Date:

Bulan Kemerdekaan

Sang Kelembai
http://www.sangkelembai2006.blogspot.com/

Sekarang sudah bulan Ogos. Setiap kali bulan Ogos rakyat Malaysia akan merayakan Hari Kebangsaan, Malaya- Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Malaysia pada setiap 31hb dan kali ini genap 50 tahun Merdeka atau selalunya dipanggil Jubli Emas.

Di mana-mana sekarang Bendera Malaysia - Jalur Gemilang yang sepatut sesuai dengan nama Sang Saka Negara dikibarkan. Negara jiran kita sudah pun meraikan Jubli Emas pada tahun 1995 dengan slogan Dirgahayu Indonesia tetapi Malaysia menggunakan tema Malaysia ku Gemilang.

Sebelum itu pada 31hb Julai, kita meraikan Hari Pahlawan. Pada pengertian kerajaan Perikatan dan sekarang Barisan Nasional, pahlawan itu hanya terdiri dari pasukan keselamatan sahaja, tentera dan polis. Setiap tahun memperingatinya hanya setakat menyembah tugu yang tidak bergerak itu. Bagaimana pun istiadat meletakan bunga di Tugu Negara itu ialah sebagai satu tanda penghormatan kepada mereka yang telah berkorban demi Malaysia selama 50 tahun ini dan sebelumnya.

Sebelum itu banyak lagi penentang-penentang penjajah asing wujud. Sungguhpun begitu tidaklah perlu untuk dibariskan namanya tetapi harus kita persoalkan bagaimana pahlawan anak bangsa yang berjuang tetapi tidak memakai pakaian seragam? Adakah mereka diingati? Kita sehingga hari ini setelah 50 tahun merdeka, sehingga sekarang belum ada ada bentuk pengesahan dari kerajaan kepada Pahlawan yang bukan berpakaian seragam, kecuali pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan Panglima Gagah Berani yang kedua-duanya hanya diberi untuk tentera dan polis. Telah tiba masanya sekatan itu dimansuhkan sebaliknya pingat SP dan PGB boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan jasa yang besar demi negara ini.

Memanglah benar sebilangan besar pemimpin politik dan pentadbiran di iktiraf jasanya dengan berbagai pingat dan darjah kebesaran tetapi jika orang seperti Tunku Abd. Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun V T Sambhantan dan wakil-wakil raja-raja Melayu yang menuntut kemerdekaan dulu sudah diiktiraf secara teks sebagai Pahlawan tetapi malangnya dari segi dokumentasi tidak ada. Berlainan dengan Indonesia dan negara bermaruah lain seperti Filipina yang mengiktiraf Jose Rizal sebagai Pahlawan, kesemua Pahlawan Kemerdekaan mereka diwartakan dalam Warta Kerajaan negara-negara masing-masing dan dimasyhurkan keseluruhan negara.

Malaysia sama seperti yang selalu dikatakan "negara yang tertinggal kereta api". Kita masih tidak ada pahlawan sejati, tidak ada yang boleh dijadikan idola. Di Indonesia, walau pun ada kebencian mereka dengan Ir Soekarno atau dikenali Bung Karno, potretnya masih terpapar di pejabat-pejabat Kerajaan dan di rumah-rumah. Soal kontroversi betul atau tidak corak kepimpinan sewaktu pemerintahannya tidak menyebabkan dia kurang dihormati, begitu juga India dengan Mahatma Ghandi, Vietnam dengan Ho Chin Min, di Filipina dengan Jose Rizal dan yang aneh di China, masih lagi tergantung gambar Mao Tze Tung di mana-mana walau masa hidupnya bukan sedikit kezaliman Komunis yang dilakukannya.

Berbeza di Malaysia, bukan sahaja kehidupan sehari-hari mereka tidak mengenang "founding father" negaranya seperti berlaku dalam negara Asia yang tinggi budaya menghormati yang berjasa tetapi di mana sekarang banyak paparan dan banner gambar-gambar bekas-bekas Perdana Menteri yang semuanya mengikut susunan zaman pemerintahan mereka.dan gambar itu akan dikecilkan daripada gambar Abdullah Hj Ahmad.

Jika sekali tengok gambar-gambar itu tiada apa yang pelik tetapi jika diamati kita akan dapat melihat gambar-gambar itu di susun dengan beberapa makna yang tersirat. Jika melihat poster atau paparan yang dibuat oleh Jabatan Penerangan, yang menterinya hitam legam itu yang penuh kebencian dengan Tun Dr Mahathir Mohamed, yang pernah berjasa dengannya melantiknya menjadi Senator walau pun tidak menjadi ahli UMNO dan kemudian menjadi Timbalan Menteri, gambar Dr Mahathir Mohamed bukanlah gambar rasminya dan gambar itu dalam keadaan ketawa dan tidak dalam posisi "face to face". Tetapi niat yang tak betul, tetap akan nampaknya tak betulnya. Gambar Tun Dr Mahathir Mohamed tersebut seakan ketawa seperti memperlihatkan dia sedang mengetawakan Abdullah Hj Ahmad yang senyum simpul semenjak dapat bini baru ni. Maka gambar itu boleh menceritakan dalam 1000 tafsiran.

Dengan beberapa kesilapan itu termasuk apa yang dilakukan oleh DBKL-Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang memaparkan gambar Tunku Abd. Rahman Putra waktu meneriakkan "Merdeka" digelapkan dan di masukan dari hujung kepalanya gambar KLCC, di badannya Bangunan Sultan Abd. Samad dan di kakinya Tugu Negara. Gambar itu memberikan pengertian cara berfikir pembesar di DBKL, asal ada sahaja tetapi tidak memikirkan implikasinya. Harap-harap Menteri Zulhasnan Rafiqe boleh tolong perhatian poster yang dipasang ditiang lampu sepanjang Jalan Kuching itu.

Dan yang terakhirnya hari ini dalam Utusan Malaysia Khamis- 2hb Ogos 2007 di muka depan akan berita gambar Angkasapuri dipasang poster gambar pemimpin Malaysia. Maka terserlah pemikiran Menterinya tak sama dengan iklan Petronas yang dilakukan oleh Othman Hafsham " jalan mesti ke depan bukan jalan ke belakang". Susunan gambar sememangnya memainkan peranan dan sememangnya bila gambar Abdullah Hj Ahmad di sebelah kanan dan Tunku Abd Rahman Putra kiri, ini menunjukkan fikiran Menteri Hitam itu dia hendak jalan nak ke belakang dalam rakyat dan negara nak jalan ke depan dan anehnya bendera Jalur Gemilang itu seperti sudah tersungkur dan hanya ada bintangnya dan bulan yang sudah terkoyak.
Pada orang yang tahu asal Menteri ini, dia hanya menjual cendol di Alor Star sebelum dilantik jadi pemberita sambilan (stringer), inilah sebenarnya monyet yang dikatakan oleh Khairy Jamalludin, bila monyet diberi kacang, apakah yang rakyat dapat? Sepatutnya gambar Bendera itu di atas dan dalam keadaan gambar penuh, bendera itu adalah panji negara, jika panji dah tak dihormati dalam disiplin tentera, maka ini bererti tentera itu sudah tak ada disiplin dan tidak boleh diperintah lagi.

Seperkara lagi yang perlu di ingat bahawa dalam keadaan mendukung jiwa mengampu jangan sampai terlupa asas yang sebenarnya Malaysia ini wujud. Tidak salah jika gambar-gambar pejuang kemerdekaan Malaya atau Malaysia dipasang bersama seperti Tun Tan Cheng Loke, Tun V. T Sambhantan dan ramai lagi supaya generasi warganegara Malaysia bukan Melayu dapat menghayati bulan kemerdekaan ini. Janganlah terlalu dipolitikkan kerana sejarah membuktikan bukan UMNO sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan, parti-parti lain pun terlibat sama seperti PKMM, IMP malah PKM-Parti Komunis Malaya pun berjuang untuk kemerdekaan. Dan yang sangat terasa dalam bulan kemerdekaan ini sekeping gambar YDP Agung pertama tidak dipaparkan.

Kita semua mesti sedar, adakah Malaya atau Malaysia akan merdeka jika Raja-Raja Melayu tidak mahu menandatangani perjanjian kemerdekaan termasuk undang yang empat di Negeri Sembilan. Apa akan terjadi jika daya pendidikan bukan sahaja Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu tetapi rakyat Malaysia seperti hari ini pada tahun 1957 yang tidak bersetuju dengan percantuman negeri mereka yang dinamakan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terutama Johor, memang sebuah negeri diakui sebuah negeri Melayu Beraja Merdeka? Maka sesuailah pembesar yang diberi tanggung jawab dalam bulan kemerdekaan ini, memberi sedikit penghormatan kepada Raja-Raja Melayu.

Sang Kelembai: Masih teringat kerana terlibat di dalam meraikan 10 tahun Merdeka dengan berbaris di Jalan Kuching pada tahun 1967. Pameran pembangunan di Lake Garden (Taman Tasik Perdana) memakan masa tiga bulan dan Persembahan Kebudayaan setiap negeri di merata di Kuala Lumpur. Bagaimana orang Melayu,Cina, India dan berbagai kaum bergesel bahu dalam semua atur cara perayaan itu. Poster gambar kanak-kanak sekolah berbagai kaum terpasang di mana-mana dengan tajuk besar "Malaysia Berjaya"

No comments: