Date:

[harakahdaily] Abdullah perlu membela nasib pelarian Palestin

Abdullah perlu membela nasib pelarian Palestin

Fahri Abdullah al-Masri
Sun | Nov 23, 08 | 12:10:49 am MYT

Sejak 1948, saat bumi Palestin digempur kuasa Barat, bermulalah episod gelap yang menyaksikan rakyatnya menjadi mangsa dan berterusan hidup sebagai pelarian.

Iklan
 
 
   

Namun begitu, dalam perkembangan terbaru, wujud usaha mendesak Malaysia agar dapat menyelesaikan masalah penempatan pelarian Palestin. Beberapa buah NGO baru-baru ini telah berangkat ke khamah pelarian Palestin yang bersempadan Iraq dan Syria pada 9, 13 November lalu.

Di bawah seliaan UNHCR Damascus, Syria.
Lawatan di bawah seliaan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Damascus, Syria itu melibatkan NGO-NGO tujuh buah negara; Kanada, USA, Australia, Belgium, Netherlands, Sweden dan Chech Republic. Delegasi Malaysia terdiri dari empat buah NGO yang diwakili perwakilan seperti tercatit dibawah:

Wakil PKPIM Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, lawatan ini adalah untuk melihat sendiri situasi pelarian Palestin yang terperangkap di tiga buah kem pelarian di sempadan Syria, Iraq iaitu di kem Al-Waleed (Iraq, sempadan Syria), Al-Tanf (Syria dan Iraq di 'no mans land') dan El-Hol (Syria, sempadan Iraq).

Pihak UNHCR Damascus telah mengatur lawatan kami untuk melihat situasi kem-kem tersebut dan membekalkan kepada kami latar belakang maklumat setiap kem termasuk maklumat mengenai profail pelarian.

"Matlamat tinjauan ini adalah untuk mencari penyelesaian sementara atau tetap untuk menempatkan semula pelarian ke negara-negara dunia ketiga agar penderitaan sejak 3 tahun itu dapat dihentikan untuk menjamin masa depan anak-anak mereka," katanya.

Kisah pelarian
Sebelum pencerobohan Amerika pada 2003, kira-kira 34,000 pelarian Palestin tanpa warganegara tinggal di Iraq terutama di Baghdad iaitu di kawasan Baladiyat.

Kebanyakannya datang ke Iraq sejak 1948 apabila mereka dihalau berikutan tertubuhnya Israel. Selain itu, ada kalangan mereka yang datang ke Iraq setelah dihalau dari Kuwait selepas berlakunya perang Teluk pada tahun 1991.

Warga Palestin ini sejak itu, telah melalui kehidupan berpindah randah beberapa kali sehingga pejadi pelarian yang tidak mempunyai tempat tetap di samping kehilangan hak hidup yang terjamin.

Sejak 2006, keadaan jadi tidak selamat di Iraq, hingga ratusan ribu rakyat Iraq termasuk warga Palestin melarikan diri ke negara-negara jiran. Namun mereka tidak dibenarkan masuk ke Jordan dan Syria kecuali segelintir yang ditempatkan di kem El Hol iaitu di utara Syria bersempadan dengan Iraq.

Kumpulan kedua pula, terperangkap di "no mans land" sepanjang 7 kilometer di kem Al- Tanf. Manakala kumpulan ketiga dihalang ke Syria dan terpaksa berkhemah di kem Al Waleed di Iraq. Akibatnya 3,000 pelarian terperangkap di kem-kem ini dan 4,000 lagi berada dalam Syria secara tidak sah di Damascus.

Sejak keganasan di Iraq berlaku, kini sekitar 2.2 juta rakyat Iraq menjadi pelarian dalam negeri (IDPs), manakala 2.5 juta lagi telah melarikan diri ke negara-negara jiran. Setiap bulan dianggarkan kira-kira 60,000 orang rakyat Iraq telah menjadi pelarian dalam negeri setiap bulan, manakala kira-kira 40,000 ke 60,000 melarikan diri keluar dari Iraq.

Apabila Syria dan Jordan mengetatkan peraturan kemasukan ke negara masing-masing, pelarian dari Iraq menghadapi kesulitan untuk keluar dari Iraq. Manakala daerah yang lebih selamat di Iraq juga menjadi amat sukar untuk mendapatkan jaminan keselamatan. Kini pelarian Iraq menjadi pelarian paling ramai di Asia Barat sejak 1948.

Sejak pencerobohan Amerika, warga Palestin menjadi sasaran oleh beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk melakukan keganasan ke atas mereka akibat operasi ketenteraan AS yang telah menyuburkan konflik dalaman di Iraq berterusan.

Akibatnya berlaku pelanggaran hak asasi manusia serta keganasan ke atas warga Palestin di Iraq yang berleluasa termasuk penyiksaan, penculikan dan pembunuhan.

"Fenomena melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa mengakibatkan jutaan penduduk Iraq membawa diri ke Syria, Jordan, Kuwait dan Lubnan. Maklumat yang diterima pihak NGO terbabit kini, seramai 1.2 juta orang warga Iraq telah berada di Syria.

Pelarian Palestin dari Iraq perlu segera mendapat penempatan semula
"Kami delegasi NGO Malaysia (Citizen International, PKPIM, SYURA, Muslim Care) dengan ini menggesa agar kerajaan Malaysia membantu pelarian warga Palestin yang tertekan dengan masalah kehidupan ini di sempadan Syria dan Iraq.

"Dalam masa yang sama, kami menyeru Malaysia dan semua komuniti antarabangsa agar segera menempatkan semula 3,000 pelarian Palestin yang terperangkap di kem pelarian yang telah kami lawati baru-baru ini," demikian petikan memorandum tersebut.

Pelarian Palestin dari Iraq itu telah menghadapi pelbagai penderitaan seperti penculikan dan penyiksaan termasuk yang diancam bunuh kebanyakannya telah dinafikan hak untuk mendapat perlindungan dan hak sebagai pelarian.

Lebih malang lagi mereka terpaksa hidup di khemah-khemah di tengah padang pasir yang terdedah kepada penyakit dan keadaan-keadaan lain yang sangat memeritkan.

Keciciran pendidikan anak-anak pelarian
Dalam pada itu, sistem pendidikan yang tidak sempurna yang diperolehi oleh anak-anak Palestin ketika berada di kem itu juga akan menggelapkan masa depan mereka untuk hidup sebagai generasi baru pada zaman mendatang.

Syria dan PLO kini melihat kepada pilihan untuk menempatkan para pelarian ke negara pilihan mereka termasuk negara-negara dunia ketiga atas alasan kemanusiaan.

Maka, cabaran kini adalah kepada negara-negara baru yang boleh menerima penempatan semula mereka dengan kerjasama UNHCR untuk menerima pelarian Palestin dari Iraq ini bagi menutup ketiga-tiga kem pelarian tersebut.

Manakala bagi negara-negara tradisi yang menerima penempatan semula ini, walaupun mengetahui pelarian itu terdedah kepada kehidupan yang sangat menyedihkan, sangat sedikit dalam kalangan mereka yang benar-benar membantu.

Setakat ini, Sweden, Iceland, Kanada dan Chile hingga kini telah bertindak melaksanakan operasi kemanusiaan dan menerima penempatan semula pelarian dengan segera. Negara-negara lain seperti AS, Netherland, dan Australia telah digesa oleh pihak UNHCR untuk menerima penemapatan semula dengan bilangan yang lebih besar.

"Pelarian Palestin dari Iraq itu kebanyakannya menyatakan kesediaan yang kuat untuk mendapatkan penempatan semula di negara lain agar dapat hidup dengan lebih terjamin dan memperolehi hak sebagai pelarian yang sepatutnya.

"Pun begitu penempatan itu tak akan menafikan hak mereka untuk kembali ke Palestin. Setidak-tidaknya penempatan semula itu akan memberi keselamatan dan menjamin masa depan anak-anak mereka yang lebih baik," demikian menurut memo itu.

Tuntutan kepada PM atas isu penempatan semula Palestin
Memorandum itu antara lain menyebutkan: "Delegasi kami juga meneliti secara kolektif bahawa keperluan penempatan semula itu sangat mendesak dan berikut adalah kenyataan yang telah kami keluarkan bersama:

Kami dengan ini menyeru kerajaan Malaysia mengambil inisiatif sebagai Negara Islam pertama dalam OIC untuk segera mengambil tindakan dengan menjadi negara penerima kepada program penempatan semula seberapa ramai pelarian Palestian dari kem-kem tersebut.

Ini bukan sahaja suatu tanggungjawab membantu mereka yang tertindas akan tetapi juga sebagai tanda persaudaraan Islam yang perlu dibuktikan dengan bantuan yang nyata untuk mengeluarkan mereka dari penderitaan yang sangat menyedihkan ini.

Kami amat menghargai sumbangan kerajaan Malaysia dalam membantu pelarian dari Bosnia, Burma, dan Vietnam dan harapan kami agar bantuan yang sama turut dipanjangkan kepada pelarian Palestin.

Kerajaan Malaysia juga perlu menggesa semua Negara Islam dalam OIC untuk bertindak membantu pelarian tersebut dari hanya menjadi penonton kepada usaha negara-negara Barat yang bertungkus-lumus menghulurkan bantuan.

11:53 p.m, 22 November
Sekolah Pemikiran Kg Baru
_

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

New web site?

Drive traffic now.

Get your business

on Yahoo! search.

Yahoo! Groups

Dog Lovers Group

Connect and share with

dog owners like you

.

__,_._,___

No comments: