Luahan marah Chandra yang menyedihkan
Thursday, 06 March 2008
Ramai orang telah menelefon pejabat Aliran untuk melafazkan
kemarahan mereka tentang komen kritikal Dr Chandra Muzaffar terhadap
Anwar Ibrahim dan PKR yang telah mendapat pelaporan yang meluas
dalam media arus perdana. Mereka telah menanyakan pendirian Aliran
mengenai hal ini, kerana Chandra dirujuk sebagai pengasas Aliran.
Dalam hal ini, kami ingin menjelaskan bahawa Chandra tidak lagi
menjadi ahli yang aktif sejak tahun 1991, ketika beliau meletakkan
jawatannya sebagai presiden dan kemudian menubuhkan JUST.
Apa yang lebih mustahak lagi, kami ingin menyatakan bahawa Aliran
tidak bersetuju dengan komen Chandra yang terbaru mengenai Anwar
Ibrahim dan PKR. Kami juga tidak bersehaluan dengan pendiriannya
bahawa BN, walaupun ada cacat celanya, adalah pilihan yang lebih
baik. Malah kami merasa terganggu dengan luahan marahnya yang
kelihatan emosional.
Berbeza dengan pandangan Chandra, Aliran menyeru rakyat Malaysia
untuk mengundi dan mendapatkan Pembangkang yang lebih kuat. Adalah
mustahak bagi kita menghalang Barisan Nasional daripada mencapai
majoriti dua pertiga yang telah membolehkannya meminda Perlembagaan
sesuka hati dan mengenepikan pandangan bercanggah. Pembangkang yang
lebih kuat boleh membantu memantapkan demokrasi Malaysia yang agak
lemah. Kita selalu mengorbankan demokrasi dalam mengejar
pembangunan dan inipun model pembangunan yang memusatkan kekayaan
ke dalam tangan minoriti.
Sesungguhnya, Aliran mempertahankan pembangunan yang mementingkan
manusia dan demokrasi untuk semua. Kami telah memajukan pendirian
ini dalam dua isu majalah Aliran Monthly terkini, yang telah
memfokus terhadap pilihanraya 2008.
Komen Chandra yang dilaporkan oleh media arus perdana kelihatan
memberikan penekanan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah seorang pemimpin
yang boleh dipercayai. Nampaknya politik wang juga merebak dalam
PKR. Jika ini benar, ia adalah suatu yang membimbangkan kerana
implikasinya ialah penyakit politik wang telah merebak dari BN ke
PKR! Dalam pengetahuan kami, politik wang sudah merebak luas dalam
parti komponen BN. Oleh itu, adalah pelik bagi Chandra menumpukan
keprihatinannya terhadap masalah politik wang PKR sahaja. Dalam masa
yang sama, beliau tidak banyak memperkatakan setakat ini politik
wang yang selalu dikaitkan dengan BN.
Chandra juga telah mengenengahkan hal taktik ras yang menakutkan
yang kononnya digunakan oleh PKR ketika pilihanraya kecil Lunas.
Bagi kami, muslihat kotor seperti itu telah digunakan oleh semua
parti lebih-lebih lagi BN. Sekali lagi, segala bentuk memancing ras
oleh semua parti harus dikutuk.
Aspek yang paling mengganggukan dalam episod ini ialah bagaimana Dr
Chandra Muzaffar telah membiarkan dirinya secara sedar atau tidak
sedar digunakan sebagai sebahagian daripada alat propaganda BN.
Adalah menyedihkan bahawa seorang intelektual yang terkenal dan
aktivis yang lama bergiat seperti beliau telah mempunyai pandangan
yang tersekat tentang isu berkenaan. Kami tertanya-tanya kenapa
beliau tidak mengumumkan kes ini lebih awal lagi dan lantas
menyiasatnya dengan lebih menyakini memandangkan pendirian beliau
tentang integriti dan akauntabiliti. Kenapa hanya sekarang?
P Ramakrishnan, Presiden
Francis Loh, Setiausaha Kehormat
Mustafa K Anuar, Penolong Setiausaha Kehormat
Anil Netto, Bendahari Kehormat
Bagi pihak Jawatankuasa Eksekutif Aliran
5 Mac 2008
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___


No comments:
Post a Comment