Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang wajar mengundurkan diri dari persada kuasa Malaysia. Kosongkan jawatan Perdana Menteri dengan segera. Kosongkan lain-lain jawatan dalam kerajaan dengan serta-merta. Lepas itu panggil perhimpunan agung luar biasa UMNO untuk letak jawatan presiden parti.
Lintah darat serupa Khairy Jamaluddin dan Patrick Lim yang selama ini bagaikan sokong membawa rebah, jangan sekali-kali masuk campur. Ini urusan Abdullah dengan rakyat. Ini masalah Abdullah dengan negara.
Rakyat makin derita berketuakan Abdullah. Negara tambah kucar-kacir dipimpin Abdullah. Demi rakyat dan demi negara, Abdullah kenalah korbankan jawatannya yang sedang jadi sumber rezeki seluruh lintah darat di sekelilingnya.
Abdullah tak payah lengah-lengah, tak payah tangguh-tangguh. Balik dari sidang CHOGM kali ini, kemaslah pejabat dan tinggalkanlah Seri Perdana. Lepas itu, ucapkanlah selamat tinggal kepada persada kuasa buat selama-lamanya.
Setelah tak ada apa-apa jawatan, baca semula puisi Ku Cari Damai Abadi. Abdullah kena tanya diri sendiri, benarkah selama jadi Perdana Menteri, yang dicarinya bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya; bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya; dan bukan kawan-kawan untuk hidup berfoya-foya?
Sesudah itu, Abdullah jawablah pertanyaan suara hati sendiri, benarkah yang dicari selama jadi Perdana Menteri, adalah Al-Ghazali dan Al-Shafie? Benarkah yang mahu dibongkar oleh Abdullah selama ini adalah kitab suci untuk cari pedoman dan sunnah nabi untuk jadi panduan semoga dapat menikmati hidup yang damai abadi?
Untuk pengetahuan Abdullah, apa yang saya suarakan di sini hanya tuntutan saya sendiri kepada pemimpin yang sudah tidak lagi saya yakini.
Tapi, janganlah Abdullah terkejut kalau tuntutan saya ini sama dengan tuntutan gelombang rakyat di seluruh negara.
http://kuda-kepang.blogspot.com/2007/11/friday-november-23-2007-abdullah.html
- Ruhanie Ahmad
RuhanieAhmad: Gelombang Kuning Dokong Rukunegara
MerahTinta: 11 Budak Hitam Yang Menyusahkan Abdullah Selaku PM (1400pv)
PasFriendsterClub: Mengangkasakan Ilmu Untuk Perubahan
Alex: Re-branding of PAS
AMK: Kerajaan Jangan Main Sentimen Perkauman Dalam Isu Hindraf
KerisSilau: Rakyat Malaysia Semakin Gila
KerisSilau: Rashid Temberang Sakan
PKRNS: Badrul Amin Akan Lancar Ringtone "Correct. correct..correct"
PASWP: Road Show sempena "Kempen Bahaya BN" pada 25 Nov
AI@Black: Hishamuddin Tun Hussein kesal menjadi cucu Dato Onn…
TarakNama: Tiada bantuan kereta peronda polis....
M.BakriMusa: Aligning Private Aspirations with Public Good
DPPPahang: Hukuman ke Atas Mahasiswa UPM Dibantah!
Insan Berguna: Klip Video Gerakan Dakyah Kristian Radikal Di Iraq
TunTelanai: Umno: Parti Autokrasi Dan Diskriminasi - Siri 1
MerahTinta: Ulasan Kejadian: Cerita Polis dan Anjing
AMMNM: Tukar Segera Irama Lagu Kebangsaan Malaysia!
MNI: Alangkah Bahagianya ..
TarakNama: Jom pangkah BA.. tak puashati, nanti pangkah BN semula
TarakNama: Alhamdulillah...amannya negaraku..
TVceramah : DSAI - Ubah Sebelum PARAH... Ubah Demi MARUAH...
JiwoKelate: Ucapan Penggulungan YAB MB Kelantan 22 Nov 2007 (GoogleVideo)
JiwoKelate: Pengakuan Mustapha Mohamed: Sekatan Terhadap Kelantan (GoogleVideo)
M.Bakri Musa: An Indictment of Malaysia's Media
BlackInKorea: Son In Law and Monkey....



No comments:
Post a Comment