Date:

[harakahdaily] Anwar dilantik PPN Sabah, Sarawak

Anwar dilantik PPN Sabah, Sarawak

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Harakahdaily
Thu | Dec 25, 08 | 8:41:39 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) telah memutuskan untuk merombak serta melantik barisan pimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru .

Iklan
 
 
   

Keputusan tersebut dicapai oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi selepas bermesyuarat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, kata Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Rombakan serta lantikan ini bertujuan memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan, katanya.

Majlis Pimpinan Tertinggi juga secara sebulat suara memutuskan untuk melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap KeADILan, terutamanya selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat, katanya.

Menyedari bahawa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pemilihan Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri adalah tepat, katanya. Image

Ia bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas KeADILan di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhanny; dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak, ujarnya.

"Agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat.

"Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihan raya negerinya dalam masa terdekat, perlantikan Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya," katanya.

KeADILan percaya mereka yang terpilih untuk menjawat jawatan tersebut akan memikul amanah sedaya mungkin dan seterusnya menjalankan tugas dengan rasa penuh tanggungjawab, katanya.

Selaku Presiden KeADILan Wan Azizah juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada mantan Pengerusi-pengerusi Perhubungan Negeri yang telah pun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Berikut ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18 Disember 2008:

-azm _


Bincang di  Debatpolitik.com
Lawan Hujah dengan Hujah!

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Ads on Yahoo!

Learn more now.

Reach customers

searching for you.

Y! Messenger

PC-to-PC calls

Call your friends

worldwide - free!

.

__,_._,___

No comments: