Bukan mudah untuk benarkan jari dicalit dakwat - Syed Husin
| Azamin Amin Thu | Mar 06, 08 | 11:06:23 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh)- Tanpa maklumat sahih dan masih dalam siasatan, Ketua Polis Negara dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sanggup membatalkan sistem celup jari dengan dakwat atas alasan 'keselamatan negara'. ![]() Malah persoalan yang timbul, jika berlaku kekacauan kenapa pihak polis sehingga kini tidak menangkap pihak tidak bertanggungjawab dan mendakwa mereka di mahkamah? Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali yang membangkit hal ini berkata pihak polis dan SPR sanggup menipu kerana bersekongkol untuk membantu Umno-Barisan Nasional (BN) terus menang dalam pilihanraya ke-12 ini secara haram. "Tidak dapat diterima akal sama sekali mereka yang membeli dakwat itu dengan mudah saja boleh mencalit jari pegundi sebelum mereka membuang undi. "Jikalau mereka dari Umno, sudah tentu mereka tidak akan mencalit jari ahli dan penyokong mereka. Dan sudah tentu pula orang dari PAS atau PKR tidak akan membenarkan jari mereka dicalit," katanya dalam satu kenyataan media. SPR katanya turut memberi alasan lain antaranya sistem calit jari dengan dakwat ini bertentangan dengan Perlembagaan kerana boleh menafikan hak seseorang yang enggan dicalit jarinya untuk mengundi. Mengikut pengalaman lalu, pihak polis dan SPRlah yang menimbulkan keadaan kacau bilau serta kurang selamat dengan mengadakan daftar undi berbeza, melanjutkan waktu mengundi dan melindungi pengundi-pengundi hantu yang dibawa berbas-bas, kata Syed Husin. "Lebih serius, dilaporkan seorang bekas Setiausaha SPR telah bersekongkol dengan seorang bekas Pengarah Pejabat Pendaftaran untuk mengeluarkan kad-kad pengenalan palsu yang boleh digunakan oleh pengundi-pengundi hantu semasa pilihanraya, "Kami juga mendapat maklumat kira-kira 40,000 pengundi hantu akan dibawa dari Selatan Thai dan lain-lain tempat ke Kelantan. "Sekarang jelas sekali polis dan SPR hendak melindungi pengundi-pengundi haram yang diangkut untuk mengundi," kata Syed Husin. |
Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___



No comments:
Post a Comment