Oleh Haniza Talha
Sejak kebelakangan ini Menteri-menteri dan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah bertalu-talu dikritik hebat kerana sikap dan kelakuan mereka yang tidak cocok sebagai pemimpin kerajaan.
Namun, dengan sikap dan perilaku yang jelas menjatuhkan imej pemimpin kerajaan mereka terus tanpa segan silu berlagak seolah-olah dunia ini mereka yang punya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak melihat perbuatan para menteri Kabinetnya perlu ditegur dan dipulihkan. Beliau terus senyum dan senyap.
Pertama, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Samy Vellu terus mempertahankan kerosakan dan kebocoran pada bangunan-bangunan kerajaan yang di bawah penyeliaan kementeriannya adalah perkara biasa di mana-mana di dunia.
Bagaimana mungkin itu suatu yang biasa jika bangunan yang rosak tersebut belum diduduki dan juga bangunan yang masih baru sudah mengalami kerosakan besar. Dua bangunan utama agensi kerajaan dan kementerian bocor dan banjir besar. Dewan yang mulia Parlimen juga tidak terlepas dari kebocoran!
Kedua, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Jamaluddin Jarjis yang terkenal dengan mulut yang 'peramah'nya telah terlajak gurau sehingga menyinggung perasaan seorang pelajar. Kalau dikira apalah sangat perasaan seorang pelajar, tetapi kedudukan Jamaluddin sebagai seorang Menteri, sungguh tidak sesuai sekali 'bergurau' sedemikian.
Kata-kata yang ditujukan khusus kepada pelajar tertentu di hadapan hadirin yang disegani pastinya memalukan individu tersebut. Ditokok pula dalam situasi tersebut, kenyataan yang berbau perkauman dihamburkan selamba.
Ketiga, dua ahli Parlimen BN dari Jasin dan Kinabatangan telah dalam keghairahan mereka berbahas, mengeluarkan kata-kata yang biasa disebut di luar Parlimen, tetapi hari tersebut terkeluar dalam dewan yang mulia Parlimen.
Kata-kata mengenai keadaan biologi wanita dijadikan gurauan sudah begitu sebati dalam cakap-cakap ahli Parlimen BN sehingga tidak dapat tertahan lagi bila kencang membahaskan isu kebocoran. Ya, bocor lagi!
Timbalan Perdana Menteri juga mengiakannya dan tidak melihat isu menghina biologi wanita sebagai serius, sebaliknya menuduh pihak yang dihina sengaja mengambil kesempatan untuk mendapat publisiti.
Begitulah mutu perbahasan yang termampu diberikan oleh ahli-ahli Parlimen dan para Menteri-menteri BN selama ini.
Keempat, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil begitu 'geram' dengan gelagat dua ahli Parlimen BN tersebut yang sudah mencemar imej "sensitive gender" kerajaan BN. Namun, Shahrizat terpaksa memilih antara menjaga kerjaya politiknya dan membela seorang ahli Parlimen wanita dari parti pembangkang.
Dua hari Shahrizat terpaksa fikirkan apa tindakan yang lebih wajar.
Tekaan anda tepat; Shahrizat memilih untuk melindungi dirinya dari amarah rakan-rakan BN kerana menyokong seorang wanita dari parti pembangkang.
Kumpulan-kumpulan wanita telah pergi berjumpa dengannya untuk meminta beliau mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap dua ahli Parlimen tersebut. Mereka agak terkejut bila Shahrizat satu-satunya harapan mereka mendapat pembelaan, menuduh mereka terlalu emosi!
Kalau inilah perilaku para menteri dan ahli Parlimen yang membentuk dasar dan polisi negara, pastinya mengundur ke belakang segala usaha kemajuan yang ingin dilakukan.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berbuih bercakap mengenai membangunkan modal insan, kini terpaksa membangunkan modal insan semua para menteri Kabinetnya, atau lebih baik, boleh BLAH!

No comments:
Post a Comment