| Subsidi minyak: Sikap Najib utamakan pelabur luar dibidas | | |
KANGAR, 10 Mac (Hrkh) Sikap kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang dilihat lebih mengutamakan pelabur luar apabila membimbangi tanggapan negatif para pelabur dengan pemberian subsidi kepada rakyat negara ini amatlah dikesali.Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs), Ustaz Ahmad Adnan Fadzil berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang menyifatkan jika kerajaan terlalu memberikan subsidi kepada rakyat, maka ini akan dilihat sebagai perkara negatif di kalangan pelabur luar. Najib juga memberikan alasan yang sama setiap kali berlaku kenaikan minyak iaitu rakyat akan menjadi malas kerana budaya subsidi dan negara-negara lain sudah lama menarik subsidi. Kalau kita bagi subsidi ini menunjukkan bahawa kita banyak duit dan digunakan untuk rakyat. Kita juga akan dianggap sebagai kerajaan yang perihatin. Tapi kalau kita tak bagi subsidi, maknanya kita tak ada duitlah, katanya. Menurutnya lagi, kerajaan cuma mahu menunjukkan bahawa mereka pandai mengurus di hadapan pelabur asing, namun tidak ambil kisah dengan kesusahan yang akan ditanggung rakyat. Kerajaan yang ada sekarang bukan pelabur luar yang lantik tetapi rakyat di negara ini. Sebab apa kita nak sibuk-sibuk dengan pelabur asing ? soal beliau. Beliau turut menyangkal hujah yang mengatakan bahawa semua subsidi yang ditarik balik itu akan digunakan untuk rakyat seperti menjadikan sistem pengangkutan awam sekarang lebih baik. Adakah semua rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam? Tengok di Perlis ini, pakcik-pakcik yang pakai motosikal buruk itu nak kita kira macamana? Rumah mereka jauh ke dalam kampung, mana bas nak masuk, soalnya lagi. Ustaz Ahmad Adnan menyarankan kerajaan supaya mengambil perkara lain juga sebagai perbandingan antara Malaysia dengan negara lain seperti ketiadaan tol dan harga barang yang sesetengah itu lebih murah dari Malaysia. Isu kenaikan harga minyak ini menurutnya amat sensitif kerana ianya akan melibatkan kenaikan harga barang perlu yang lain. Dan kerajaan pula menurutnya akan hanya memberikan ugutan demi ugutan kepada peniaga tanpa penguatkuasaan yang jitu. Akhirnya harga barang tetap akan naik juga naik. Menurut beliau lagi, di negara luar seperti Mesir dan Iran sudah lama mengamalkan ekonomi yang berteraskan kebajikan kepada rakyat. "Malaysia juga patut mengambil contoh daripada kedua-dua negara tersebut," serunya. Ustaz Ahmad Adnan memberikan contoh di mana Malaysia ketika hendak melaksanakan program jarum suntikan dan kondom percuma baru-baru ini telah mengambil kerajaan Iran sebagai perbandingan untuk melaksanakannya. "Tetapi dalam isu ekonomi kebajikan ini mereka tidak pula mengambil Iran sebagai contoh." katanya lagi. |


KANGAR, 10 Mac (Hrkh) Sikap kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang dilihat lebih mengutamakan pelabur luar apabila membimbangi tanggapan negatif para pelabur dengan pemberian subsidi kepada rakyat negara ini amatlah dikesali.
No comments:
Post a Comment