Date:

[harakahdaily] BN akan guna seluruh jentera kerajaan untuk menang - Anwar

BN akan guna seluruh jentera kerajaan untuk menang - Anwar

Intan Abdullah
Wed | Mar 05, 08 | 8:18:38 pm MYT
KETEREH, 5 Mac (Hrkh) - Pilihan raya umum ke-12 8 Mac ini bakal mengejutkan banyak pihak apabila seluruh kekuatan jentera yang dimiliki kerajaan akan digunakan bagi memastikan kemenangan Umno-BN.
Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata mustahil tidak berlaku penipuan dalam pilihan raya ini memandangkan situasi kini yang jelas tidak memihak kepada Umno-BN.

"Mereka kian terdesak, mustahil tidak berlaku penipuan besar-besaran pada kali ini," ujarnya ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan penyokong KeADILan di Padang Majlis Daerah Ketereh semalam.

Tambahnya, meskipun mereka cuba untuk bertindak adil dan telus, namun semuanya hanyalah lakonan semata-mata.

"Walau bagaimana mereka cuba nak jadi adil dan telus sekalipun, semuanya tidak menjadi. Kita sudah sedia maklum taktik mereka untuk menang dengan sanggup melakukan apa jua tindakan," ujarnya lagi.

Anwar hadir memberi sokongan kepada petugas PAS dan KeADILan bagi kawasan Ketereh di mana calon KeADILan, Aziz Abdul Kadir bertanding di kawasan tersebut.

Kira-kira 1,000 penyokong PAS dan KeADILan hadir program perjumpaan tersebut, yang turut mendapat liputan meluas daripada media dalam dan luar negara. - mns


Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.


Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

New business?

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

Wellness Spot

Embrace Change

Break the Yo-Yo

weight loss cycle.

.

__,_._,___

No comments: