Date:

[harakahdaily] Usul penubuhan Dewan Muslimat Muda ditolak

Usul penubuhan Dewan Muslimat Muda ditolak
Roy Rasul
Fri | Aug 15, 08 | 1:40:02 am MYT

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Usul mengenai Dewan Muslimat Muda yang
dibangkit oleh negeri Melaka ditolak oleh perwakilan dalam sidang
muktamar Dewan Muslimat Pusat ke-48 yang diadakan di Hotel Hillcity,
dekat sini semalam.

Usul tersebut hanya mendapat sokongan daripada dua negeri iaitu Melaka
dan Kelantan.

Wakil daripada Johor, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan yang
bangun berucap menolak usul atas alasan Dewan Muslimat Pusat sudah
mempunyai unit Nisa'.

Bahkan mereka berpendapat kapasiti yang ada tidak cukup untuk
menggerakkannya.

Perwakilan mahu perkasakan Nisa' dan ia perlu diserap dalamd
Dewan-dewan Muslimat seperti di kawasan, negeri, dan Pusat.

Perak bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh Wilayah
Persekutuan,Johor dan Perak juga menolak usul mengenai pembentukan
Dewan Muda dan kita perlu perkasa Nisa'.

"Kita juga memerlukan tenaga orang lama untuk membantu generasi muda
bagi menyambung perjuangan Rasulullah untuk menegakkan agama Allah,"
ucap wakil Perak yang juga Ketua Nisa Perak, Haliza Hamidon.

Sementara itu wakil Kelantan, Senator Mumtaz Mohd Nawi yang menyokong
usul tersebut berkata mengapa perwakilan takut untuk menerima dewan
baru itu.

Sementara itu, Dewan Muslimat negeri Melaka, berkata menyedari jarak
umur Muslimat PAS cukup luas, semestinya wujud corak pemikiran dan
tindakan yang berbeza dan kini Dewan Muslimat seakan diungguli
golongan yang rata-ratanya berusia 40 tahun ke atas.- tmj/mks._

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Need traffic?

Drive customers

With search ads

on Yahoo!

Y! Messenger

Group get-together

Host a free online

conference on IM.

.

__,_._,___

No comments: