Date:

Minta maaf ke, kalau kita betul?

Sang Kelembai

Bila membaca kenyataan Tony Pua, anak muda generasi ketiga Malaysia dan berkelulusan Oxford, sebagai orang Melayu yang berfikiran waras, tidak ada apa-apa yang menyentuh orang Melayu jauh sekali mengandungi perkataan yang menghina Melayu atau agama Islam. Yang sudah pasti Tony Pua, anak muda Malaysia itu berfikiran Malaysia dan setanding pula dengan pendidikan yang diterimanya olehnya.

Tetapi kenapa pula dengan tiba-tiba semua orang ikut sama marah seperti pemuda UMNO yang menuntut Tony Chua untuk meminta maaf. Isunya di mana? Adakah Melayu hina bila dikatakan oleh Tony Pua bahawa kemasukan Melayu dalam perkhidmatan awam dan peluang pekerjaan ialah untuk mengatasi pengangguran di kalangan orang Melayu lulusan Universiti termasuk mungkin keluaran Oxford seperti Khairy Jamalluddin yang tidak mempunyai apa-apa rekod bekerja dengan mana-mana syarikat kecuali dengan bapak mentuanya dan syarikat Ecm Libra yang membayar gaji untuk memutihkan duit haram yang dibayar kepadanya kerana Ecm Libra mendapat berbagai kemudahan kewangan kerajaan termasuk dalam kes ular lidi menelan naga-Avenue

Cuba fahamkan apa yang dikata oleh Tony Pua, ia itu"peluang pekerjaan Perkhidmatan Awam di Malaysia di wujudkan kerana hendak memberi pekerjaan kepada siswazah yang masih dalam kategori penganggur" dan memanglah diakui tidak kurang 60 ribu bekas siswazah sekarang tidak bekerja dan peratusnya kebanyakan siswazah itu adalah orang Melayu. Salah ke pengucapan itu? Jawabnya tidak, kerana memang benar bahawa siswazah Melayu terlalu banyak yang menganggur dan peluang pekerjaan tidak sebanyak mana, maka kerajaan mengujudkan jawatan dan sebilangan besarnya dipohon oleh siswazah Melayu.

Di mana datangnya unsur –unsur perkauman dari apa yang dikatakan oleh Tony Pua? Dia memang tidak merujuk kepada ke tidak puas hatinya mengenai jawatan perkhidmatan awam yang dimonopoli oleh orang Melayu. Dia sekadar berkata bahawa sebagai tempat pembuangan sampah untuk jawatan yang kosong dalam perkhidmatan awam dikhususkan kepada siswazah Melayu.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Tony Pua mestilah diterima sebagai satu cabaran bukan penghinaan. Pemuda UMNO sudah pasti ada perangkaan atau statistik mengenai jumlah graduan keluaran dari IPTA dan IPTS dari tahun 2000 hingga sekarang dengan kelulusan masing-masing dan mana yang sudah bekerja. Apa yang jelas merujuk kepada statistik dari PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional berpuluh ribu bekas graduan tidak dapat membayar semula pinjaman dan sebilangan besar memberi alasan tidak mempunyai pekerjaan tetap kecuali bekerja sebagai pekerja sementara seperti di super market, kedai makanan segera atau menjadi peniaga "multi level".

Bila membaca apa yang dijawab oleh Pemuda UMNO, nampak sangat Pemuda UMNO tidak menjawab secara berhemah kenyataan Tony Pua itu malah kemudiannya membuat soalan semula kepada Tony Pua, ia itu berapa banyak syarikat bukan Melayu memberi peluang kepada siswazah Melayu untuk bekerja? Dengan persoalan itu, Pemuda UMNO telah mengesahkan apa yang dituduh oleh Tony Pua, ini memberi makna jika syarikat-syarikat bukan Melayu memberi peluang sama rata kepada siswazah Melayu, adakah kerajaan tidak akan menjadikan jawatan dalam Perkhidmatan Awam sebagai tempat membuang sampah kepada siswazah Melayu? Kesimpulannya, Perkhidmatan Awam akan mengehadkan pengambilan pekerjanya berdasarkan keperluan semata-mata kerana Malaysia dikenali sebuah Kerajaan yang terlalu besar kakitangan awamnya dan hampir setengah bajetnya setiap tahun adalah untuk kepentingan membayar gaji dan pencen.

Persoalan syarikat-syarikat bukan Melayu mengenakan syarat-syarat kepada graduan Melayu hanya sekadar andaian. Semasa DEB-Dasar Ekonomi Baru mula dilancarkan, beberapa undang-undang diperbuat sebagai tersirat untuk menekan syarikat-syarikat bukan Melayu memberi peluang kepada pekerja bumiputera (istilah masa itu) antaranya jika berhubung dengan kerja-kerja tender dengan kerajaan, PBT - Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan menggunakan borang akan kepentingan bumiputera dalam tiap-tiap permohonan yang menjadi aset atau bidang kuasanya. Maka secara automatiknya syarikat-syarikat bukan Melayu terpaksa mengambil pekerja Melayu. Tetapi hari ini, semuanya tidak ada, sikap nasionalis Melayu di kalangan orang Melayu yang berkuasa sama ada dia orang politik yang jadi Menteri, jadi Pegawai Kerajaan dan sebagainya tak ambil kisah, asalkan mereka senang setelah ABS - asal boss senang.

Itu sebab kita merasa hairan dengan sikap bapa mentua Khairy Jamalludin yang tidak mempertahankan sikap Maybank meletakan syarat saham dalam syarikat guaman yang mendapat pelantikan Maybank mestilah mempunyai kepentingan 50 bumiputra dan tidak dinyatakan beberapa pula kakitangan Melayu yang mesti diadakan oleh firma guaman itu. Dalam perkara ini Pemuda UMNO tidak pula hendak melenting dan mengatakan bahawa Presiden partinya itu tidak memahami DEB.

Seharusnya setiap rakyat dalam Generasi Ke Tiga mesti berfikiran terbuka dan menerima rasionalis dalam apa bidang pun, seperti persoalan kenapa tidak ramai anggota Polis dan Tentera dari kalangan mereka keturunan Cina dan India dan etnik lain bukan Melayu. Kenapa ini menjadi masalahnya kepada orang Melayu? Sepatutnya orang Melayu bangga bila melihat bahawa orang Cina atau India tidak mahu menyertai polis dan tentera. Kenapa tidak, bukan kah dengan itu menggambarkan bahawa orang-orang Cina dan India dan etnik bukan Melayu lain mempunyai kepercayaan kepada orang Melayu untuk bekerja sebagai Polis atau Tentera sebagai pelindung mereka. Jika mereka tidak mempunyai kepercayaan terhadap orang Melayu menjadi Polis dan Tentera dan takut di suatu masa kedudukan Polis dan Tentera yang ramai dianggotai oleh orang Melayu itu akan menggunakan peluang untuk menindas orang China, India dan etnik bukan Melayu lain nya, sudah pasti mereka beramai-ramai menyertai Polis dan Tentera dan tiada undang-undang yang menghalang mereka untuk menyertai sekiranya cukup kelulusan dan syarat-syarat untuk menjadi Polis dan Tentera.

Sebenarnya di Malaysia, setiap orang memainkan peranan memajukan negara ini dan tidak hanya boleh dilakukan oleh orang politik sahaja. Kita mesti menerima hakikat setiap warganegara Malaysia dan orang Melayu sudah hampir 50 tahun memainkan peranan memajukan negara ini. Malaysia sudah cemerlang, sudah gemilang dan terbilang sebelum Abdullah Hj Ahmad menjadi Perdana Menteri, tetapi hari ini yang cemerlang sudah menghilang, yang gemilang hampir melayang dan terbilang hanya berdiri terhuyung-hayang. Negara masih lagi membincangkan Melayu, China dan India dan etnik lain. Setiap orang tidak merasakan setiap orang ada peranan.

Tony Chua ada peranannya, setiap orang yang menjadi pembangkang termasuk penulis blog yang tidak mengikut arus perdana juga ada peranannya. Seorang penulis, senjatanya dua, otak dan tulisannya sama ada di kertas atau di komputer. Setiap penulis banyak berfikir dari hidup. Kemungkinan dia akan di marah, dia tidak takut, begitu juga kalau dibenci , lagi dia tidak ambil peduli, kalau digertak malah dipecat pun dia tidak gentar. Pendirian dia tetap. Semua penulis akan tetap menulis, sebab dia faham betul jika dia berhenti menulis sebagai manusia dia sudah mati. Seorang penulis sentiasa berperang, berperang dengan keadaan dan realiti masyarakatnya. Maka siapa pun yang menulis dan apa pun pegangan ideologi politiknya. dia boleh dipanggil patriot bangsa-Bangsa Malaysia. Tidak ada penulis yang menulis untuk mendatangkan kecelakaan pada bangsa dan negaranya.

Sang Kelembai: Pemuda UMNO sepatutnya memahami apa maksud wira, pertama dia mesti "mewakili - collectivity ", jika Abdullah Hj Ahmad telah dapat mengidentifikasikan dirinya dengan bangsa Malaysia dengan berbagai keturunan dan dianggap sebagai mewakili mereka. Ini mesti diterima oleh seluruhnya bangsa, bukan hanya untuk suatu golongan atau lapisan masyarakat sahaja. Tiga nama besar dalam sejarah dunia oleh negeri masing-masing ialah Mahatma Gandhi, kastanya Brahmin tetapi berjaya menjadi simbol keamanan untuk kemerdekaan India, Winston Churchill PM dari Parti Conservative tetapi diterima sebagai Wira oleh rakyat British dari berbagai ideologi mereka dan Napoleon Bonaparte, walau bukan berdarah Perancis tetapi sehingga hari ini dianggap Wira yang tak dua di Perancis.
<p><a href="http://www.greenpeace-stuttgart.de/" target="_blank">
<img src="greenpeace-gruppe_stuttgart.jpg" width="234" height="60" alt="Greenpeace-Gruppe Stuttgart">
</a>

No comments: