Date:

RAKYAT MALAYSIA WAJIB MENOLAK KEPIMPINAN ABDULLAH AHMAD BADAWI

Oleh Tun Telanai
 
Assalamu'alaikum wm.wrt.,

Pada tahun lepas, mulai 30.10.2006, Malaysia Today [http://www.malaysia-today.net/index.shtml] telah menyiaran secara bersiri tulisan seorang yang mengelarkan dirinya sebagai 'Ahli UMNO Kedah'. Sebanyak 7 siri telah disiarkan  berakhir pada 10.11.2006 dan kini para pelayar internet boleh melayari Laman ini dan download artikel yang bertajuk "70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin Negara"

Dan pada hari ini seorang penulis blog bergelar Biggum Dogmannsteinberg melalui Lamannya http://bigdogdotcom.wordpress.com/  sekali lagi menegaskan bahawa Abdullah tidak layak lagi untuk memimpin rakyat khususnya bangsa Melayu-Islam. Kepemimpinan beliau lebih banyak menimbulkan masalah daripada menghasilkan kebaikan untuk rakyat terbanyak dan boleh mengadai negara ke tangan bangsa asing sepertimana pernah terjadi pada zaman dahlu-kala. Jadi, ikuti pandangan yang diutarakan oleh Biggum Dogmannsteinberg
 
1. Lambakan AP sehingga menjejaskan Proton (satu agensi membangunkan kepakaran teknologi anak Melayu)

2. Hubungan dengan Singapura apabila dasar 'berbaik baik' sebagai strategi menanangi apa apa permasalahan dengan Republik itu

3. Cara menangani kes "Ketuk ketampi dalam lokap polis" dan membiarkan perjalanan episode ini hingga timbul gesaan pihak seperti DAP mengujudkan IPCMC untuk memantau pihak polis

4. Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak

5. Memorandum 8 Menteri Bukan Melayu kepada Perdana Menteri atas itu perhubungan antara ugama dan "Artikel 11"

6. Syarikat GLC Avenue capital diambil alih dalam keadaan "mencurigakan" oleh syarikat kewangan yang jauh lebih kecil dan bukan sahaja dikuasai Bukan Melayu, tetapi keluarga Perdana Menteri mempunyai kepentingan

7. Membatalkan projek Jambatan Indah mengantikan Tambak Johor kerana menjaga perasaan Singapura dan membelakangkan kepentingan strategik Malaysia. Kemudian Perdana Menteri memberi alasan bahawa "rakyat Johor tidak mahu projek tersebut"

8. Penjualan sebahagian saham dalam GLC seperti Telekom kepada Singapura dan terbaru, pengumuman Khazanah bahawa kepentingan Kerajaan dalam GLC akan dikurangkan, berperingkat

9. Perlantikan personaliti Bukan Melayu sebagai CEO kedalam syarikat GLC seperti MAS dimana begitu banyak kedudukan strategik yang selama ini dipegang anak Melayu digantikan dengan Bukan Melayu dan MAS sebagai national carrier dibiarkan dipinggir untuk membenarkan syarikat swasta (dibawah penguasaan Bukan Melayu) berkembang pesat dan maju

10. Perdana Menteri berbohong dalam temuramah khas oleh stesyen TV kerana menegaskan keluarganya tidak mendapat dan dimanafaatkan sebagai kontrak dan peluang perniagaan oleh Kerajaan atau mana mana agensi

11. Presiden UMNO mengarahkan mantan Presiden UMNO yang ingin bertanding sebagai Perwakilan Bahagian dihalang dan minit mesyuarat MT UMNO yang merakamkan arahan dan perbincangan arahan itu disiat sebelum minit itu disahkan

12. Setelah lebih enam bulan laporan dibuat dan kenyataan diambil berkenaan salahlaku politikwang keatas Ketua Bahagian UMNO dalam menghalang mantan Presiden UMNO bertanding sebagai Perwakilan Bahagian, tiada apa apa keputusan diambil termasuk Lembaga Disiplin UMNO. Salah seorang yang berceramah diKelab Darul Aman malam sebelum mesyuarat ialah Tan Sri Osman Arof, ahli Lembaga Disiplin UMNO

13. Pengumuman anak syarikat CIMB, Synergy Drive Sdn. Bhd. tentang pengabungan dan pengambil-alihan syarikat perladangan tersenarai bawah skima ASB/ASN-PNB iaitu Sime Darby Bhd., Guthrie Bhd. dan Golden Hope Bhd.

14. Pembatalan skima bantuan buku sekolah kepada pelajar yang rata ratanya terdiri dari anak Melayu yang bergantung subsidi ini

15. Kerisauan terhadap rundingan FTA dengan Amerika Syarikat

16. Isu berkenaan kes pembunuhan wanita Mongolia, dikaitkan perhubungan itu dengan Timbalan Presiden UMNO

17. Kenaikan bayaran tol dengan mendadak

18. Dalam keadaan bencana besar melanda dan begitu ramai terjejas, Perdana Menteri memilih untuk menyambung percutian keluar Negara

19. Perhatian rakyat keatas pembelian kapalterbang mewah oleh PMB, untuk kepentingan Perdana Menteri dan penjelasan apabila ditanya

20. Kepentingan orang orang Melayu dalam Wilayah Pembangunan Iskandar dibiarkan terabai apabila DEB dikawasan itu ditarik dan tidak diguna-pakai dan paling tidak dilupakan sekali

21. Isu media yang dibenarkan bawah kawalan Kalimullah dan Media Prima, yang telah menunjukan bagaimana kepentingan orang orang Melayu terabai, termasuk bagaimana isu karikatur menghina Rasulullah S.A.W. ditangani

22. Cadangan mengabungkan NST dan Utusan Malaysia; ikutan bagaimana Singapura konsolidasi semua media bawah Singapore Press [Petikan daripada laman web Biggum Dogmannsteinberg: http://bigdogdotcom.wordpress.com/]

Jadi, tidak ubat yang boleh menyembuhkan penyakit yang dibawa oleh Abdullah ini, melainkan seluruh rakyat bangkit menolak kepemimpinan Abdullah dan UMNO pada pilihanraya ke-12 nanti. Menolak pemimpin yang rasuah dan menyalahgunaan kuasa serta tidak 'wisdom' adalah digalakkan dalam Islam daripada beliau berterusan membuat kerosakan di muka bumi Allah ini.

Menjatuhkan Abdullah dan UMNO dalam PRU ke-12 nanti merupakan satu ibadah kerana kita dapat sama-sama membantu Abdullah dari bertindak zalim dan menghalang beliau daripada terus berbuat dosa, yang tentunya beliau akan ke negara akhirnya seperti yang disebutkan dalam al_Quran hadis-hadis Nabi s.a.w.

Maka, marilah bersama-sama kita menolak kepimpinan Abdullah dan pada ketika yang sama kita menolak UMNO, agar rakyat dan negara tidak akan terus dilanda berbagai masalah.
 

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"

"PROTES SAMPAI TURUN"

- Tun Telanai - 02.04.2007 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

No comments: