Date:

UMNO GAGAL MEMBELA NASIB ORANG MELAYU

Oleh Tun Telanai - Laman M@RHAEN
Satu persoalan penting bagi orang Melayu-Islam [khususnya di Ijok] wajib berfikir secara matang tanpa emosional. Berfikir dan bermuhasabah mengenai nasib orang Melayu dan kedudukan agama Islam sesudah 50 tahun kita mencapai kemerdekaan. Adakah UMNO masih kekal lambang kekuatan bangsa Melayu ?

Jawapannya : No way. Tidak. Nahi..nahi…..

Kedudukan orang Melayu dan Islam semakin tertekan di Tanah Air sendiri. Melayu masih lagi miskin papa-kedana. Dasar ekonomi yang dibentuk melalui DEB lebih tiga dekan yang lalu gagal memperkasakan kedudukan dan taraf hidup orang Melayu terutama di luar-luar bandar seperti di Ijok sendiri. Ini terbukti, apabila ada sahaja pilihanraya kecil sejumlah RM48.9 juta [Machap RM9.5 juta]  telah dicurahkan di situ. Sebelum ini, Ijok ketinggalann dalam serba-serbi.

Manakala Islam semakin hilang dan dipinggirkan daripada arus perdana pengurusan Negara. Islam tidak dimertabatkan. Islam diperlecehkan dan dihina oleh pemimpin Melayu sendiri, apatah lagi Islam berterusan menerima tentangan maha hebat daripada orang-orang bukan Islam. 10 orang Menteri karbinet Malaysia diketuai oleh S.Samy Vellu berani menghantar memorandum kepada Abdullah Ahmad Badawi, mendesak beliau menghalang Islam menjadi dasar Negara. Maksud memorandum ini yang lebih tepat lagi ialah orang Islam tidak dibenarkan mengamalkan ajaran Islam [perkara ini perlu diperhalusi matlamat memorandum tersebut]. Orang Islam perlu mendapat kebenaran untuk mengamalkan ajaran Islam dan kerajaan perlu memberi kebebasan kepada agama-agama lain untuk berkembang di Negara ini tanpa ada halangan dan sekatan.

Penubuhan IFC mengecewakan hati sebahagian besar umat. Peningkatan kadar murtad dikalangan generasi muda Melayu amat membimbangkan. Peningkatan ini selari dengan peningkatan kadar permasalahan social orang Melayu. Sebut sahaja apa sahaja gejala negative, orang Melayulah yang menjadi juaranya. Masalah dadah, orang Melayu, malas belajar dan banyak tercicir dalam bidang pelajaran, juga anak-anak Melayu, Mat Rempit juga dipelopori oleh muda-mudi Melayu, penyamun, perompak, buang anak, malah amalan tidak bermoral ini juga dilakukan oleh para pemimpin dengan melakukan berbagai kegiatan yang boleh disifatkan sebagai amalan rasuah, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi adalah orang-orang Melayu dalam parti UMNO [atau United Monkeys National Organisation]

Amalan negative ini terjadi akibat daripada Islam dipinggirkan dalam setiap sektor kehidupan umat. Islam diperintah, bukan Islam yang memerintah. Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Abdullah amat mengelirukan umat. Islam Hadhari lari daripada konsep Islam sebenar seperti yang diajar oleh Nabi. Perlaksanaan Islam Hadhari perlu mengikut suasana dan keadaan. Pada satu ketika, tangan itulah mengangkat "Allahhuakhbar" menyembah Tuhan dan pada ketika yang lain, tangan itu juga boleh menyentuh perempuan yang bukan muhrim.

Akibatnya, kerja-buat umat menjadi songsang. Amalan baik dianggap jahat, amalan jahat [buruk] dianggap baik. Pembukaan sekolah-sekolah agama atau memperbanyakkan akitiviti keagamaan adalah amalan baik menghindarkan manusia khususnya para anak muda daripada terjerumus ke jurang kebinasaan [membuat maksiat kepada Allah], tetapi dianggap jahat. Diarah menutup semua sekolah-sekolah agama ini dan dihalang atau disusahkan dengan berbagai sekatan dan halangan apabila ada pihak yang mahu memperbanyakan kegiatan- kegiatan keagamaan yang berlaku diseluruh Negara meliputi pusat-pusat pendidikan tinggi atau rendah, di surau dan di masjid-masjid. Pada masa yang sama diperbanyakkan pusat-pusat hiburan, diangendakan secara sistematik supaya seluruh fikiran umat tertumpu ke arah hiburan yang melalaikan. Diadakan berbagai pesta hiburan, pertandingan dan sebagainya serta diberi publicity yang meluas dalam media supaya rakyat hanyut dengan hiburan.

Kejadian songsang ini juga berlaku dalam politik Negara. Pemimpin yang bodoh, selalu bercakap bohong, tertidur tidak kira tempat, suka kepada amalan rasuah dan tidak ada intergriti serta tidak ada akauntabiliti diprojekkan melalui media massa yang dikawal memberi gambaran yang cantik dan bersih daripada sebarang najis. Dalam waktu yang sama, ada pemimpin lain yang mengajak seluruh manusia membuat kebaikan senantiasa mengingati Allah dan RasulNya diprojekkan sebagai orang jahat dan ganas. Rakyat dipaksa melalui berbagai kaedah halal dan haram menolak pemimpin ini dan memilih pemimpin sukakan mungkar dan jengkel dengan amal makrof.

Jadi, ingatlah pengundi-pengundi di Ijok. Tolak pemimpin-pemimpin sejenis dan sebangsa dengan IBLIS laknatullah itu sepertimana yang disebutkan dalam al-Quran dan al-Hadith yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Wajah-wajah yang berkeliaran di Ijok sekarang ini adalah IBILS-IBLIS yang berwajahkan manusia. Mereka di situ tidak kira dosa-pahala. Mereka tetap mahukan kemenangan dengan berbagai cara, sama sepertimana IBLIS yang enggan tuduk kepada Nabi Adam a.s kerana ego dan sombong. Walau pun pada dasarnya IBLIS itu tahu apa tujuan Allah mencipta Nabi Adam a.s

Begitu juga manusia-manusia IBLIS yang berada di Ijok sekarang ini, mereka tahu apa yang mereka telah lakukan sepanjang 9 hari mereka berkempen adalah salah dan melanggar prinsip asas keadilan ciptaan Tuhan. Mereka melakukan berbagai kerja mungkar seperti melakukan kerja-kerja merasuahkan pengundi-pengundi, membawa budaya samseng, berfikiran kolot tidak boleh menerima perbezaan pendapat dalam dunia demokrasi kononya, ?tetapi mereka mengenepikan semua itu sama seperti IBLIS menolak Nabi Adam a.s, walaupun IBLIS sedar Nabi Adam a.s diutuskan ke dunia untuk dijadikan sebagai Khalifah.

UMNO [UNITED MONKEYS NATIONAL ORGANISATION - nama baru] ditubuhkan pada 11 Mei 1946 selepas 8 bulan Sir Harold Mac Micheal yang membawa gagasan Malayan Union bertujuan menghapuskan kuasa Raja-raja dan manjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British. Orang-orang Melayu-Islam lebih awal bangun menentang penjajahan British iaitu di tahun-tahun 20an, 30an dan awal 40an sehingga Jepun menyerah kalah dan British kembali semula ke Malaya, baharulah UMNO ditubuhkan.

Sumbangkan yang diberikan oleh Kesatuan Melayu Singapura [ditubuhkan pada 1926 oleh Eunos Abdullah], Kesatuan Melayu Selangor[ditubuhkan pada 1938 oleh Tengku Ismail Tengku Mohd.Yassin], Persatuan Melayu Perak [ditubuhkan pada 1937 oleh Wan Mohd. Noor Wan Nasir], Kesatuan Melayu Muda [ditubuhkan 1938 dipimpin oleh Ibrahim Yaakob], Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang diketuai oleh Dr.Burhanuddin Al-Helmi bersama-sama dengan Ishak Hj. Mohamad, Angkatan Pemuda Insaf yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, PUTERA, Parti Malaya Merdeka dan lain-lain lagi yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tulin.

Tetapi, negara ini diperintah oleh orang yang sangat 'gilakan' kuasa, maka peranan pemimpin-pemimpin dan pertubuhan-pertubuhan terdahulu dipadamkan daripada lipatan sejarah. Saya yakin pada suatu hari nanti apabila golongan IBLIS? dalam UMNO ini dan UMNO itu sendiri akan menemui ajalnya, adalah diharapkan Allah memunculkan seorang tokoh yang berakhlak dan memegang kuat ajaran agama [tidak seperti yang ada sekarang seperti Ramlah Adam dan beberapa professor sejarah-pentingkan pangkat dan kedudukan]? melakarkan semula sejarah Tanah Air tanpa ada prajudis mahupun terhadap UMNO. Insyaallah.

1. Pemimpin UMNO pengkianat bangsa

50 tahun merdeka UMNO gagal melahirkan pemimpin yang berwibawa, yang ada intergriti dan akauntabilti. UMNO hanya berjaya menghasilkan pemimpin yang kurop, pentingkan diri, kroni dan kenalan. Artikal saya dalam laman Marhaen menceritakan secara jelas terdapat tokoh-tokoh besar UMNO yang terpalit dengan tuduhan rasuah dan menyalahguaan kuasa [ http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai80.html] menyebabkan rakyat hilang tempat bergantungan untuk mengadu menyelasaikan berbagai masalah yang mereka hadapai.

Rakyat terpaksa menunggu dan berdoa semoga wakil rakyat yang ada itu meninggal dunia atau meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan atau sebagainya, baharulah ada para pemimpin berduyon-duyon akan datang menjenguk dan mengambil tahu mengenai masalah yang mereka hadapi, pemimpin akan berlakon jadi lebih pemurah dan pembangunan akan dicurahkan bernilai berbillion-bilion ringgit seperti yang apa berlaku di Ijok sekarang ini [selepas rasuah pilihanraya kecil berlaku di Kuala Berang, Terangganu, Permatang Pasir, Kelantan, Batu Talam, Pahang dan Machap, Melaka]. Bagaimana pula kawasan-kawasan yang ADUNnya sihat wal'afiat. Nasib rakyat tidak terbela. Dibelenggu dengan lingkaran ganas kemiskinan.

Sejarah telah mencatatkan pelbagai kisah bagaimana sesebuah kerajaan runtuh dan lenyap kerana pemerintah ketika itu hanya dikelilingi oleh pembodek dan pengampu yang bermulut manis dan berperangai seperti itik jawa, ianya pandai mengangguk dan mengiakan apa-apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin bagi menjaga kepentingan diri. Takut untuk bercakap benar. Pemimpin pula tidak ingin langsung dan tidak bersikap proaktif untuk mendengar rintihan rakyat. Apa yang mereka inginkan ialah rakyat mendengar dan mengikut sahaja. Rakyat tidak boleh menyoal dan mengkritik. Andai kata ada yang berani menegur kerajaan ketika itu juga ia akan dipancung.

Malaysia mengamalkan pemilihan kerajaan melalui proses demokrasi konon-kononnya. Rakyat memilih kerajaan yang diinginkan mereka [sebenarnya rakyat dipaksa memilih UMNO/BN berlaku dengan berbagai cara dan kaedah rujuk kes di Ijok [juga di Machap, di Batu Talam, Permatang Pasir dan Kuala Berang] sekarang ini melalui parti-parti politik, peti undi dan pilihanraya. Parti yang menang dan memperolehi kerusi majoriti membentuk kerajaan. Tugas mana-mana parti sekalipun yang menjadi kerajaan melalui proses demokrasi mesti melaksanakan konsep atau teori utilitarian. Teori ini mengatakan: Negara mesti memberikan kebahagiaan dan kesejahteraan untuk rakyat terbanyak yang memilih mereka dan menyediakan pelbagai prasarana, peralatan, kemudahan untuk kesejahteraan rakyat dan mengurangkan keperitan dan kepayahan. Teori ini UMNO tidak mengamalkannya. Ia betindak zalim terhadap rakyat yang tidak menyokongnya dalam pelbagai sektor. Dalam pada itu, UMNO juga bertindak zalim terhadap amalan demokrasi yang diwar-warkannya

Terdapat tiga perkara yang bersangkut-paut dengan sifat kepimpinan, sebagai penyebab kedudukan orang semakin teruk. Pertama, para pemimpin tidak mempunyai keazaman politik [political will] yang cukup kuat untuk membela nasib rakyat miskin, walaupun retorik membela Melayu cukup kuat kedengaran termasuk di Perhimpunan Umno. Kedua, pemimpin UMNO yang jadi pemerintah tidak mempunyai tenaga untuk membendung [malah gemar menaikan harga minyak, tol, kadar tarif air dan elektrik untuk menyelesaikan masalah ekonomi secara mudah dan berbelanja tidak berhemat], apatah lagi berkeboleh untuk menyekat kuasa pasaran yang boleh memiskinkan lagi golongan miskin Melayu dan kaum lain. Dan yang ketiga, para pemimpin UMNO/BN kebanyakannya lebih mengutamakan kepentingan peribadi, keluarga dan suku-sakat mereka sahaja, dibiarkan rakyat bergeladangan keseorangan.
 
2. Kedudukan ekonomi orang Melayu yang lemah angkara kianat UMNO

Kedudukan ekonomi orang Melayu masih lemah walau pun sudah 50 tahun kita merdeka berbanding dengan kaum lain akibat angkara pemimpin UMNO yang rakus merompak dan memfaraidkan harta rakyat sesama sendiri mereka yang berkuasa, rakyat terbanyak hanya menelan air liur dan mulut ternganga menanti lalat masuk.

Sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti korporat bumiputera di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mencapai matlamatnya.? Perkara ini diakui sendiri oleh para pemimpin UMNO yang menentang hasil kajian yang dibuat oleh Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) menganggarkan bahawa matlamat DEB sudah tercapai angkanya di sekitar 45 peratus, berdasarkan pada perangkaan Bursa Malaysia bagi bulan September 2005. Kajian tersebut yang bertajuk "Pengagihan Ekuiti Korporat – Trend Masa lalu dan Dasar Akan Datang' – menganggarkan bahawa 70 peratus pemilikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dianggap sebagai milik bumiputera. sebagai milik bumiputera.

D perhimpunan agung Umno ke-56, Ketua Pemudanya, Hishammuddin Hussein, mengangkat keris menuntut hak bumiputera untuk diteruskan DEB kerana ekuiti mereka hanya di antara 18.9 peratus hingga 19.4 peratus. DEB telah disalahgunakan dengan meluas dalam pelbagai cara. Semua orang tahu semua Ketua Bahagian Umno berpeluang mendapat kontrak dari kerajaan bagi mengumpul dana untuk membiayai aktiviti politik mereka. Malah dalam banyak kes, mereka tahu berapa jumlah yang perlu ditawarkan untuk merebut sesuatu kontrak itu. Kerap berlaku mereka tidak tahu apa-apa tentang projek berkenaan dan ini menyebabkan mereka dijadikan "orang depan" oleh bukan bumiputera yang mahukan projek tersebut. Akhirnya ini menjadi satu tabiat dan norma.

Sekarang ini, seluruh negara telah rosak. Malah kalau kita teliti pertelagahan antara Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Abdullah sekarangpun, ia tertumpu kepada soal pengagihan kontrak, bukannya tentang nasib orang miskin yang semakin hari semakin terpinggir. Perdebatan antara kedua-dua pemimpin ini tidak sedikitpun menyentuh nasib orang miskin di Sabah, umpamanya, di mana statistik menunjukkan kadar kemiskinan amat tinggi di negeri itu. Ketara sekali DEB telah dijadikan alat untuk meraih pendapatan tanpa perlu berkerja. Kelompok tertentu [golongan UMNOPUTRA] mendapat pendapatan secara percuma daripada hubungan mereka dengan kerajaan. Akibat dari gejala ini, perbelanjaan kerajaan dibazirkan dan pembayar cukai tidak mendapat nilai dari perbelajaan yang dibuat itu.

DEB pada peringkat awalnya berjaya melahirkan institusi bumiputera yang kukuh dan berjaya seperti PNB, Tabung Haji, Felda dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Hingga kini pun semua institusi ini terus bergerak maju tetapi malangnya DEB tidak dikemaskinikan sejajar kejayaan institusi-institusi tersebut. Kerajaan cuba menggunakan DEB untuk melahirkan tokoh korporat bumiputera dan usahawan. Tetapi di manakah mereka yang kononnya tokoh korporat dan usahawan itu? Kalau kita namakan tokoh korporat bertaraf dunia, mana dia nama orang Melayu atau bumiputera? Kita akan temui nama seperti Ananda Krishnan, Yeoh Tiong Lay, Ling Goh Tong, Robert Kuok, Yeoh YTL, Vincen Tan, Lim Goh Tong, Erik Chia, Quek Lian Chan, Loy Hean Heong dan lain-lain lagi. Orang-orang bukan Melayu menjadi bertambah kaya raya kerana mereka pandai dan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin. Mereka mendapat pelbagai projek.

Banyak syaraikat-syarikat dan agensi kerajaan yang untung sebelum diswastakan telah mengalami kerugian dan terpaksa kerajaan ambilalih semula seperti MAS, Syarikat Perkapalan Berhad, IWK, STAR, TNB, Renong, DRB-HICOM, RHB, UEM dan sebagainya. Ini disebabkan orang-orang yang diberi peluang ini tidak mempunyai kepakaran hanya pandai bodek pemimpin.

Mana pergi nama-nama Melayu tersohor satu ketika dulu seperti Rashid Hussain, Tajudin Ramli, Halim Saad, Wan Azmi Wan Hamzah, Omar Shah dan lain-lain yang ternama hilang tanpa berkubur dalam arena korporat.

Dalam satu kajian yang dijalankan dapati sejak dari tahun 1980-an dan 90-an lagi, penerima utama faedah DEB ialah bukan bumiputera. Buktinya, banyak syarikat pembinaan bukan bumiputera berkembang menjadi syarikat besar dengan urusniaga berjuta-juta ringgit setahun. Tetapi hingga kini mereka kekal sebagai sub-kontraktor di negara ini. Mengapa ini berlaku, kalau kita analisis secara sinis, kontraktor bukan bumiputera ini telah berjaya menggunakan orang Melayu untuk mendapatkan kontrak untuk mereka, walaupun kontrak itu sekadar di sub-kontrakkan, namun mereka yang untung besar.

Kemiskinan di Perak dan Terangganu mengarasi Kelantan. Bilangan isi rumah di dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak, ternyata lebih besar dari negeri Kelantan. Angka ini terkandung dalam kertas EPU, Jabatan Perdana Menteri yang ditaklimatkan kepada negeri-negeri, di bawah tajuk 'Program Pembasmian Kemiskinan RMKe-9'. Bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut:

1.      Sabah - 32,297
2.      Terengganu - 8,300
3.      Perak - 5,730
4.      Sarawak - 5,243
5.      Kedah - 4,938
6.      Kelantan - 3,550

 


Perhatikan, Terengganu, dengan kekayaan minyak yang demikian besar dan dengan jumlah penduduk yang kecil, mempunyai bilangan isi rumah miskin tegar yang lebih tinggi dari negeri-negeri lain. Mengikut kertas tersebut, peratus kemiskinan Terengganu ialah 15.4%, berbanding Kelantan 10.6%.

Kesan dari amalan ini siapa yang rugi? Kos sesuatu projek melambung tinggi akibat dari rasuah berbentuk kuasa dan wang dalam usaha mendapatkan kontrak-kontrak berkenaan. Sub-kontraktor terpaksa menaikkan sebutharga mereka bagi menampung rasuah yang diberi kepada "orang depan" atau "runner" yang mendapatkan kontrak berkenaan. Dalam keadaan begini, adakah anda fikir Malaysia boleh mempunyai urustadbir korporat yang telus? Bagaimana kita mahu melihat negara kita dipandang tinggi sebagai sebuah negara yang telus? DEB telah dipalit dengan watak jahat. DEB akan menjadi alat yang akan membunuh kita dan negara ini. Ia sudah menjadi barah masyarakat. Untuk menyelesaikan "penyakit barah" ini, ia tidak boleh dirawat, sebaliknya perlu dipotong terus.

Ini adalah satu kegagalan UMNO dalam memerintah Negara selama 50 tahun. Mohd.Noor Azam dalam BM, 11.3.2001 menyatakan milik bumiputra dalam projek penswastaan kerjaan hanya RM8.57 billion [ atau 25.6% ] dan bukan bumiputra RM25 billion [ atau 75% ]. Manakala kontrak yang dapat oleh bumiputra pula berjumlah RM24.48 billion sebanyak 1,401 buah syarikat dari 4,987 buah syarikat, selebihnya adalah syarikat milik bukan bumiputra.

Pada tahun 1963, orang-orang Melayu mengadakan satu kongres membincangkan masalah ekonomi yang mereka hadapi iaitu masalah untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan.Hasil dari kongres tersebut lahirlah Bank Bumiputra Malaysia Berhad untuk membantu orang-orang elayu dalam perniagaan.Professional Melayu telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan bank ini, tetapi disebabkan perasaan tamak dan haloba telah berlaku skandal BMF ang merugikan orang-orang Melayu dan negera sebanyak RM2.5 billion pada tahun 80an.

Dua kali bank ini diselamatkan oleh kerajaan disebabkan salahurus dan pecah amanah, pada tahun 1984 disuntik modal sebanyak RM2.3 billion dan sekali pada tahun 1989 sebanyak RM982 juta.Pada tahun 1997-1998, bank ini sekali ladi menghadapi masalah kerana memberi pinjaman mudah tanpa mengikut procedure bank sehingga bank ini rugi berjumlah RM6.2 billion.

BBMB memberi pinjaman besar kepada tajudin Ramli [ MAS dan Celcom ], Halim Saad [ Renong dan UEM ], Azman Hashim [ Arab Malaysia Berhad, Vincen Tan [ Berjaya Group ], Francis Yeoh [ Lion Group ] dan KUB.

Akhirnya, untuk menyelamatkannya, ia diarah bergabung dengan Bank of Commerce dan kini dikenali sebagai Bumiputra Commerce Bank Berhad dan kini jatuh pula ke tangan adik TPM, Najib Tun Razak yang dikenali CIMB. UMNO telah melakukan jenayah ekonomi terhadap bangsa Melayu.

3. Pendidikan orang Melayu tercicir jauh dari bukan Melayu angkara UMNO

Pendidikan orang Melayu jauh ketinggalan.Dalam bulan Disember 1995 hingga Januari 1996, Parlimen telah meluluskan 4 akta baru berkenaan dengan pendidikan iaitu Akta Pendidikan 1995, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti yang dibuat pada bulan Disember 1995 dan dikenali sebagai Akta Universiti dan Kolej Universiti 1995.Keempat-empat akta pendidikan ini memberi kesan terhadap penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti.Fasal 17 dalam Akta Pendidikan 1995 dan Fasal 41 dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 memberi ruang yang luas kepada universiti dan kolej swasta menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajian masing-masing.

Kebanyakan IPTS ini mempunyai program berkembar dengan universiti-universiti luar negeri seperti di Amerika Syarikat, Britain dan Australia. Berapai ramaikah orang Melayu dan bumiputra yang mampu menuntut di ITPS-ITPS ini.Mengikut statistik tahun 2000 [MM , 2.6.2002, ms: 6 , bilangan pelajar bukan bumiputra yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara dianggarkan berjumlah 112,000 orang berbanding dengan pelajar bumiputra yang ditaja hanya berjumlah 5,800 orang sahaja.Begitu juga bilangan mereka di kolej-kolej swasta bilangan mereka menjangkau 170,000 orang dan lebih 22,000 di universiti swasta.Di Kolej Tunku Abdul Rahman [dan kini sudah dinaikkan taraf sebagai universiti] bilangan pelajar bukan bumiputra menghampiri 15,000 orang, manakala di peringkat ijazah di universiti awam pula mereka mencecah 80,000 orang.

Jika angka-angka ini dicampur, bilangan pelajar bukan bumiputra yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi ialah seramai 399,000 orang berbanding jumlah keseluruhan enrolmen pelajar ke institusi pengajian tinggi seramai 753,000 orang.Amat jelas bilangan pelajar bukan bumiputra lebih tinggi berbanding pelajar bumiputra, walaupun jumlah penduduk bumiputra pada tahun 2000 ialah 65.1% berbanding Cina 26.0% dan India 7.7%.Kewujudan IPTA-IPTA sudah dikira sebagai agenda Umno dan dianggap telah selesai dalam mengharungi era dunia ICT.Agenda itu dianggap sebagai agenda kerajaan. Amat malang, Umno tidak tahu membezakan atau memisahkan apakah itu kerajaan dan apakah itu UMNO.

Mulai tahun 2002, kemasukkan ke ITPA adalah berdasarkan kepada system kuota dan meritokrasi dan mulai tahun 2003 juga ruang 10% telah diberikan kepada bukan bumiputra untuk memasuki MRSM dan program mattrikulasi.Dalam pada itu, akibat perbezaan politik dua MRSM di Terangganu di bawah pemerintah PAS 1999-2004 ditutup. Kadar pegambilan pelajar bukan Melayu di lima buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai Febuari 2004 dinaikkan daripada 10 kepada 30 peratus. Menteri Pembangunan Usahawan ketika itu, Mohamed Nazri Tan Sri Aziz berkata, lima MRSM yang terbabit dalam pengambilan pelajar bukan bumiputera itu ialah di Pontian, Muar, Kuala Kubu Baru, Kulim dan Kuala Lipis.Menurut beliau, tindakan menambah kuota 30 peratus pelajar bukan bumiputera di lima daripada 17 buah MRSM di negara ini berikutan kebimbangan ibu bapa kaum terbabit jika bilangannya hanya 10 peratus sahaja.Dan pengambilan pelajar bukan bumiputera di MRSM ini tidak hanya kepada lulusan daripada aliran sekolah kebangsaan tetapi juga murid dari aliran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,'' [BH, 6.1 2004].

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama selama kira-kira 30 tahun, dengan kejayaan melahirkan tidak kurang 5.4 juta lepasan di peringkat SPM yang sebahagiannya kemudian melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dan menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam pelbagai bidang, dilakukan perubahan yang cukup drastik. Sudah ada ribuan profesor dan ahli akademik dalam pelbagai bidang yang lahir daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Beberapa kajian ilmiah di peringkat sarjana dan kajian institusi serta individu tertentu menunjukkan bahawa pelaksanan dasar baharu itu telah menunjukkan tanda awal bencana dan padah yang bukan kecil. Implikasi negatif yang cukup segera dirasakan daripada pelaksanaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik, terutama oleh anak-anak di luar bandar yang majoritinya orang Melayu ialah gangguan dalam penguasaan ilmu sains dan matematik disebabkan oleh faktor penggunaan bahasa asing.Pelajar mengalami masalah kerana terpaksa memindahkan konsep-konsep sains dan matematik daripada bahasa asing ke dalam bahasa ibundanya dalam keadaan pelajar tidak atau belum menguasai bahasa asing itu.

Bilangan pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sehingga tahun 2004 ialah 1.88 juta orang. Jika sekalipun 50% daripada mereka yang tinggal di kawasan bandar dianggap menguasai bahasa Inggeris, namun terdapat hampir 1 juta ( 0.94 juta), terutama pelajar di luar bandar yang menghadapi masalah pemelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hakikat yang penting ialah bahawa golongan pelajar yang paling banyak menjadi mangsa daripada pelaksanaan dasar tersebut terdiri daripada anak-anak bangsa Melayu. Daripada segi sosial dan politik, kesan-kesan buruk daripada pelaksanaan dasar baharu ini akan menggoncang kestabilan sosial dan politik negara, disebabkan akan wujud ketidakseimbangan pencapaian akademik yang akhirnya melebarkan jurang antara kaum dan kelas masyarakat. Melayu

3. Melayu hilang tanah angkara UMNO

Para pemimpin UMNO adalah broker, juru jual dan perampas TANAH RAKYAT. UMNO telah bertindak mengambil tanah-tanah rezab Melayu tanpa digantibalik sepertimana yang diperuntukan perkara 153 Perlembagaan.

Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk embangunan.Dua perkara besar menyebabkan menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin.Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-manan mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing. Harus diingat sebelum akta ini dipinda, kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini, tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.

Kerajaan Negeri Kedah merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau.

Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.Di Johor pula Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai.

Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM. Di Melaka, Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas. Di Terengganu, Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.

Sanusi Junid ketika menjadi MB Kedah telah memberi jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak di persidangan DUN bulan Ogos 1996 menyatakan 20, 677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.Di Langkawai pada tahun 1990, 80 penduduk yang tinggal di Pantai Gelang telah diambil tanahnya untuk dirikan Pelangi Beach Resort. Di Selanggor seluas 8, 299.9 hektar telah hilang statusnya. Di Negeri Sembilan seluas 930 hektar telah diambil di Mambau untuk pembangunan.

Akibatnya jumlah keluasan tanah rezab Melayu menurun dengan drastik dalam tempoh hanya tiga dekad dari sejumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hamper 44% daripada asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun.

Manakala jumlah yang digantikan semula mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1995 hanya sekitar 34% sahaja. Jika pengambilan ini berterusan tanpa penggantian dibuat dengan alasan pembangunan, maka akan tinggal 14% sahaja pada tahun 2020.

Pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti berlaku di Kuala Lumpur iaitu daripada 1.067.5 hektar keluasanan sebelumnya kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar.Pulau Pinang pada tahun 1975 memiliki 67.410 ekar atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan menurun menjadi 31.815 ekar pada tahun 1985.

Kesan pengambilan di Kuala Lumpur lebih dashat, iaitu daripada ? hartanah di KL ini adalah hak milik Melayu pada tahun 1957 menjadi hanya 5.1 % sahaja pada sekarang sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah.Pemimpin-pemimpin Umno ini kianat terhadap bangsanya sendiri. Pengambilan tanah-tanah ini dibayar pampasan tidak mengikut harga pasaran semasa kerana status tanah ini masih dalam status pertanian belum lagi ditukar status. Sebaik sahaja pengambilan tanah-tanah ini selesai dibuat, maka status tanah-tanah ditukar ke status kormesial dan dijual kepada tokoh-tokoh korporat bukan Melayu dengan nilai berjuta ringgit.Mereka menjadi kaya raya sekelip mata, buat untung atas angin. Begitulah cerdiknya pemimpin-pemimpin Umno.

Banyak lagi perbuatan kianat UMNO terhadap bangsa Melayu yang tidak mampu dibincang di sini kerana terlalu panjang kisahnya, yang terbaru ialah Pembanguan Selatan Johor yang dijangka menelan belanja lebih dari 18 billion ringgit. UMNO sanggup mengadai maruah dan semangat DEB untuk menarik pelabur asing. Sebagai kesimpulannya ialah :

1. UMNO melihat "amanah" yang diberikan oleh rakyat adalah sebagai alat untuk mencari kekayaan, kedudukan dan kuasa. Bukan untuk melihat amanah itu sebagai bebanan yang perlu dipikul dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Jika dilaksanakan hukum Islam ini, maka ia akan menjadi batu penghalang untuk mencapai cita-cita peribadi masing-masing yang berlumba-lumba masuk UMNO ketika tahun 80an dan 90-an dulu kerana untuk mendapatkan tender, kontrak dan saham-saham mewah. Kalau dulu zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn, 99 untuk rakyat 1 untuk pemimpin, tetapi sekarang telah terbalik , 99 untuk pemimpin dan 1 untuk rakyat.

2. Budaya kehidupan pemimpin-pemimpin UMNO bermegah dengan kereta mewah, rumah besar-besar, duit banyak dan menunjuk-nunjuk kekayaan kepada rakyat. Mengetepikan kepentingan rakyat yang dipimpin. Pemimpin UMNO menjadi raja, rakyat menjadi hamba. Dalam Islam perbuatan begini sangat dikutuk oleh Allah, menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat marhaen yang tidak ada apa-apa. Nabi sendiri dalam kehidupannya terlalu bersederhana dari segi pakaian, makanan dan tempat tinggal, kalau Nabi hendakkan kekayaan dunia ini, maka Nabi akan dapat lebih hebat lagi dari pemimpin-pemimpin UMNO haprak ini. Oleh itu, Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ia boleh menyama-ratakan kedudukan manusia.

3. Lagi budaya negatif pemimpin UMNO ialah mencari kekayaan dengan apa cara sekali pun baik halal atau haram tidak diambil pusing. Menjadikan harta rakyat sebagai harta sendiri, kumpulan wang amanah seperti KWSP, LUTH, Petronas [sejak ditubuhan pada awal tahun 70-an tidak pernah bayar sesen pun zakat untuk membantu orang-orang miskin, tetapi sebaliknya membantu orang-orang kaya dan tokoh-tokoh korperat terkenal yang dekat dengan pemimpin no.1] dilaburkan di tempat-tempat yang tidak disesuai dan pelaburan yang dibuat merugikan. Penggunaan duit tabungan amanah digunakan secara tidak berhemah, malah duit orang miskin PPRT ditelan oleh orang kaya sehingga kini orang besar itu bebas. Yang kaya terus kaya yang miskin terus miskin. Mana mungkin Hudud dibenarkan wujud di negara ini selagi budaya seperti ini diamalkan tanpa asuhan aqidah.
 
4. Budaya rasuah, penyalah-gunaan kuasa, pecah amanah, menyeleweng berlaku di pelbagai di institusi, sektor, individu dan terutama pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa. Membolot harta kekayaan negara, memonopoli keperluan rakyat untuk keuntungan dan faedah diri dan kepentingan kroni. Pembudayaan ini telah menjadi darah daging selama 46 tahun UMNO memerintah, mana mungkin Undang-undang Hudud dibenarkan. Membenarkan Hudud dilaksanakan, bermakna mereka akan menerima nasib yang amat malang dan akan menderita sepanjang hayat. Umpama penagih rokok, mana mungkin mereka merelakan rokok diharamkan.
 
5. Arak, judi, perzinaan, hiburan yang membangkitkan syahwat lagi melalaikan, menipu, pembohong [termasuk juga pembohongan dalam urusan pilihanraya kecil dan umum], kes tangkap khalwat, melarikan duit ke luar negara, melarikan anak seorang Raja menikah di Selatan Thailand pada tahun 1994, menahan orang tanpa sebab dan pelbagai lagi gejala maksiat yang dilakukan, masakan boleh dilaksanakan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah [Hudud dan Qisas]. Pelaksanaannya akan menyebabkan industri hiburan ini akan runtuh dan orang akan kembali beriman kepada Allah dan RasulNya.

Adakah rakyat di Ijok akan mengundi lagi BN, calon MIC  K. Parthiban?

 

KHAS PENGUNDI DI IJOK: PESANAN BEKAS PM, TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD :
 

I.  "Jika anda tidak berfikir (mengenai) apa yang anda lakukan, maka anda tidak akan memanfaatkan undi anda secara bijaksana, dan tentunya, anda yang patut dipersalahkan (kemudiannya),"

II.  "Kecuali jika anda menghantar isyarat kepada kerajaan –"Lihat sini,jika kamu buat perangai, kamu mungkin tidak akan dapat undi saya dalam pilihanraya akan datang" – maka kerajaan akan kata – "Lihatlah, rakyat mengundi menyokong kita. Kami dalam keadaan yang cukup baik – ," katanya.

III. "Jika anda mengundi (BN) kerana anda mendapat banyak wang atau kerana anda mendapat banyak projek, maka anda mungkin mendapat kerajaan yang tidak baik yang menggunakan wang untuk membeli undi anda,"

IV. AMAT PENTING :"Jangan undi BN secara membuta-tuli, Jangan undi PAS secara membuta-tuli, Jangan undi DAP secara membuta-tuli. Gunakan kebolehan anda untuk berfikir,"

RUJUKAN : http://www.malaysiakini.com/news/66486  
 
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"

"PROTES SAMPAI TURUN"

- Tun Telanai 27.04.2007

<IMG SRC='http://www.antiracistaction.us/banner/b4.gif' BORDER=0>
<FONT SIZE=1><A HREF=' http://www.antiracistaction.us/'><IMG SRC='http://www.antiracistaction.us/banner/b4.gif' BORDER=0></A>

No comments: