Date:

"Saya tidak pernah keluar Islam" - Datuk Azhar Mansor

SAYA TIDAK PERNAH KELUAR ISLAM – AZHAR MANSOR


Pelayar Negara Datuk Azhar Mansor mengadakan sidang akhbar khas di Perhimpunan Agung UMNO dimana beliau menjawab persoalan utama yang ingin ditahu oleh semua orang.  Soalan yang diasak oleh para wartawan semasa sidang akhbar di Bilik Labuan tingkat 5 PWTC bermula pada jam 2.45 petang itu ialah kenapa beliau lambat dan tidak sendiri mengistiharkan beliau masih beragama Islam sebelum ini.  Hadir sama di sidang akhbar itu ialah Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Hamid Othman, Penasihat Agama Kerajaan Negeri Perlis Datuk Jahaya Hussein dan Setiausaha Kerja UMNO Brigadier Jeneral (B) Husainy. 
 
Azhar menjelaskan pada bila-bila masa pun dan di negara mana pun tidak pernah keluar dari agama Islam.  Katanya agak liat nak perjelaskan status agamanya sebelum ini kerana merasa tidak perlu kerana beliau masih bersama Islam dan ia satu soal peribadi.  Beliau berharap isu ini tidak timbul lagi selepas ini. 
 
Azhar memberitahu beliau telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di perhimpunan UMNO itu dan menjelaskan sendiri kepadanya mengenai hal berkenaan. 
 
Selepas sidang akhbar itu Azhar masuk ke ruang VIP untuk mendengar pengulongan perbahasan di hari akhir perhimpunan oleh para menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri di Dewan Merdeka.

No comments: