Date:

70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara - Bahagian 2


Oleh Ahli Umno Kedah

Jentera Kerajaan hilang kawalan

11. Pak Lak sendiri telah membuat kenyataan bahawa jika ada perkara penting yang perlu keputusan segera, mana-mana Kementerian boleh terus mengambil keputusan sendiri tanpa perlu membawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri. Ini bermakna beliau sebagai Perdana Menteri tidak lagi mengawal atau ada kawalan ke atas kementerian-kementerian. Keputusan sesuatu kementerian itu boleh mengikut budi bicara menterinya sahaja tanpa diketahui oleh Jemaah Menteri ataupun Perdana Menteri.

12. Ini bermakna 'check and balance' dalam sistem pentadbiran Kementerian Kerajaan terhakis. Apabila keputusan itu menimbulkan kontroversi dan masalah kepada negara, beliau hanya dapat menjawab: "Saya tidak sedar", "Saya tidak tahu", "Saya tidak pasti" dan lain-lain lagi. Walaupun Perdana Menteri - beliau tidak ada sistem kawalan 'Hands on' ke atas jentera pentadbiran Kerajaan.

13. Para Menteri pula rasa amat senang sebab tidak ada ketetapan arah atau halatuju yang tertentu untuk mencapai sesuatu matlamat mengikut dasar yang terpilih. Menteri berasa cukup bebas membuat keputusan dan mereka menganggap Pak Lah memang 'terbuka dan telus' kerana mereka senang dengan cara 'non interference' atau tidak masuk campur oleh Perdana Menteri itu. Mereka seronok sebab boleh buat apa saja keputusan tanpa merujuk kepada Perdana Menteri.

14. Jika mereka rujuk kepada Perdana Menteri pun, Pak Lah tidak akan memberi keputusan yang jelas. Pak Lah yang tidak suka membaca akan hanya serahkan kepada budi bicara mereka sendiri.

15. Akibatnya sudah ada Menteri yang berani membuat keputusan sendiri tanpa mendapat keputusan Jemaah Menteri terlebih dahulu. Keputusan itu kemudian menimbulkan berbagai kontroversi serta implikasi kepada negara.

Contohnya:

(i) Ada Kementerian yang mengambil keputusan sendiri memberi AP yang banyak kepada dua orang individu hingga menjejaskan pasaran Kereta Nasional. Dua individu ini telah menjadi kaya-raya hasil jualan AP dan bukan hasil jualan kereta. Salah seorang individu itu adalah saudara kepada menantu Pak Lah. Tindakan ini bercanggah dengan dasar Kerajaan mengenai AP. Apabila pengeluaran AP yang terlalu banyak menjadi kontroversi, Pak Lah lepas tangan dan minta Menteri sahaja menjawab.

(ii) ECM Libra menguruskan penjualan saham kumpulan Hospital Pantai kepada syarikat Singapura. Penjualan ini menimbulkan kontroversi kerana penjualan itu seharusnya mendapat kelulusan Kerajaan dahulu. Bagaimana penjualan ini boleh berlaku hingga syarikat asing dapat menguasai Hospital Pantai? Ini bermakna tanpa kawalan, Kementerian berkenaan telah dengan sewenang-wenangnya meluluskan penjualan tersebut tanpa merujuk kepada Perdana Menteri atau menepati dasar Kerajaan. Apabila terjadi kontroversi lagi barulah Pak Lah hendak siasat.

Dan apakah cara penyelesaianya?

Pak Lah selesaikan isu ini dengan mengarahkan Khazanah Nasional Berhad menggunakan wang rakyat sekali lagi untuk membeli balik saham Hospital Pantai daripada syarikat Singapura itu. Sekali dengar, tindakan Pak Lah itu memanglah baik tetapi keputusan itu sebenarnya terpaksa dibayar dengan wang rakyat yang berlebihan. Sehingga hari ini Pak Lah tidak mahu umumkan berapa banyakkah wang rakyat yang digunakan untuk membeli balik saham Hospital Pantai daripada syarikat Singapura. Anggarannya adalah disekitar RM100 juta.

Rakyat rugi dua kali apabila banyak wang rakyat terpaksa digunakan untuk menebus kembali kesilapan awal. Kita terpaksa membayar dengan harga yang tinggi dari wang rakyat untuk menutup kesilapan sistem pentadbiran Pak Lah yang begitu lemah. Kerugian wang rakyat seperti ini boleh dielak dengan mudah jika terlebih awal lagi diteliti sebelum kesilapan boleh berlaku.

GLC pun tidak terkawal dan rugi besar

16. Setelah mengikut nasihat orang tertentu, Pak Lah buat keputusan gugurkan wakil-wakil Agensi Kerajaan seperti wakil Kementerian, wakil EPU dan wakil Perbendaharaan daripada Ahli Lembaga Pengarah syarikat milik Kerajaan atau GLC. Tempat mereka telah digantikan dengan orang dari sektor korporat. Apakah tujuannya?

17. Akibatnya Lembaga Pengarah GLC bebas membuat keputusan tanpa input daripada Ahli Lembaga Pengarah yang mewakili Agensi Kerajaan. Juga sebarang keputusan GLC itu tidak perlu dimaklumkan kepada Kerajaan melainkan kepada Menteri Kewangan 2 sahaja. Pak Lah hilang kawalan ke atas GLC dan juga Kerajaan tidak tahu-menahu keputusan yang dibuat oleh GLC. GLC sekarang sudah jadi taman mainan peribadi Menteri Kewangan 2 sahaja. Menteri Kewangan Pertama pula (iaitu Pak Lah) tidak mahu ambil tahu.

Buktinya: Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan telah memaklumkan di Dewan Rakyat pada 3hb Julai 2006 yang mengesahkan bahawa pihak GLC beroperasi tanpa kawalan pihak tertinggi Kerajaan. Jika ada cadangan dari pihak Kerajaan, Lembaga Pengarah GLC berkuasa menentukan sama ada untuk menerima atau menolaknya.

18. Apakah muslihat menggugurkan wakil Agensi Kerajaan tersebut? Apakah keputusan ini boleh membaiki lagi pengurusan GLC ataupun ianya boleh memudahkan kerja manipulasi pengurusan GLC? Sebabnya ialah 'nawaitu' penasihat "tidak rasmi" yang sangat berpengaruh mempunyai agenda tersendiri. Kita perlu fikir masak-masak. Wang yang digunakan oleh GLC adalah wang Kerajaan dan wang rakyat. Tetapi cara mana GLC belanjakan wang itu, pihak Kerajaan tidak ada kuasa untuk mengawal atau meneliti terlebih dahulu. Justeru itu, semua risiko ditanggung oleh Kerajaan dan rakyat. Jika GLC rugi, penasihat "tidak rasmi" dan pengurus yang bergaji lumayan akan terlepas dari sebarang tanggungjawab. Kerajaan dan rakyat pula yang akan tanggung risiko dan kerugian.

TNB rugi RM200 juta – Kementerian diam saja

Contoh (i) Mengikut laporan Bernama (24/10/06) apabila TNB mengalami kerugian RM200 juta di Kalimantan, Indonesia baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato Che Khalib Che Noh berkata bahawa kerugian RM200 juta itu tidak menjadi masalah kerana pendapatan TNB melebihi RM20 bilion setahun. Kerugian itu sebenarnya akibat daripada kecuaian TNB menjalin kontrak. Tetapi bagi TNB kehilangan RM200 juta wang rakyat seolah-olah 'small change' atau duit pecah yang tidak perlu dikhuatirkan! Rakyat kerugian wang tetapi pengurusan TNB terlepas dari sebarang pertanggungjawaban. Menteri Kewangan 2 dan Menteri Tenaga langsung tidak membuat teguran atau memberi katadua untuk meyakinkan rakyat bahawa kecuaian seperti ini tidak akan berulang lagi. Mereka hanya buat tidak tahu.

Contoh (ii) Khazanah Nasional Bhd membuat keputusan membeli Lippo Bank di Indonesia, membeli Appolo Hospital di India dan membeli sebuah Syarikat Talipon Selular di Singapura. Siapakah yang membuat kajian sebelum membelinya? Pelaburan ini tidak ada input dari EPU atau dari Perbendaharaan. Kalau Kerajaan sudah kehabisan wang, apakah sebabnya Khazanah Nasional melabur begitu banyak wang rakyat di luar negara? Dan Kerajaan tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum keputusan itu dibuat. Tanpa wakil Agensi Kerajaan dalam Lembaga Pengarah GLC, Agensi Kerajaan berkenaan tidak dapat membuat kajian dan melaporkan kepada Kerajaan untuk membuat keputusan. Tanpa wakil agensi Kerajaan dalam Lembaga Pengarah, GLC bebas membuat keputusan. Andainya berlaku kerugian besar dalam pelaburan itu, apakah Kerajaan dengan mudah boleh lepas tangan? Siapakah yang mengawal pengurusan kewangan Khazanah Nasional Bhd? Berapa jumlah wang yang telah dibawa ke luar negara untuk tujuan melabur ini? Berapakah jumlah keuntungan atau kerugian daripada aktiviti pelaburan di luar negara itu? Tanpa kawalan teliti apapun boleh berlaku.

Warga Singapura pegang berpuluh bilion wang Rakyat

Contoh (iii) Khazanah Nasional Bhd telah melantik seorang warganegara Singapura sebagai "Director of Investment" (Pengarah Pelaburan) dalam Khazanah Nasional. Kenapa pula warga Singapura? Bagaimanakah kita hendak 'check and balance' ke atas seorang Pengurus yang diberi tanggungjawab besar menjaga berpuluh bilion Ringgit wang rakyat jika Pengurus itu bukan warganegara Malaysia pun?

Tidak adakah rakyat Malaysia untuk memegang jawatan yang sangat penting itu di Khazanah? Agaknya itulah sebabnya Khazanah Nasional membuat keputusan jual saham Telekom Malaysia dan jual saham Proton kepada Temasek Holding Singapura melalui ECM Libra sebagai orang tengah. Adakah penjualan saham tersebut telah dimaklumkan kepada Kerajaan terlebih dahulu? Berapa banyakkah keuntungan komisen yang telah diraih oleh 'orang tengah' ECM Libra di mana menantu Perdana Menteri adalah pemegang sahamnya?

19. Sebelum tahun 2004, Proton telah untung dan dapat kumpulkan kelebihan tunai berjumlah RM 4 bilion. Belanja membina Proton City di Tanjung Malim sebanyak RM 1.8 bilion boleh dibuat tanpa pinjaman dan bantuan dari Kerajaan. Tetapi tanpa wakil agensi Kerajaan dalam Lembaga Pengarahnya, Proton mengambil keputusan tamatkan perkhidmatan CEOnya yang telah berjaya membawa keuntungan besar kepada Proton. Sekarang Proton sudah mengalami kerugian RM50 juta. Kemudian, Proton membuat keputusan menjual saham kepada Temasek Holdings Singapura. Keputusan itu dibuat sesudah CEO itu ditamatkan perkhidmatannya.

20. Pak Lah pernah bercakap dalam Perhimpunan Agong Umno 2005 mengenai cita-citanya hendak membangunkan 'Melayu Perkasa' atau 'The Towering Malays'. Tetapi kita lihat sahaja ciri 'Melayu Perkasa' yang jelas ada pada bekas CEO Proton itu dibunuh dan dimusnahkan oleh Pak Lah sendiri. Dalam berita terkini sebuah syarikat kereta China, Nanjing Automotive akan menggunakan sehingga 100,000 enjin kereta jenis 1,800cc, 2,000cc dan 2,200cc dengan menggunakan enjin hasil usahasama Petronas F1 dan Sauber. Projek enjin Petronas Sauber ini adalah hasil kerja Jurutera Perkasa Melayu juga - yang telah dimulakan menerusi penglibatan Proton.

Tetapi sekarang seorang warganegara Singapura pula dilantik menjadi 'Director of Investments' Khazanah Nasional Bhd. Apa terjadi dengan "Melayu Perkasa"?

Akan bersambung.

No comments: