(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
BuletinOnline
Muhyidin jangan turut jadi pembohong hutang Terengganu juga meningkat

"Sejak BN memerintah Terengganu hutang negeri ini meningkat kepada RM903.05 juta berbanding RM846.38 juta semasa PAS memerintah. Jadi apa hebatnya UMNO/BN memerintah jika mahu dibandingkan dengan PAS," ujarnya ketika dihubungi Buletin Online di sini, hari ini.
Beliau yang juga calon PAS DUN Wakaf Memepelam berkata demikian mengulas kesombongan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin yang menyifatkan PAS tidak mampu memerintah sehingga hutang kerajaan negeri Kelantan tertunggak RM1 bilion. Beliau mempersoalkan apa hebatnya kerajaan UMNO/BN memerintah Terengganu sehingga meningkat hutang selepas diambilalih daripada PAS. Kerajaan UMNO/BN Terengganu menerima lebih RM 2 bilion pada tahun 2005 dan 2006 dari kerajaan Pusat tapi menokok hutang kepada hampir RM1 bilion.
"Kalau orang pakai kereta mewah, rumah besar tetapi berhutang apa hebatnya. Pemerintah yang hebat tidak membazirkan wang sehingga menokok hutang negeri untuk biayai projek yang tidak memberi keuntungan dan manfaat kepada rakyat sebaliknya dikaut oleh segelintir pemimpin UMNO/BN dan ahli perniagaan dikeliling," katanya.
Beliau berkata kerajaan UMNO/BN banyak membazirkan wang malah untuk tiga hari sahaja boleh menghabiskan RM300 juta untuk pertandingan Monsoon Cup.
Tambah beliau berbanding dengan pemerintahan PAS wang tersebut boleh dibelanjakan setahun perbelanjaan mengurus dan mentadbir negeri.

Hutang Kelantan: Husam sedia berdebat dengan Naib Presiden Umno
| Abdul Halim Mohd Rashid Tue | Mar 04, 08 | 3:55:50 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Bukan sahaja akan menghantar penyata hutang negeri Kelantan untuk dipelajari sendiri oleh Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin malah Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa bersedia berdebat mengenai dakwaan Menteri Pertanian itu bahawa kerajaan Kelantan muflis. Beliau juga menunjukkan rekod bertulis mengenai hutang negeri Kelantan kepada para pemberita dalam sidang media hariannya di sini hari ini. Mengulas dakwaan Muhyiddin kononnya beliau terkejut dengan "bebanan hutang besar kerajaan Kelantan" selepas dimaklumkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Annuar Musa, Husam menyindir Menteri Pertanian itu dengan meminta beliau belajar matematik. Annuar sebelum itu berkata, defisit terkumpul belanjawan negeri itu kini berjumlah RM400 juta setahun manakala hutang pinjaman air (daripada kerajaan pusat sejak awal tahun 2000) sahaja berjumlah RM600 juta. Sambil mengakui Kelantan berhutang RM398 juta untuk projek bekalan air di negeri itu, Husam berkata tidak ada mana-mana pihak yang membayar hutang sekaligus. Tempoh pembayaran hutang untuk projek bekalan air di Kelantan itu ialah 20 tahun. Husam menjelaskan, tempoh matang hutang untuk projek bekalan air itu bermula pada bulan November 2007. "Pada bulan November 2007, kena bayar (hutang tersebut) RM4 juta. Kita bayar," katanya. Malah, katanya, kerajaan PAS Kelantan telahpun mengarahkan supaya dibayar kira-kira RM1.4 juta hutang projek bekalan air itu yang ditetapkan pembayarannya pada Januari 2008. Mengenai kenyataannya bahawa kerajaan negeri Kelantan adalah yang kedua terbaik di Malaysia selepas Sarawak, Husam berkata, menurut data "Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Mengikut Negeri Sehingga 31 Disember 2006", Kelantan mempunyai tunggakan RM11.6 juta berbanding Selangor sebanyak RM587.45 juta, Kedah (RM385.23 juta), Johor (RM365.8 juta) dan Pahang (RM309.13 juta). Beliau juga membacakan senarai negeri yang mempunyai banyak tunggakan. Kecuali Sarawak, semuanya berprestasi lebih buruk daripada Kelantan yang ditadbir PAS - yang terpaksa membayar hutang yang ditingalkan oleh pemerintahan 12 tahun kerajaan Barisan Nasional di negeri itu yang berjumlah RM760 juta. Terengganu, yang berjaya dirampas BN pada pilihanraya umum lepas, mempunyai tunggakan RM300.34 juta. |

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.
Lawati laman Bersih di http://bersih.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___


No comments:
Post a Comment