| Apa hak MB Kedah gunakan jet peribadi? | | |
KUBANG PASU, 8 Mac (Hrkh) - Apa hak dan siapa yang membenarkan Menteri Besar Kedah yang baru, Dato' Seri Mahdzir Khalid menggunakan penerbangan jet peribadi milik Kerajaan Malaysia dari Mesir ke Kuala Lumpur 19 Februari lepas menjadi tanda tanya.Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Haji Mahfuz Omar yang juga Ahli jawatankuasa PAS Pusat mendakwa, Mahdzir pada 17 Februari lalu telah ke Mesir atas satu lawatan menemui pelajar di sana menggunakan penerbangan biasa, bagaimanapun difahamkan diberi keistimewaan menggunakan jet peribadi ketika pulang. "Dari maklumat yang saya terima, jet peribadi ini berlepas dari Kuala Lumpur dengan membawa enam penumpang dan membawa pulang Mahdzir, isterinya dan seorang lagi individu dalam penerbangan itu. "Apa yang menjadi persoalannya adalah, setahu saya, penerbangan menggunakan 'private jet' ini hanya layak digunakan oleh Perdana Menteri dan Timbalan perdana Menteri sahaja, bagaimanapula seorang Menteri Besar boleh berbuat demikian," soal Mahfuz. Tambahnya lagi, jika ada keperluan untuk maa-mana penerbangan menggunakan jet peribadi, ia hendaklah mendapat kelulusan dari Perdana Menteri. Justeru tegasnya, atas alasan apa Perdana Menteri telah membenarkan Menteri Besar Kedah itu menggunakan jet tersebut? Siapa yang membiayai kos penerbangan? Jika ada pihak lain selain kerajaan yang mebiayainya, kenapa pihak itu membiayainya atau ada sesuatu di sebalik pembiayaan tersebut. Mahfuz mendedahkan keistimewaan yang dikecapi Mahdzir itu ketika menyampaikan ceramah sempena majlis perasmian Konvonsyen PAS Kawasan Kubang Pasu di Kampung Tok Kesop, Jitra. Menurutnya lagi, isu penggunaan jet peribadi oleh Mahdzir ini juga meniti dibibir pimpinan Umno di negeri ini yang turut mempersoalkan kewajaran penggunaan jet tersebut. Mahdzir pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika Abdullah masih Timbalan Perdana Menteri. Adun Pedu itu dilantik sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Dato' Seri Syed Razak Syed Zain pada 28 Disember 2005. "Dulu (awal 2006) selepas mengumumkan kenaikan harga cukai tanah melebihi 200% MB (Menteri Besar) tak ada sini, dia ke Dubai, kali ini ketika heboh isu Bandaraya (Majlis Bandaraya Alor Star) roboh gerai tepi jalan pun dia tak ada, dia ke Mesir."Nampaknya dah dua kali keluar negara, baru berapa bulan sahaja naik jadi Menteri Besar, dia lebih berminat untuk berjalan dari menangani permasalahan rakyat," tegas Mahfuz lagi. Turut sama dalam majlis Konvensyen adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Mazlan Aliman, Yang Dipertua PAS Kubang Pasu, Dr. Abdul Isa Ismail serta pimpinan PAS Kawasan yang lain. Hari ini, (8 Mac) konvensyen diteruskan dengan program motivasi kepada pimpinan muslimat pada jam 2.00 oleh Naib Presiden PAS, Dato' Dr. Hassan Ali yang turut akan menyampaikan ceramah sebelah malamnya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Anak Bukit, Haji Amiruddin Hamzah. Majlis penutup konvensyen diadakan pada 9 mac ini dengan membariskan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu bersama Saifuddin Nasution Ismail mewakili Parti KeADILan Rakyat yang akan menyampaikan ceramah di Tok Kesop bermula jam 9.00 malam. |


KUBANG PASU, 8 Mac (Hrkh) - Apa hak dan siapa yang membenarkan Menteri Besar Kedah yang baru, Dato' Seri Mahdzir Khalid menggunakan penerbangan jet peribadi milik Kerajaan Malaysia dari Mesir ke Kuala Lumpur 19 Februari lepas menjadi tanda tanya.
"Dulu (awal 2006) selepas mengumumkan kenaikan harga cukai tanah melebihi 200% MB (Menteri Besar) tak ada sini, dia ke Dubai, kali ini ketika heboh isu Bandaraya (Majlis Bandaraya Alor Star) roboh gerai tepi jalan pun dia tak ada, dia ke Mesir.
No comments:
Post a Comment