Date:

[harakahdaily] Fw: Kenapa BN Mahu Sangat Rampas Kelantan

 
 

Kenapa BN Mahu Sangat Rampas Kelantan

March 6, 2008 · 4 Comments

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).

Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).

Ianya terletak di Blok-Blok berikut,

  • Blok A18
  • Blok B17 & C19
  • PM3
  • Sub-Blok Ular
  • PM301 & PM302
  • PM303
  • PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS. 

  • Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
  • Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
  • Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
  • Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

 map-a18-edar.jpg

 

Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun. 

  • Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
  • PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan. 

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN 

  • Blok A 18  Fasa 2 pada tahun 2010
  • Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
  • Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
  • Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

petapscedar.jpg 

Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula. 

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion).

Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.

ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN

  • PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.
  • Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.
  • Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.
  • Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.
  • Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
  • Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
  • Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

 

Categories: Current Affairs

 

Pengundi Tentera dikerah berpakaian cara pembangkang
Posted on Thursday, March 06 @ 14:04:15 MYT by SongkokPutih


Maklumat Oleh anmusaman

" Menurut maklumat yang sahih, anggota tentera telah diarah untuk mengundi sebagai orang awam. Mereka akan diarah berpakaian seperti orang PAS untuk mengelak ditahan sebagai pengundi hantu. Menurut maklumat itu lagi penghuni kem di seluruh negara diarah bersiap sedia menunggu arahan untuk dihantar ke destinasi yang mereka sendiri belum tahu.

Sekarang sahlah bahawa penemuan nama aggota tentera yang menggunakan IC tentera dan IC awam dalam daftar pemilih.
Adalah disyorkan semua petugas berwaspada dengan menyediakan kamera secukupnya dan memantau dengan ketat  pergerakan pengundi-pengundi ini. Pastikan terdapat jaringan yang berhunungan dan bertukar maklumat sehingga dapat dikesan kemana pengundi ini akan bergerak seterusnya.

Sama-samalah kita berdoa dan bermunajat memohon pertolongan Allah untuk menggagalkan kerja terkutuk ini. Hanya Allah sahajalah tempat kita bergantung. Allaaahu Akbar!!!! "

 

Tengku Adnan Menabur Wang di Putrajaya
Posted on Thursday, March 06 @ 13:55:16 MYT by SongkokPutih


Artikel Oleh Pinochet

 Malam tadi tanpa segan dan silu pegawai Pejabat Pelajaran, guru-guru dan ibu bapa di Putrajaya telah di cucuk hidung untuk datang ke majlis Wacana Permuafakan PIBG Putrajaya di Dewan SMK, Presint 9 (1). Ku Nan turut merasuahkan peruntukan kepada semua wakil PIBG sekolah yang terdapat di Putrajaya.

Lebih melucukan jurucara yang juga seorang guru memanggil Ku Nan dengan panggilan Yang Berhormat padahal status beliau pada masa sekarang hanyalah seorang calon pilihanraya belum jadi wakil rakyat lagi.

Inilah tahap pemikiran guru-guru kita yang diberi amanah untuk mendidik anak bangsa. Sanggup bersekongkol dengan majlis yang dianjurkan secara haram semata-mata nak terima rasuah daripada calon UMNO/BN. Tapi mujurlah tak berapa ramai guru yang hadir sebaliknya lebih banyak kerusi yang kosong. Makanan yang disediakan juga banyak tak habis. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru dan ahli PIBG yang tidak hadir ke majlis tersebut. Ini bermakna mereka tak rela bersekongkol dengan calon UMNO/BN yang terkenal dengan isu rasuah dan skandal kehakiman. Diberitakan Ku Nan sudah berjumpa dengan semua pihak di Putrajaya bermula dari kakitangan kerajaan, imam-imam, AJK surau, persatuan penduduk dan PIBG. Semuanya dihulurkan dengan wang samada secara tunai atau diberikan makan/minum yang ditaja oleh Ku Nan. Mana pemantau SPR? Takkan tutup sebelah mata dan dibiarkan calon UMNO/BN berbuat sesuka hati. Sebenarnya kalau dibuat auditan sudah tentu Ku Nan sudah membelanjakan peruntukan yang melebihi had untuk berhadapan dengan calon PAS.

Kalau tak percaya tengok saja bilik gerakan yang dibina di setiap presint. Kanopi yang dipasang semuanya besar-besar dan dilengkapi dengan pendingin hawa. Belum campur makan/minum petugas, upah pemasang poster dan upah pemusnah poster lawan. Pengundi yang datang ke bilik gerakan mereka untuk membuat semakan pula diberi wang tunai RM30.00.

Sedarlah pengundi Putrajaya. Inikah dia calon wakil rakyat yang tuan/puan nak pilih. Menabur wang dan rasuah sepanjang masa. Ingat dia buat itu semua secara percuma? Tolonglah! Selepas menang nanti dia akan bolot semua khazanah negara melalui projek dan tender. Tuan/puan semua dapat apa? Melopong ajelah.

Masa pilihanraya ni lebatlah sikit poket masing-masing disumbat Ku Nan. Selepas ini tuan/puan semua akan menjalani kehidupan seperti biasa dengan harga minyak yang semakin naik dan harga barangan keperluan yang semakin meningkat.

SEDARLAH DIRI INGAT ALLAH DAN AKHIRAT. JANGAN CONDONG KEPADA RASUAH DAN PENYELEWENGAN.

UNDILAH DENGAN BIJAKSANA. JANGAN TENGOK KEPADA PARTI SAHAJA TAPI TENGOK JUGA LATAR BELAKANG CALON.

Pinochet

 

Rumah pengerusi SPR disimbah cat
Posted on Thursday, March 06 @ 13:48:30 MYT by SongkokPutih


Berita Sumber Malaysiakini

 Rumah pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini disimbah cat warna merah, dipercayai sebagai bantahan keputusannya membatalkan pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi.

Kejadian itu, dipercayai awal pagi atau tengah malam tadi, diketahui hari ini oleh pekerja rumahnya di Jalan Bukit Pantai, Kuala Lumpur.

abdul rashid ec chairman house red paint splashed 060308 repaintAbdul Rashid memberitahu Malaysiakini, beliau percaya kejadian itu bermotifkan politik.

Perbuatan menyimbah cat merah bahagian pagar rumahnya di Lorong Bukit Pantai 7, Lembah Pantai itu dipercayai dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, lapor laman web Utusan Malaysia.

Abdul Rashid bagaimanapun hanya menyedari perkara itu pada pukul 7.30 pagi ini ketika beliau menunggu pemandunya untuk keluar menuju ke pejabatnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang mengulas kejadian itu menegaskan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenainya.

SPR kelmarin membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal, hanya empat hari sebelum pengundian pada Sabtu ini.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat pada satu sidang akhbar di yang turut dihadiri ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan juga Musa.

Beberapa hari sebelumnya, pembangkang menegur SPR yang kelihatan berat hati untuk memperkenalkan penggunaan dakwat tersebut.

Susulannya, beberapa pemimpin utama badan pemantau yang diiktiraf SPR, Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel), termasuk pengerusinya Abd Malek Hussin, menarik diri sebagai pemerhati pada 8 Mac ini.

Kalau rakyat sudah tolak BN,SPR terimalah-Hj Mohamad Sabu
Posted on Thursday, March 06 @ 13:17:05 MYT by alghaib


Video Klip Oleh : terengganukini

Naib Presiden PAS Hj Mohamad bin Sabu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan SPR yang membatalkan peraturan menggunakan dakwat didalam pilihanraya ke-12.

Tindakan tersebut jelas menunjukkan SPR telah diperkudakan oleh BN, tambah beliau yang juga merupakan calon PAS Bagi Parlimen Kuala Terengganu.


Beliau yang ditemui  untuk mengulas perkara tersebut sebaik sahaja selesai menyampaikan ceramah di Jalan Sekolah Cendering, Kuala Terengganu.
Disamping beliau, Dr Syed Azman selaku penyelaras BERSIH dan juga calon PAS DUN N.15 Batu Burok juga turat mengulas perkara tersebut.

klip video

 

Selamat 'memilih' BA pada hari Sabtu ini..
Posted on Thursday, March 06 @ 12:10:52 MYT by greenboc

Fikir Sejenak Oleh shah_id

"a
Hari sabtu ini adalah satu hari yang menentukan samada aku ini layak bergelar manusia yang waras atau manusia yang tidak ada beza dgn lembu yang hanya cuma mahu 'cari makan'..

Hari sabtu ini adalah satu hari yang menentukan samada aku ini layak bergelar manusia yang waras atau manusia yang tidak ada beza dgn lembu yang hanya cuma mahu 'cari makan'..

Kerana pada hari sabtu ini aku akan menentukan siapa yang bakal menjadi pemimpin negara aku.. Samada golongan rasuah dan hanya 'cari makan' atau golongan yang beriman, bersih dari rasuah, dan adil terhadap rakyat. Aku akan menentukannya pada hari sabtu ini..

Negara yang ditadbir Firaun juga kaya dan moden (moden pada waktu itulah) tetapi tiada rahmat.. tiada keadilan dalam sistem pemerintahannya.. para pembodek firaun bakal menjadi pembesar pembesarnya.. dan dia (Firaun) berlagak tuhan dgn mengatakan kalau tiadadia maka negara ini akan muflis, tiada pekerjaan, tiada keamanan, huru-hara akan berlaku etc etc.. itulah permulaan kepada kehancuran Firaun dan kerajaannya.. itulah yang berlaku dgn negaraku 'ini' sekarang..

Sistem kehakiman hancur, integriti hancur, bongkak, riak, rasuah berleluasa, salah guna kuasa, kezaliman ISA, pembaziran merata, penyelewengan, jenayah bermaharajalela.. itulah itulah itulah..
'kerajaan / parti pemerintah ku' sekarang..

Tetapi Sabtu ini aku akan diberi peluang untuk 'memilih' sama ada aku mahu melihat kesemua 'kebejatan' itu berlanjutan untuk lima tahun lagi atau memberikan kunci pemerintahan negara kepada 'orang baru' yang mempunyai rekod 18 tahun tanpa rasuah.. biarpun 'pemilihan' ini dibuat diatas padang yang sangat tidak rata dan tiada langsung keadilan didalamnya.. tetapi aku akan tetap 'memilih'.. kerana aku yakin.. segalanya ditangan Allah dan usaha aku selain bertawakkal adalah menggerakkan kudrat untuk 'memilih'.. kerana aku yakin dan teramat yakin aku akan disoal di akhirat kelak mengenai 'siapa' yang aku pilih..

Lembu hidup hanya 'cari makan', dia tidak peduli samada tuannya itu adalah perasuah no. 1 negara atau perompak wang negara..

Bagi lembu.. "asalkan boleh cari makan sudahlah..", "asalkan takda orang
kacau aku, sudahlah.."... itu adalah lembu.. manusia sewajarnya lebih 'bijak' dari lembu.. dan manusia yang waras.. pasti akan menolak penyeleweng, perasuah, penzalim daln lain-lain lagi.. kerana didalam diri manusia ada 'maruah'..

Selamat 'memilih' BA pada hari Sabtu ini..

 

Doa Tuan Guru Nik Aziz
Harakahdaily
Thu | Mar 06, 08 | 11:08:19 am MYT

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian." - mks. Cetak

 

Bukan mudah untuk benarkan jari dicalit dakwat - Syed Husin
Azamin Amin
Thu | Mar 06, 08 | 11:06:23 am MYT

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh)- Tanpa maklumat sahih dan masih dalam siasatan, Ketua Polis Negara dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sanggup membatalkan sistem celup jari dengan dakwat atas alasan 'keselamatan negara'.

Malah persoalan yang timbul, jika berlaku kekacauan kenapa pihak polis sehingga kini tidak menangkap pihak tidak bertanggungjawab dan mendakwa mereka di mahkamah?

Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali yang membangkit hal ini berkata pihak polis dan SPR sanggup menipu kerana bersekongkol untuk membantu Umno-Barisan Nasional (BN) terus menang dalam pilihanraya ke-12 ini secara haram.

"Tidak dapat diterima akal sama sekali mereka yang membeli dakwat itu dengan mudah saja boleh mencalit jari pegundi sebelum mereka membuang undi.

"Jikalau mereka dari Umno, sudah tentu mereka tidak akan mencalit jari ahli dan penyokong mereka. Dan sudah tentu pula orang dari PAS atau PKR tidak akan membenarkan jari mereka dicalit," katanya dalam satu kenyataan media.

SPR katanya turut memberi alasan lain antaranya sistem calit jari dengan dakwat ini bertentangan dengan Perlembagaan kerana boleh menafikan hak seseorang yang enggan dicalit jarinya untuk mengundi.

Mengikut pengalaman lalu, pihak polis dan SPRlah yang menimbulkan keadaan kacau bilau serta kurang selamat dengan mengadakan daftar undi berbeza, melanjutkan waktu mengundi dan melindungi pengundi-pengundi hantu yang dibawa berbas-bas, kata Syed Husin.

"Lebih serius, dilaporkan seorang bekas Setiausaha SPR telah bersekongkol dengan seorang bekas Pengarah Pejabat Pendaftaran untuk mengeluarkan kad-kad pengenalan palsu yang boleh digunakan oleh pengundi-pengundi hantu semasa pilihanraya," katanya

"Kami juga mendapat maklumat kira-kira 40,000 pengundi hantu akan dibawa dari Selatan Thai dan lain-lain tempat ke Kelantan.

"Sekarang jelas sekali polis dan SPR hendak melindungi pengundi-pengundi haram yang diangkut untuk mengundi," kata Syed Husin. Cetak

 
 
MALAYSIAKINI: TI-M: Pilihanraya jadi 'bahan lawak'
Mar 6, 08 1:42pm
Sistem pilihanraya di Malaysia boleh menjadi "bahan lawak" di peringkat antarabangsa jika kelemahannya tidak diperbaiki, kata presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Tan Sri Ramon V. Navaratnam.

Dalam kenyataannya hari ini, Ramon berkata beliau mengetahui secara peribadi beberapa kes pengundi muda yang nama mereka dihapuskan daripada daftar pemilih dengan alasan "telah meninggal dunia."

"Sebenarnya, saya sendiri tahu bahawa mereka semua masih hidup!" katanya, mengulas kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di sebuah media asing bulan lalu.

"Jika anda mahu pilihanraya yang bebas dan adil ... anda mesti mempunyai kuasa untuk meratakan padang persaingan," beliau dipetik sebagai berkata.

"Tanpa kuasa itu, maka keseluruhan sistem boleh ditertawakan orang," tambahnya.

"Dalam sesuatu pilihanraya anda harus mewujudkan keadaan yang dinamakan pilihan (pengundi) berasaskan maklumat. Itulah prinsipnya. Orang ramai mesti tahu siapa yang bertanding, jadi publisiti mesti diberikan kepada semua pihak, bukan hanya sebelah pihak. Dan memang wujud media yang melaporkan sebelah pihak sahaja."
 
 

Wednesday, March 5, 2008

SUKAR NAK PILIH CALON BERSIH DARIPADA UMNO

Susah-susah hendak pilih siapa :

1. Rafidah Aziz-masalah AP dan kenduri saham
2. A.Nazri Aziz-masalah permit teksi 6,000 buah untuk seorang individu tidak selesai
3. Khir Toyo-paling bermasalah kiri-kanan makan, anti Islam, anti setinggan
4. Andan Yaakob-kes balak dengan Khalil Yaakob tidak selesaikan lagi
5. Mahadzir Khalid-curi balak
6. S.Samy Vellu-kes Maika Holding tidak selesai-selesai
7. Shahidan Kassim- saham beras jati dan kroni
8. Najib Tun Razak-kes wanita monggolia, komisen kapal selam dan kapal terbang
9. Azalina Said-nasib baik sudah menang
10. Annuar Musa-kes PPRT
11. Mustafa Mohamad-salah guna kuasa berkempen
12. Mohd Ali Rustam-laporan bersepah-sepah di BPR, Melaka
13. Mohd Yusuf Said-seronok kuasa untuk diri sendiri
14. Abang MB Negri Sembilan proksi kepada Hassan sendiri
15. Khairy Jamaludin-penyangak jalanan dan penjual negara
16. Ketua Putera-pembohong besar dan suka lepak-lepak di hotel 5 bintang
17. ABDULLAH AHMAD BADIWI-LAGI BERMASAALAH

Jadi, terajang UMNO dalam PRU ke 12 ini keluar tingkap!

"Selamatkan Rakyat dan Selamatkan Negara"
"Protes hingga turun"

Tuesday, March 4, 2008

PRU KE-12: MENGUJI MINDA RAKYAT

Oleh : Tun Telanai

Assalamu'alaikum wm.wrt,


UMNO[BN] membuka gelanggang pilihan raya pada kali ini dengan kuasa yang ada padanya. UMNO sudah pun memulakan langkah pertama memperalatkan SPR untuk mengharu-harakan pembangkang dengan isu duti setem yang akhirnya dibatalkan di saat-saat setelah didapati banyak calon-calon UMNO[BN] belum bersedia berbuat sedemikan. Abdul Rashid Abdul Rahman kelihatan seperti 'puppet' yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk berlaku adil kepada semua pihak dalam PRU Ke-12 ini. Beliau hanya menurut perintah apa yang dikehendaki oleh Abdullah Ahmad Badawi bagi memastikan UMNO memenangi pilihan raya tersebut'


Kedua, dengan tiba-tiba pula SPR membatalkan dakwat pencelup jari ke atas pengundi yang telah mengundi bagi mengelak terjadinya mengundi dua kali. Pada mulanya, SPR membuat peraturan semua pengundi wajib dicelup dakwat ke jari kelingking menandakan orang itu sudah pun membuang undi. Kemudian, SPR mengubahkan lagi peraturan tersebut dengan membenarkan pengundi yang tidak mahu mencelup jarinya boleh mengisi borang mendapatkan keizinan daripada SPR.


Memandangkan suasana sekarang ini tidak memihak kepada UMNO, maka peraturan tersebut dibatalkan. Ini merupakan strategi atau taktik UMNO bagi membolehkan 'pengundi upahan' dapat megundi dua kali khususnya di negeri-negeri yang pembangkang [PAS] kuat seperti Terangganu, Kedah, Kelantan dan Perlis. Pada mulanya, UMNO bersetuju mengunakan kaedah ini kerana pertama bagi menunjukkan konon-kononya yang UMNO itu telus, bebas dari sebarang penipuan dan penyelewengan.


Kedua, UMNO pada ketika itu berpendapat bahawa majoriti rakyat berada di pihaknya [berdasarkan keputusan PRU ke-11], tetapi disebabkan masalah dalaman UMNO itu sendiri kelam-kabut dan asakan demi asakan daripada pihak pembangkang, kini kelihatan dacing semakin senget, maka tidak ada kaedah lain, melainkan kaedah mencelup jari ini dibatalkan disaat-saat akhir juga bagi membolehkan pengundi-pengundi mengundi dua kali sepertimana yang berlaku pada PRU ke-12 lalu. Pada PRU tahun 2004 lalu, masa pengundi dilanjutkan sehingga jam 7.00 malam di negeri Selangor bagi membolehkan pengundi-pengundi yang membuang undi di Terangganu sempat kembali dan mengundi pula sekali lagi di beberapa kawasan yang dikenalpasti di negeri ini. Sekali lagi, strategi yang serupa akan berulang.


Menyentoh manifesto yang dikeluarkan oleh UMNO [BN], ia amat melucukan. Pada pandangan saya, think-thank UMNO kurang cerdik sedikit. Ia amat melucukan seolah-olah UMNO mahu memperbodohkan semua rakyat Malaysia. Adalah tidak sesuai sama sekali UMNO menggunakan slogan " SELAMAT, AMAN DAN MAKMOR" yang menjadi bahan kempennya. Semua rakyat Malaysia tahu bahawa keadaan di Malaysia tidak selamat, kadar jenayah semakin meningkat yang meyebabkan kehidupan rakyat menjadi tidak aman. Makmor bukan semua rakyat dapat merasainya, hanya segelintir sahaja iaitu yang terdiri daripada di kalangan elit-elit politik, kroni dan anak-menantu yang makmor dan kaya-raya, rakyat marhaen papa kedana dibeban dengan kos belanja yang tinggi. Lihat gambar-gambar yang diselitkan di bawah ini 'Berfikirlah secara bijak dan matang':


Jadi, PRU kali ini Abdullah hendak menguji tahap kecerdikan rakyatnya. Sekiranya, rakyat masih tetap memberi sokongan kepada UMNO, maka hasrat beliau untuk mencanai minda rakyatnya menjadi "Minda kelas Pertama' bertaraf dunia adalah GAGAL [sudahlah IPTA-IPTA kita sudah jatuh tersorok dihujung kaki lima], kini fikiran rakyatnya pula masih lagi di era 20an, di zaman batu. Tetapi dari segi politik jangka pendik, Abdullah mendapat banyak munafaatnya gaya fikir rakyat seperti ini. Rakyat seperti ini mudah dibeli dan disembelih bila-bila masa yang dikehendaki. Lembukah kita?


Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia semua kaum, marilah kita sama-sama berganding bahu membuat perubahan demi kepentingan diri kita, anak-anak kita, cucu-cicit kita masa hadapan.


DAH LAMA DAH BERKUASA
50 TAHUN. CUKUPLAH.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGERA"
"PROTES SAMPAI TURUN"


Sekian.Wassalam.

Monday, March 3, 2008

PAK LAH JANGAN TAK TIPU LAGI...


Sayangkan agama, bangsa dan negara_tolak pimpinan PakLah ganti dengan PAS dan Keadilan. Cubalah beralih pula DAH LAMA DAH, 50 tahun merdeka, orang Melayu tak dapa apa-apa-duit rakyat dibazirkan untuk anak-menantu dan krony.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

Sekian.Wassalam
 
 
Mat Noh Ahmad telah membiarkan dirinya dan SPR diperkudakan oleh UMNO/BN
Posted on Thursday, March 06 @ 11:11:03 MYT by SongkokPutih

Artikel Oleh Zulkifli Nordin

 Saya telah ditunjukkan dengan keratan akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 02.03.2008 dimana dimuka surat 3 dilapurkan bahawa Pegawai Pengurus Pilihanraya kawasan P-18 Mat Noh Ahmad telah membuat lapuran polis mendakwa kononnya saya "gagal mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihanraya 2004 ketika menyerahkan permohonan untuk bertanding kerusi Parlimen Kulim/ Bandar Baharu dalam Pilihanraya Umum Ke 12 pada 8 Mac ini".

Kenyataan yang dibuat ini dan cara lapuran ini disebarkan menunjukkan ianya berniat jahat dan berbaur dengan unsur politik dengan tujuan memberi gambaran seolah-olah saya tidak layak bertanding dalam PRU 12 ini. Tambahan apabila ianya dibuat tatkala kempen pilihanraya sedang rancak berjalan.



Fitnah ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu untuk menyebarkan fitnah yang pengundi tidak perlu mengundi saya pada 8 Mac ini kononnya saya tidak layak bertanding. Maka jika saya menang pilihanraya pun tidak ada gunanya kerana Mahkamah akan membatalkan kemenangan saya. Malahan lapuran akhbar tersebut diakhiri dengan satu kenyataan "sekiranya Zulkifli memenangi kerusi Parlimen Kulim/ Bandar Baharu, BN boleh mengemukakan petisyen di mahkamah pilihanraya bagi memohon membatalkan kemenangan berkenaan".

Adalah jelas kenyataan ini dibuat dengan matlamat dan tujuan untuk mempengaruhi pengundi yang saya tidak layak untuk bertanding. Pihak Pengurus Pilihanraya P-18 termasuk Mat Noh Ahmad langsung tidak menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat lapuran tersebut.

Saya kesal kerana Mat Noh Ahmad telah membiarkan dirinya dan SPR diperkudakan oleh UMNO/BN.



Ini menunjukkan seolah-seolah ada cubaan pihak pihak tertentu yang berkepentingan untuk menjejaskan nama dan kredibiliti saya sebagai calun P-18. Saya juga kesal dengan sikap Utusan yang langsung tidak memberi ruang menyiarkan jawapan saya walaupun saya telah memberi kenyataan kepada wartawan Utusan.

Usaha saya untuk mendapatkan pihak akhbar Utusan untuk memberi penjelasan langsung tidak dilayan.

Saya ingin menegaskan bahawa seseorang calun yang mahu bertanding dimana-mana kerusi Parlimen dikehendaki membeli satu "SET BORANG KERTAS PENAMAAN PARLIMEN" yang terkandung didalamnya Borang 4 (kertas Penamaan), Borang 5 (Akuan Berkanun), Borang A (Sumpah Kerahsiaan), Borang Deposit Bahan Kempen Pilhanraya dan Contoh Pengisian Borang Penamaan Calun". Semua Calun hanya perlu mengisi borang-borang ini dan menyerahkan kesemuanya berserta dengan deposit calun berjumlah RM10,000-00 dan deposit bahan Kempen berjumlah RM5,000-00.

Sepanjang pengetahuan saya, saya telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk menjadi calun bagi pertandingan peringkat Parlimen P-18.

Sepanjang pengetahuan saya, mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihanraya 2004 kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen P-18 Kulim Bandar Baharu ketika menyerahkan permohonan untuk bertanding kerusi Parlimen Kulim/ Bandar Baharu bukan syarat untuk melayakkan saya bertanding kerusi Parlimen tersebut.

Malahan semasa tempoh bantahan dihari penamaan calun pada 24.02.2008 tiada sebarang bantahan pun dikemukakan oleh mana-mana pihak termasuk calun BN. Pihak Pengurus Pilihanraya juga telah mengambil masa menyemak dan bermesyuarat selepas itu untuk memastikan dokumentasi dan kelayakan saya sebagai calun disahkan. Malahan semasa membuat pengumuman calun, Mat Noh Ahmad jelas menyatakan bahawa tiada bantahan diterima oleh mana-mana pihak dan beliau berpuashati saya layak bertanding dan dengan itu mengumumkan bahawa saya adalah calun yang sah untuk bertanding bagi kerusi Parlimen P-18 Kulim/ Bandar Baharu.

Malahan saya ingin menegaskan bahawa saya telahpun memfailkan Penyata Kewangan bagi Pilihanraya ke 11 tahun 2004 di pejabat SPR. Bukti jelas pemfailan tersebut ialah bayaran deposit calun & bahan kempen berjumlah RM15,000-00 telah pun dikembalikan kepada saya; yang mana bayaran tersebut tidak akan dikembalikan melainkan calon telah memfailkan Penyata Kewangan.

Oleh itu tidak timbul soal saya tidak layak bertanding untuk kerusi Parlimen P-18 Kulim/ Bandar Baharu. Selain daripada lapuran polis ini, saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengkaji mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat Noh Ahmad dengan segera.


Saya akan mengemukakan saman bernilai RM10juta terhadap Mat Noh Ahmad kerana cuba membuat fitnah terhadap saya.


Saya mengambil kesempatan ini untuk mencabar calun BN Aziz Sheikh Fadzir supaya bertanding dengan saya secara anak jantan. Jangan kita hanya berani mengaum menjadi jagoan kampungan menghunus keris didepan khalayak sendiri tetapi menikus bila berdepan dengan rakyat. Jangan kita hanya angkuh nak membakar Dewan Cina tetapi bacul bila berdepan dengan pengundi. Ayuh kita berlawan sebagai anak jantan... jangan kita berangan mat jenin nak menang percuma. Apakah ini budaya yang cuba dibawa oleh Aziz Sheikh Fadzir... nak senang dan menang dengan mudah dan percuma. Biar Mahkamah rakyat menentukannya pada 08 Mac ini.


Zulkifli Bin Noordin
Calun Parlimen PKR
Bagi Kerusi Parlimen P-18 Kulim Bandar Baharu
Bertarikh 04.03.2008

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Ads on Yahoo!

Learn more now.

Reach customers

searching for you.

Moderator Central

Get answers to

your questions about

running Y! Groups.

.

__,_._,___

No comments: