Orang Salah Selalu Rugi
Inilah hakikat Barisan Nasional sekarang yang sering mengapi-apikan dan melaga-lagakan masyarakat Malaysia. Dengan memperalatkan Berita Harian yang menjadi suara mereka setiap hari, ada sahaja taktik kotor yang digunakan untuk menjuarai isu mereka sedangkan mana mungkin orang yang salah menang dalam teka teki ini.
"Orang yang salah selalu rugi" ungkapan Melayu yang menghantui mereka sepanjang hari. Mereka sudah mengetahui bahawa mereka telah melakukan kesalahan dan kesilapan yang terkantoi di hadapan mata rakyat Malaysia yang sememangnya mampu berfikir dan membandingkan kesalahan yang disenagajakan tersebut.
Adakah mereka cuba mencari sedikit air di tengah-tengah gurun yang kering kontang? Mungkin inilah perumpamaan yang sesuai untuk mereka. Mereka berkata : mungkin ada sekecil-kecil perkara yang boleh dijadikan bahan untuk dijadikan isu untuk menang dalam pilihanraya. Walaupun sekelumit, dan mereka sendiri sudah mengetahui bahawa sekecil-kecil perkara itu akan menimbulkan risiko sepertimana yang terjadi di dalama penyelewengan yang telah mereka lakukan ini.
Fakta Penyelewengan
Mereka menyangka dengan menggunakan jawatan Pegawai tinggi Istana Negara Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan sebagai senjata untuk mengelirukan mata rakyat, mereka mampu menimbulkan isu yang menunjukkan Paduka murka dengan perhimpunan tersebut, sedangkan mereka sendiri mengetahui kedudukan sebenar Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan.
Mereka menggunakan Jabatan Perdana Menteri di Istana Negara untuk mengelirukan rakyat dengan mengatakan bahawa Paduka murka sedangkan mereka langsung tidak berautoriti untuk mewakilkan diri mereka sebagai stand (pendirian) Paduka . Mereka dengan tanpa rasa malu, mewakilkan diri mereka sebagai Paduka sedangkan mereka langsung tidak berkelayakan untuk memperlakukan demikian.
Rakyat Malaysia sudah mempelajari perkara ini sejak di bangku sekolah menengah lagi, apakah tugas Jabatan Perdana Menteri di Istana Negara? Apakah autoriti jawatan Pegawai Tinggi Istana? dan sebagainya. Semuanya ada tercatat di dalam silibus tersebut, yang menampakkan lagi bahawa mereka sudah kehabisan modal untuk mempertahankan diri mereka untuk menghadapi isu ini.
Mereka menyangka dengan taktik terakhir ini mampu untuk mengelirukan rakyat, tetapi mereka gagal walaupun mereka sudah mengetahui bahawa cara tersebut boleh mendatangkan risiko. Nah, inilah risikonya yang mereka bimbangkan, ianya sudah terpapar di hadapan mata rakyat sekarang. Adakah dengan berakhirnya penyelwengan dan penipuan ini, mereka akan mencari taktik baru untuk menang juga di dalam pilihanraya akan datang?
Sudah pasti, BN tidak akan melepaskan nikmat yang dikecapi selama ini begitu sahaja. Sebelum ini mereka menikmati nikmat-nikmat dari titik peluh rakyat yang bersusah payah mencari sesuap rezeki, mereka dengan rakusnya membolot semuanya sehinggakan kroni-kroninya boroi dengan duit-duit rakyat. Mana mungkin mereka melepaskannya begitu sahaja.
Melaga-lagakan Rakyat dengan Raja
Walaupun "nasihat" sudah disuarakan oleh Presiden Pas sendiri di dalam Harakahdaily, namun mereka masih lagi memekakkan telinga mereka untuk terus dengan kerja-kerja jahat mereka melebarkan sayap penipuan sehinggakan mereka sendiri sudah dilihat sebagai seorang pesalah yang kehabisan modal. Sama sahaja dengan sebuah kereta curi yang kehabisan minyak di pertengahan perjalanan yang jauh. Dimanakah hendak dicari lagi stesen minyak? Dimanakah hendak dicari modal lain untuk menang dalam isu ini?
Memang kelakuan buruk mereka ini perlu dikecam, sanggup mereka memperbodohkan rakyat dengan pelbagai istilah-istilah yang cuba melaga-lagakan rakyat dengan raja. "Mengheret", "memerangkap Raja" dan banyak lagi yang diapi-apikan "semoga" (mereka mengharapkan) dengan cara ini rakyat akan berfikir cenderung kepada mereka sedangkan mereka telah melakukan kesilapan besar di dalam hal ini.
Presiden Pas mengatakan bahawa melalui gabungan Bersih, PAS bersama-sama 60 NGO dan parti-parti politik yang lain telah turun ke Kuala Lumpur untuk berhimpun secara aman dan menyerahkan memorandum tuntutan atas nama Bersih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keyakinan bahawa baginda adalah payung dan pelindung rakyat dalam keadaan rakyat mula mencurigai sistem pilihan raya yang dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR).
Sehubungan itu katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS,Dato' Kamarudin Jaffar Isnin lepas, bermaksud bahawa Bersih telah terlebih dahulu menerima perkenan daripada baginda untuk menyerahkan memorandum rakyat jelata itu ke Istana Negara pada hari Sabtu berkenaan.
Beliau menegaskan, PAS tidak pernah mendakwa yang baginda terbabit dalam Perhimpunan Aman Bersih itu atau baginda bersetuju di atas kandungan memorandum Bersih.
Siapakah Lagi Yang Hendak Dijadikan Alat Untuk Mengkritik Isu Perhimpunan Aman?
Kalau sebelum ini, mereka cuba memperalatkan salah seorang daripada rakyat Malaysia dengan menyuruhnya mengkritik perhimpunan tersebut kononnya menggambarkan bahawa rakyat mengecam perhimpunan tersebut, tetapi mereka telah gagal di dalam percubaan tersebut dan telah dikantoikan sendiri oleh rakyat Malaysia tersebut dan didedahkan juga di dalam Harakahdaily.
Tetapi hari ini, mereka menggunakan Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan untuk mengelirukan rakyat, kononnya Paduka tidak berkenan dengan perhimpunan tersebut, sedangkan ia bukanlah kata-kata yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Sangat memalukan. Ada sahaja orang yang dicari-cari untuk menghentam perhimpunan tersebut, tetapi malangnya usaha mereka langsung tidak membuahkah hasil malah lebih melarat lagi.
Kesimpulan
"Orang yang salah selalu rugi". Sekiranya kita gemar menonton filem hindustan yang dari dahulu hingga ke hari ini bermodalkan cinta, gaduh, dan tarian, mereka juga mengaplikasikan ungkapan tersebut di dalalm filem-filem mereka. Orang yang jahat sudah pasti akan kalah akhirnya dan Hero bersama Heroin akan hidup aman. Sama juga dengan Power Rangers yang turut mengplikasikan ungkapan tersebut.
Tetapi, walaupun filem-filem seperti itu kelihatan keanak-anakan, namun mereka tidak pernah terfikir untuk mengambil iktibar dan pengajaran walaupun ianya adalah filem kanak-kanak. Mungkin anak-anak mereka mendapat pengajaran daripada filem tersebut lalu tidak lagi ingin menggolongkan diri mereka di kandang pesalah satu hari nanti. Mereka akan terfikir sendiri bahawa bapa-bapa mereka ini sudah melakukan kesalahan, dan aku tidak akan meniru perbuatan mereka. BN juga salah, dan sudah pasti untuk mengelakkan kerugian tersebut mereka memilih PAS. Logikkan?
http://drfikrah.blogspot.com/2007/11/bn-memang-penyeleweng-ulasanku.html
No comments:
Post a Comment