayakan polisi 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'. - lanh _
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment