Oleh Zulkifli Mohamed
KUALA KETIL: Seramai 45 keluarga terdiri daripada fakir, warga emas,
saudara baru dan 80 kanak-kanak menerima sumbangan hari raya daripada
Angkatan Muda Keadilan Kedah, 7 Oktober lalu.
Mereka menerima sumbangan berupa bahan makanan sementara anak-anak
mereka menerima sepasang baju melayu sebagai persiapan menyambut
Syawal.
"Biarpun kemampuan kewangan kita cukup terhad, namun atas sikap
prihatin Angkatan Muda kami usahakan juga sumbangan ini bagi
meringankan beban golongan terbabit yang cukup tertekan dengan
kenaikan harga barangan sekarang," kata Naib Ketua Angkatan Muda Nur
Azman Nasharudin.
Jelasnya, golongan berkenaan dari Kampung Pantai Cicar, Bukit Pak
Kuning dan Kuala Ketil.
Program tahunan itu berlangsung di Masjid Kuala Ketil diakhiri dengan
majlis berbuka puasa dan bersolat terawih.
Turut hadir Ketua Angkatan Muda Ir Zamri Yusof, Exco Angkatan Muda
Pusat Saiful Izham Ramli, Setiausaha Angkatan Muda Abdul Aziz Shukri
dan Timbalan Ketua Penerangan Mohd Rafie Abdul Rahim.
Sehari sebelum itu, Pusat Pembangunan Komuniti (PENITI) cawangan
Merbok dan Sungai Petani turut menyampaikan sumbangan yang serupa
kepada 26 keluarga mangsa tsunami di Masjid Kota Kuala Muda.
Menurut Pengarah Peniti Sungai Petani, Ir Zamri Yusof ketika
pihak-pihak tertentu didakwa menyeleweng sumbangan kepada mangsa
tsunami, Peniti bertindak sebaliknya.
"Ketika mangsa tsunami semakin dilupakan, kami berusaha menceriakan
mereka kembali," jelasnya.
Selain mengedarkan bubur lambuk kepada mangsa-mangsa tsunami, turut
diadakan tayangan VCD Perjuangan Rakyat Palestine yang diusahakan oleh
Jemaah Islah Malaysia (JIM).
--
No comments:
Post a Comment