http://www.kelatedaily.net/ver2/modules.php?name=News&file=article&sid=631
Ehud Olmert bukanlah nama yang hebat di dalam konflik Palestin-Zionis. Nama beliau tidak segah Ariel Sharon, Netanyahu ataupun Shimon Perez. Tidak keterlaluan jika dikatakan, bagi mereka yang tidak mengamati perkembangan politik Zionis, nama Olmert merupakan nama yang majhul sehinggalah baru-baru ini sahaja.
Beliau yang merupakan Timbalan Perdana Menteri rejim Zionis mula terkenal selepas menyandang tugas Sharon yang telah diserang koma dan masih tersadai lagi di hospital Hadasah, di Baitul Maqdis. Siapakah Olmert?, benarkah dia seorang arkitek kedamaian yang bakal merubah lanskap politik Zionis dan masa depan isu Palestin seperti yang digembar-gemburkan? Artikel ini akan cuba melihat Olmert dengan lebih dekat lagi.Olmert bukanlah seorang politikus yang hebat dan licik di dalam persada politik Zionis. Dia mungkin hanya dikenali sebelum ini sebagai Datuk Bandar Zionis bagi kawasan Baitul Maqdis.
Kemunculan beliau menjadi Perdana Menteri merupakan satu kejutan. Tuah beliau adalah seumpama tuah Harry Truman yang menggantikan Franklin Delano Roosevelt untuk kerusi Presiden AS. Mungkin perumpamaan yang lebih dekat lagi ialah Anwar Sadat yang menggantikan Jamal Abdul Naser untuk jawatan presiden Mesir. Persamaan ketiga-tiga mereka ialah, kesemuanya menjadi orang nombor satu negara masing-masing untuk mengisikan kekosongan yang ditinggalkan oleh orang yang lebih hebat. Persamaan ketiga-tiga juga adalah mereka semua merupakan ahli politik yang "low-profile" dan bukanlah nama yang hebat. Mereka semua juga tidak pernah dijangkakan akan menjadi orang nombor satu.
Tuah beliau adalah seumpama tuah Harry Truman yang menggantikan Franklin Delano Roosevelt untuk kerusi Presiden AS.
Jika dilihat dari segi latar belakang, Olmert tidaklah sehebat dan seganas Sharon. Beliau bukanlah seorang jeneral IDF yang gila menyembelih rakyat Palestin seperti Sharon, Barak, Perez dan lain-lain PM Zionis. Beliau mempunyai caranya yang tersendiri di dalam menyiksa dan memberikan kesengsaraan terhadap rakyat Palestin. Jika tidak, masakan Sharon hendak menjadikan dia sebagai "right hand man" beliau. Apa yang pasti, beliau bukanlah seorang "pecinta keamanan" seperti yang didakwa.Siapakah Olmert?Olmert dilahirkan pada tahun 1945 di Palestin.
Bapa dan kelaurganya merupakan pengasas kumpulan pengganas Yahudi Irgun. Pengganas Irgun bertanggungjawab melakukan ratusan siri penyembelihan dan pembunuhan rakyat Palestin. Kumpulan ini jugalah yang telah menghancurkan, merobohkan dan membakar rumah rakyat Palestin serta menghalau mereka keluar dari bumi tersebut. Irgun jugalah pengganas yang bertanggung jawab memusnahkan kampung-kampung rakyat Palestin. Kumpulan Irgun juga bertanggung jawab melakukan penyembelihan Deir Yasin pada bulan April 1948.
Di dalam peristiwa tersebut, kumpulan Irgun dan Stern telah membunuh lebih daripada 93 orang Palestin sekaligus. Mereka juga telah menjulang mayat-mayat wanita mengandung yang mati dibunuh dan diarak keliling bandar Baitul Maqdis. Di atas ruh keganasan inilah Olmert dibesarkan oleh bapanya. Bapanya jugalah yang telah mendidik Olmert untuk setia kepada perjuangan Zionis dan Irgun.
Setelah Irgun diserapkan ke dalam tentera Zionis (Israeli Defence Force (IDF)), kesemua anggot Irgun menjadi sebahagian daripada unit ketenteraan tersebut.Olmert telah menyertai IDF semenjak usia remaja lagi. Berdasarkan populariti bapanya, dia telah berjaya menjadi pegawai IDF di dalam usia yang amat muda. Dia juga telah ditugaskan untuk menjadi koresponden untuk majalah mingguan IDF, "Bamachane" sebelum melanjutkan pengajiannya di Hebrew University di Baitul Maqdis. Di Universiti tersebut beliau telah berjaya mendapatkan ijazah dasar di dalam bidang undang-undang. Selepas tamat pengajiannya, beliau telah menjadi anak didik ahli politik Zionis yang ekstrimis bernama Shmuel Tamir. Beliau merupakan mantan pengganas Irgun yang aktif berpolitik dan berhaluan kanan yang ekstrim.
Beliau merupakan mantan pengganas Irgun yang aktif berpolitik dan berhaluan kanan yang ekstrim.
Pada tahun 1973, beliau telah menceburkan diri ke dalam bidang politik. Pada usianya yang baru mencecah 30 tahun, beliau telah menjadi ahli parlimen mewakili parti Likud. Beliau telah menggantikan tempat mantan pemimpin Irgun, Menachem Begin yang terpaksa mengundurkan diri dari bidang politik. Meskipun beliau terlibat di dalam parti Likud, namun peranannya amat kecil. Beliau lebih cenderung kepada kumpulan berhaluan kanan Likud berbanding kumpulan Sosialis yang begitu mendominasi Likud pada waktu itu. Keadaan mula berubah pada tahun 1977 apabila Likud mula berkuasa di dalam Knesset rejim Zionis. Bermula dari tarikh tersebut, Olmert dan juga rakan-rakan berhaluan kanannya di dalam Likud mula mendapatkan pengaruh.Karier politiknya mula membuahkan hasil pada thun 1988. Beliau telah dilantik di dalam kerajaan Likud sebagai menteri tanpa portfolio. Berdasarkan kecemerlangannya di dalam perkhidmatan, dia telah dilantik menjadi Datuk Bandar Zionis di Baitul Maqdis pada tahun 1993. Beliau telah berjaya menjadi Datuk Bandar apabila berjaya mengalahkan Teddy Kollek di dalam pilihanraya perbandaran. Di Baitul Maqdislah keganasannya terhadap umat Islam bermula.Keganasan Olmert di Baitul MaqdisSebagai seorang yang berhaluan kanan dan juga seorang nasionalis dan idealis Zionis, beliau mempunyai cita-cita seperti sesiapa sahaja yang sehaluan dengannya. Cita-cita utama golongan Zionis adalah untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara rejim Zionis sehingga hari kiamat. Mereka juga inginkan Baitul Maqdis (yang mereka gelar Urshalem) dipenuhi dengan kaum Yahudi dan bebas dari bangsa lain. Mereka juga mengimpikan pembinaan semula kuil (Beit HaMikdash) di atas tapak masjid al-Aqsa. Begitu jugalah cita-cita Olmert yang pada hari ini menjadi Perdana Menteri Zionis!Beliau memulakan usaha liciknya itu dengan mengadakan hubungan yang intim dengan pihak Ultra Ortodoks Yahudi yang mendiami Baitul Maqdis. Ucapan-ucapan beliau semenjak tarikh tersebut amat berbau perkauman, kebencian dan juga kekerasan. Beliau telah berjanji dengan kumpulan pengganas Ultra Ortodoks Yahudi di sana untuk mendapatkan Baitul Maqdis untuk mereka. Beliau mula mengotakan janji-janjinya dengan meluaskan penempatan Yahudi Ortodoks di kawasan timur Baitul Maqdis. Kawasan tersebut pada asalnya didiami oleh rakyat Palestin. Mereka kemudiannya telah diusir dan tempat tersebut ditukarkan menjadi milik kerajaan Zionis. Ratusan rumah rakyat palestin telah dirobohkan di atas arahan Olmert. Beliau kemudiannya membina penempatan Yahudi di sana. Kekejaman beliau ini telah diungkapkan oleh Hannan Ashrawi mantan menteri wanita di dalam kabinet PA kepada BBC.
Rakyat Palestin di Baitul Maqdis begitu mengenali Olmert dan sifat kejamnya terhadap mereka.
Di dalam tempoh Olmert berkuasa juga rakyat Palestin semakin ditekan di Baitul Maqdis. Kebajikan mereka diabaikan. Keadaan penempatan mereka, sekolah-sekolah dan juga jalan-jalan dibiarkan dan tidak diambil endah oleh Olmert. Rakyat Palestin di Baitul Maqdis begitu mengenali Olmert dan sifat kejamnya terhadap mereka. Olmert juga bersikap keras terhadap warga Yahudi yang tidak sehaluan dengan polisi beliau. Golongan Yahudi yang terbuka dan menentang polisi pengYahudian baitul Maqdis telah dihalau keluar pada zaman beliau menjadi Datuk Bandar. Hal ini telah menyebabkan Dafna Baram, editor akhbar Kol Ha'ir berbahasa Ibrani mengkritik beliau dengan lantang. Baram telah menuduh Olmert melakukan pecah amanah dan korupsi demi melaksanakan dasar-dasarnya.Al-Aqsa dan OlmertPenggalian terowong di bawah Masjid al-Aqsa menjadi semakin rancak di zamannya. Beliau jugalah yang telah memaksa Benjamin Netanyahu, PM Zionis pada waktu itu untuk merasmikan terowong tersebut. Perasmian pada tahun 1996 itu telah mengundang reaksi dari kaum Muslimin yang membantah tindakan Zionis menjadikan kawasan bawah Masjid itu sebagai muzium dan kuil sementara mereka. Beliau juga telah berjaya mendapatkan dana daripada hartawan Yahudi dari AS untuk membiayai usaha-usaha tersebut. Dana yang disalurkan juga kebanyakannya digunakan oleh Olmert untuk membina penempatan Yahudi di tengah-tengah kawasan penempatan rakyat Palestin dengan tujuan menguasainya.Keganasan Olmert jelas terserlah lewat isu bukit Abu Ghneim. Bukit Abu Ghneim merupakan bukit yang dimiliki oleh umat Islam. Di zaman Olmert, beliau telah meratakan bukit tersebut, merampasnya dari kaum muslimin dan membina penempatan warga Yahudi. Kini kawasan tersebut dikenali sebagai penempatan Yahudi yang dinamakan sebagai "Har-Homa". Keganasan beliau juga semakin menjadi-jadi selepas beliau menyerahkan kunci kota lama Baitul Maqdis kepada golongan Ultra Ortodoks menandakan kekuasaan kumpulan tersebut di kota lama berkenaan. Beliau jugalah yang telah memerintahkan agar tembok pemisah di antara penempatan Yahudi dan penempatan rakyat Palestin dibina."Tuah" OlmertSharon bertanggung jawab mengambil Olmert menjadi timbalannya. Hal ini sungguh memeranjatkan ramai pihak.
Olmert bukanlah seorang yang begitu popular untuk dipilih menjadi TPM mahupun PM. Beliau menjadi pengikut dan orang kanan Sharon yang setia. Selain daripada menyokong tindakan-tindakan kejam Sharon lewat Intifadah 2000 sehingga 2005, beliau juga turut menyokong usaha pengunduran dari Gaza. Beliau juga bersetuju untuk berundur dari Tebing Barat, dengan syarat kawasan penempatan Yahudi dikekalkan di Tebing Barat dan pembinaan tembok pemisah diteruskan. Ini bermakna, kawasan Tebing Barat yang ingin diberikan kepada rakyat Palestin hanyalah 70% sahaja daripada Tebing Barat yang telah dijajah oleh Zionis pada tahun 1967. Beliau juga dijangkakan akan memperhebatkan lagi usaha untuk mengYahudikan Baitul Maqdis.
Persoalannya, apakah yang akan dilakukan oleh Olmert selepas menjadi PM?
Kesemua cita-cita beliau ini akan menjadi kenyataan. Selepas mengikuti jejak Sharon meninggalkan Likud dan menubuhkan parti baru yang bernama Kadima, Sharon pula diserang strok dan koma sehingga kini. Selepas menyandang jawatan PM untuk beberapa tempoh, beliau dan Kadima telah memenangi pilihanraya pemilihan knesset Zionis. Kini beliau telah diberikan mandat untuk menjadi Perdana Menteri Zionis yang baru.
Apa yang dilalui oleh Olmert ini adalah "tuah" seperti yang telah diungkapkan oleh Uri Avnery, aktivis Gush Shalom.Persoalannya, apakah yang akan dilakukan oleh Olmert selepas menjadi PM?, apa yang dapat disaksikan hari ini, beliau semakin menekan kerajaan baru Palestin dan rakyat Palestin. Beliau juga telah melakukan koalisi dengan Avigdor Lieberman yang terkenal dengan sikap perkauman dan anti-Islam. Beliau juga telah meluluskan usaha Menteri Pertahanan Zionis, Shaul Mofaz untuk menyekat makanan dan juga ubat-ubatan ke atas rakyat Palestin. Beliau juga telah bersetuju dengan pelan penerusan pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat dan juga Baitul Maqdis.Persoalannya lagi, apakah nasib masjid al-Aqsa di zaman Olmert?, apakah al-Aqsa akan segera diruntuhkan oleh Olmert dengan bantuan golongan Ultra-Ortodoks Yahudi yang merupakan sekutu lamanya?Kita tunggu dan lihat sahaja!!!"
No comments:
Post a Comment