Aku Yang Berhormat?
Sesekali bila mengenangkan proses pilihanraya di Malaysia, saya teringat kembali pada sebuah filem yang cukup popular di Malaysia sekitar tahun 1983. Cerita yang bertajuk "Aku Yang Berhormat" mempamerkan satu jalan cerita yang amat relevan sehingga ke masa ini. Filem yang diarahkan oleh Raja Ismail dan dilakonkan oleh Dharma Harun Al Rashid, Hamid Gurkha, Rosnah Mohd Noor, Dato' Jamali Shadat dan Norlia Ramli. Filem ini ditunjangkan oleh dua karektor utama yang dibawa oleh Hamid Gurkha dan Dato' Jamali Shadat.
Mungkin ada dikalangan kita yang tidak pernah menonton filem tersebut dipawagam, namun pernah juga filem tersebut ditayangkan di kaca televisyen untuk tontonan umum. Filem tersebut mengisahkan bagaimana dua orang sahabat, Hamid dan Jaafar (orang kampung yang tiada pendidikan tinggi) bersama-sama berusaha mendapatkan sokongan orang-orang kampung untuk menjatuhkan Jamali, wakil rakyat yang tidak mengamalkan sikap 'Bersih, Cekap dan Amanah'.
Teknik yang digunapakai dalam menjatuhkan wakil rakyat yang korup, pecah amanah dan menindas orang kampung adalah melalui jalan demokrasi iaitu melalui satu pilihanraya. Apa yang pasti ianya menunjukkan bahawa sebenarnya orang Melayu mampu untuk membuat perubahan jika kena pada tempatnya.
Apa yang saya ingin jelaskan disini adalah bagaimana seorang penduduk kampung yang tidak mendapat pendidikan yang tinggi sanggup berusaha menaikkan imej beliau dan berlatih untuk menjadi pemimpin (walaupun digambarkan dalam filem ini beliau berlatih dihadapan cermin muka). Yang penting sekali adalah tindakan yang dilakukan olehnya atas dasar untuk membersihkan pentadbiran sedia ada yang diterajui oleh wakil rakyat yang korup.
Wakil rakyat tersebut sememangnya menggunapakai beberapa teknik dalam mengekalkan kuasanya termasuk mengugut dan cuba membuat "character assasination" kepada saingannya. Dalam filem tersebut ditunjukkan bahawa wakil rakyat tersebut sanggup menipu para pekebun kecil dengan baja yang kurang berkualiti, dan bilangannya kurang dari sepatutnya kerana wakil rakyat tersebut telah menjualkan sebahagian baja subsidi tersebut kepada pihak ketiga.
Inilah sebenarnya senario yang berlaku hari ini dimana hampir semua wakil rakyat Barisan Nasional bertindak, membuat kelakuan yang sama seperti yang ditonjolkan dalam filem "Aku Yang Berhormat" ini. Dengan ini saya amat menggalakkan semua parti-parti Alternatif mendapatkan salinan yang sah filem ini dan tayangkanlah ianya dalam semua siri ceramah.
Kalau Barisan Nasional merasakan filem ini tiada kena mengena dengan apa yang wakil rakyat mereka lakukan, maka saya dengan ini mencabar RTM1, RTM2, TV3, TV7, TV9 dan Astro untuk menayangkan filem ini sebelum hari pembuangan undi (8 Mac 2008) tanpa apa-apa suntingan. Dengan itu kita akan dapat lihat adakah kisah tauladan dari filem tersebut tiada kena mengena dengan Barisan Nasional.

JIWO KELATE
Antara dua Yang Berhormat - Siri 1

Najib Tun Razak salah guna harta kerajaan
Sejak bila pula seorang Timbalan Presiden Umno dibenarkan mengguna jet eksekutif Fokker milik TUDM untuk kerja-kerja kempen partinya?
Hari ini muka 10 akhbar NST memaparkan gambar Najib tidur nyenyak bersama anak perempuannya dalam jet milik kerajaan ketika terbang dari Kota Bharu ke Kuantan. Apakah tidak malu seorang berjawatan TPM, berpelajaran dan mempunyai kedudukkan, memperalatkan kemudahan kerajaan untuk kerja-kerja kempen partinya. Mungkin alasan yang diberikan bahawa beliau menjalankan tugas rasmi.
Menurut NST beliau ke Kelantan berjumpa penanam tembakau di Bachok (dimana beliau turut memperkenalkan calon MB Kelantan Awang Adek ini bukan tugas TPM tetapi kerja kempen BN), singgah di Pasir Puteh merasmikan bangunan baru LPP Daerah, kemudian ke SMJK (C) Chung Hwa di Kota Bharu, kemudna ke Kubang Kerian menerima kononnya borang ahli Umno dari ahli PAS yang keluar parti (ini kerja TPM?). Selepas itu beliau ke Pengkalan Kubor pula untuk upacara letak batu asas pembinaan masjid dengan diiringi orang-orang BN, bendera BN dan lain-lain (ini juga kerja TPM kah?).

Jelas jet eksekutif kerajaan ini telah disalah-gunakan untuk kepentingan politik Timbalan Presiden Umno. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan telah menyalah-gunakan kuasa, inikah jenis pemimpin contoh untuk kita, inikah jenis pemimpin bersih yang diperlukan rakyat?
Kalau kemungkaran seperti ini kita lihat dan tonton dengan mata kepala kita sendiri danum kita tidak melakukan apa-apa dan terus memangkah BN, maka apalagi harga diri dan maruah yang ada pada kita?

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___

No comments:
Post a Comment