Date:

Gaya Hidup Malaysia - Wayang Kulit?

(The Malaysian Way: Wayang Kulit? )
Oleh Din Merican    - Laman M@RHAEN

Perbarisan aman mendesak diadakan pilihan raya yang adil dan saksama anjuran BERSIH pada 10 November 2007 telah pun selesai. Sekurang-kurangnya 60,000 rakyat Malaysia telah menyaksikan penyerahan memorandum kepada YDP Agong yang telah diterima oleh Setiausaha Peribadi baginda. Beratus ribu lagi rakyat yang tidak dibenarkan menyertai perbarisan aman itu boleh merasa lega setelah selesainya peristiwa bersejarah yang menyerlahkan pameran setiakawan di kalangan kaum yang mampu memberi ingatan kepada pentadbiran Badawi betapa mereka mahukan perubahan besar dalam proses pilihan raya di negara ini.

Tindak balas kerajaan dan juga media arus perdana yang dikawalnya ternyata dingin dan bercelaru. Para menteri, pihak polis dan pegawai kerajaan serta jentera kelentungan kerajaan terpaksa bekerja lebih masa dalam kempen seranta untuk memomokkan BERSIH dan para pemimpinnya serta mempersendakan para peserta seramai 60,000 orang itu.

Pada minggu terakhir mahu dilangsungkan upacara tersebut, YDP Agong dan duli raja-raja telah dikaitkan dalam pertembungan antara kerajaan dan rakyatnya. Ini merupakan satu perkembangan yang tidak sihat.

The Sunday Times (November 18, 2007) telah menyiarkan satu artikel tulisan tukang kelentong Perdana Menteri, Kalimullah Hasan, bertajuk Reforms Yes, but not through violence in the streets. Penulis haprak ini telah menyorot kisah sejarah pilihan raya umum silam dan mengutip pelbagai kisah parti pembangkang dan beliau telah menulis kelentungan betapa rakyat Malaysia menghadapi trauma kerana tindakan polis dan FRU yang ganas. Tentulah kita boleh buat andaian wujudnya motif politik di sebalik penulisan artikel tersebut. Kalimullah gagal untuk memahami bahawasanya BERSIH mengandungi 67 kumpulan bukan-kerajaan (NGO) yang begitu prihatin mengenai proses pilihan raya yang pincang dan mahukan kerajaan bertindak mewujudkan keadaan padang permainan yang sama rata agar wujud pilihan raya umum yang benar-benar berunsur demokrasi.

Yang menyentuh perasaan saya dalam artikel itu ialah cubaan Kalimullah untuk mewajarkan tindakan pihak polis dan FRU di Masjid Jamek pada hari yang sungguh bersejarah itu dan menyalahkan BERSIH kerana mencetuskan kesesakan lalu lintas yang melumpuhkan Kuala Lumpur. Yang sebenarnya itulah kesesakan yang disebabkan oleh polis kerana mengadakan sekatan jalan raya dan mewujudkan pusat pemeriksaan untuk menyekat beribu-ribu lagi rakyat jelata daripada memasuki kawasan ibu kota dan kawasan Dataran Merdeka yang sudahpun dikepungnya. Sekitar 4,000 anggota polis dan FRU telah dikerah untuk menghalang para peserta perbarisan aman menghala ke Istana Negara.

Sesungguhnya kewujudan perbarisan aman yang sungguh teratur itu mempamerkan perasaan dan sentiment rakyat di seluruh negara masa kini, yang seolah-olah sudah kehilangan keyakinan terhadap kerajaan yang telah ternyata gagal menjaga kehormatan diri dan martabatnya. Akan tetapi, Kalimullah lebih suka memesongkan perhatian kita jauh melencung daripada matlamat asal kenapa rakyat berkumpul secara aman. Kalimullah telah bercakap tentang tingkah laku bekas Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia dan liputan berita oleh Al-Jazeera mengenai peristiwa di Masjid Jamek yang mengikutnya terlalu berat sebelah dan tidak wajar. Namun, kita boleh berkata bahawa pendapat Kalimullah itu ada kesopanannya juga kalau dibandingkan dengan segala komen yang dinyatakan oleh Menteri Penerangan semasa beliau diwawancara oleh Al-Jazeera.

Memang banyak diharapkan daripada kerajaan kita dan himpunan beribu-ribu manusia yang cintakan keamanan dan undang-undang sanggup berdepan dengan pancutan air kimia dan gas pemedih mata serta ditahan. Semua itu adalah satu manifestasi yang jelas betapa rakyat sudah semakin tertekan dan mahukan tindakan yang tegas daripada kerajaan dan bukannya tindakan secara sambil lewa sahaja. Kerajaan perlu mengadakan satu siasatan yang berhati-hati dan memberikan pertimbangan yang serius ke atas segala isu yang menyebabkan lahirnya keadaan kurang sihat dalam pengurusan ekonomi negara. BERSIH dan para penyokongnya berpendapat mereka tidak punya cara lain untuk menyerlahkan rintihan rakyat kecuali menyerahkannya kepada SPB YDP Agong. Bukanlah menjadi hasrat utama mereka mahu mengaitkan YDP Agong dan duli raja-raja agar terlibat langsung dengan politik.

Rujukan rakyat kepada Agong merupakan usaha terakhir kerana kerajaan yang ada sudah semakin galak memekakkan telinga kepada laungan agar diadakan perubahan secara serius. Jika tidak, kenapakah rakyat yang sungguh patuh kepada undang-undang dan mahukan keamanan telah dinafikan hak mereka menyerahkan memorandum kepada Agong dan mempamerkan gabungan kesepakatan mereka mahukan perubahan itu?

Saya ingin bertanya kepada Perdana Menteri, yang pernah menerima satu kemenangan besar daripada rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2004 dahulu, tetapi tidak mahu mendengar rintihan rakyat dan sebaliknya mencabar mereka agar berhimpun di jalan raya? Bukankah ini orang yang sama yang memanggil rakyat agar " Bekerja bersama saya dan bukan Untuk saya"?

Bukankah ini seorang populis parti yang bertukar menjadi dewata pada persidangan partinya? BERSIH dan peserta himpunan aman rakyat itu telah menunjukkan betapa rakyat  tidak lagi takut kepada ugutan yang mahu dikenakan kekerasan ke atas rakyat. Mereka telah dirangsang oleh semangat mahukan perubahan.

Sorotan dan rumusan Kalimullah ternyata ganjil dan amat menggila. Beliau telah menulis: "Bukannya semua di dunia ini wujud secara bebas dan adil." Ini adalah satu anti-klimaks. Pertama, kita bukannya bercakap tentang perihal dunia ini yang bukan dalam penguasaan kita. Masalah yang ada sekarang di tangan kita adalah mengenai kebebasan pilihan raya yang adil dan saksama di negara kita sendiri. Kerajaan mempunyai kuasa penuh melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya yang sesungguhnya merupakan paling asas untuk mewujudkan satu demokrasi yang benar-benar boleh berfungsi.

Yang lebih penting, Kalimullah mungkin tersalah pandang betapa kita amat prihatin mengenai hak asasi dan kebebasan kita untuk bersuara dan berkumpul secara aman seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan kita, (khususnya Artikel 5,8, dan 10). Kita mahukan Hukum Undang-undang dan bukannya hukuman orang-orang haprak yang sudah begitu lama menunjukkan betapa mereka tidak menghormati dan mengendahkan masalah rakyat Malaysia. Di mata undang-undang, setiap rakyat adalah sama dan hak asasi mereka mesti dihormati.

Kenalah pada tempatnya untuk saya memetik satu ungkapan daripada dokumen bertarikh 15 September, 1998 yang ditandatangani oleh Almarhum Tun Suffian, Raja Azlan, Param Cumaraswamy, Chandra Muzaffar dan 10 lagi rakyat Malaysia yang terkenal dalam satu kes mengenai layanan yang diberikan terhadap Anwar Ibrahim; seperti berikut:
 

    "Democracy under our Constitution is founded on the rule of law. The "rule of law", reduced to its basics, requires everything to be done according to law; and such law must provide for recognised rules and principles which do not allow for the arbitrary exercise of discretionary power. The rule of law has been contrasted with arbitrariness.Underlying the rule of law is an assumption of justice and fairness that should accompany its application".
    'Mengikut Perlembagaan negara, demokrasi adalah diwujudkan berasaskan hukum undang-undang. Apabila "hukum undang-undang diperlekeh ada sesuatu perlu dilaksanakan mengikut undang-undang; dan undang-undang itu mesti menghormati hukum dan peraturan yang tidak memberi ruang kepada salah-guna kuasa, sewenang-wenangnya. Hukum undang-undang telah diperbandingkan dengan keadilan. Hukum undang-undang itu adalah manifestasi keadilan dan kesaksamaan yang harus menjadi pedoman dalam penggunaannya."


Kalau pilihan raya umum kita boleh diputar belit oleh orang yang memegang kuasa melalui pelbagai cara tipu helah, pembelian undi dan pelbagai amalan yang tidak bersopan, demokrasi Malaysia ini hanyalah satu wayang kulit. Memang amat jelas keadaan ini. BERSIH dan beribu-ribu manusia yang berjalan secara aman ke perkarangan istana pada November 10, 2007 mahukan demokrasi berfungsi berasaskan Hukum Undang-Undang.
 

Din Merican
Pengarah Program KeADILan
Email: dino.beano@yahoo.com
November 11, 2007

UBAH SEBELUM PARAH  UBAH DEMI MARUAH

20.11.2007 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.


MalaysiaToday: Abdullah Ahmad Badawi boleh ditangkap? (1900pv)
TAG 2377 Din Merican: Hidup Gaya Malaysia - Wayang Kulit?
TAG 2376 Raja Petra: Punca Mereka Gelabah (2100pv)
PAS Pusat: Pengerusi SPR Menghina Yang DiPertuan Agong
Dr. Lo'Lo': Khairy & Nazri Tak Faham Konsep Kebebasan Media & Demokrasi
Herman S: Najib Bukan tuhan Yang Harus Disembah Golongan Muda
TERAS: Bukan Soal Restu Agong Tapi Perubahan Perjalanan P/Raya
Che'GuBard: Bapa Mertua dan Menantu
JabatanAmal: Unit Amal W.Persekutuan Buat Laporan Polis
MalaysiaKini: Lingam: Saya akan bersihkan nama saya...
MalaysiaKini: Adik saya ada masalah mental, kata Lingam
MalaysiaKini: A rebuttal to NST's Kalimullah
Din Merican: The Malaysian Way: Wayang Kulit? (Intel Dalang Inside!)
KetuaPerusuh: Empangan Bakun?
RadenJowo: Hapus Yuran Sekolah Satu Pembohongan
 

No comments: