Date:

[harakahdaily] Bahang Perbahasan Muktamar Sudah Terasa

Bahang Perbahasan Muktamar Sudah Terasa

15-17 Ogos 2008 adalah tarikh dimana seluruh ahli PAS dari seluruh dunia merayakan muktamar agongnya yang ke-54. Menandakan usia PAS yang semakin matang dalam menongkah arus dan badai perjuangan Islam yang tidak boleh tidak mesti dilalui oleh semua pendokong Islam.

Alhamdulillah kemenangan 5 negeri di Semenanjung melalui tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat yang unik dengan pelbagai cara dan terajunya adalah satu kurnian besar Allah kepada kita semua untuk menjaga amanah ini dengan sabar dan hikmah.

Pastinya muktamar kali ini akan panas dengan isu dan usul yang akan dibahaskan oleh perwakilan-perwakilan yang mahukan pemimpin kita bertanggungjawab menjawab dan merungkai persoalan dan jawapan yang membelengu hati sanubari ahli dan penyokong PAS amnya.

Sebagai panduan disini disenaraikan kronologi dan peristiwa penting sebagai ingatan

- 08 Mac 2008 Gabungan PAS,PKR & DAP yang membentuk Barisan Rakyat berjaya menafikan 2/3 majoriti Barisan Nasional di Parlimen dan berjaya menawan 5 negeri iaitu Kelantan,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor.

- Penubuhan Pakatan Rakyat sebagai aspirasi rakyat yang mahukan pakatan pembangkang bekerjasama sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

- Pak Lah didesak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno

- Pulau Pinang dan Kedah mansuhkan saman dan kompaun 'parking'

- Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang mahu mentadbir negeri mengikut cara Khalifah Umar Abdul Aziz

- Tun Mahathir umumkan keluar dari Umno

- Selangor dan Perak beri air percuma kepada rakyat

- Pak Lah umumkan pelan peralihan kuasa 2010 kepada Najib

- Cadangan Dewan Pemuda PAS untuk dilaksanakan undang-undang Syariah dalam kerajaan Pakatan Rakyat

- Malaysia kekurangan stok beras dan kenaikan harga barangan yang semakin melampau

- Bekas Ketua Angkatan Muda PKR Mohammad Ezam Mohd Nor umum masuk Umno

- Malaysia kehilangan Pulau Batu Putih ditangan Singapura

- Kenaikan harga petrol dan diesel paling tinggi dalam sejarah dunia

- PAS disahkan menang dikerusi DUN Sanglang tetapi dinafikan hak

- Anwar dituduh liwat oleh pembantu peribadinya Saiful Bukhari

- Pengakuan bersumpah Raja Petra dan penyiasat persendirian Bala yang mendakwa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam Altantuya.

- Bala menarik semula pengakuan bersumpah dan hilang entah kemana

- Protes Sejuta Rakyat yang gagal dan kontroversi di Stadium Kelana Jaya

- Presiden PAS sampaikan rasa dan perasaan ahli dan pimpinan PAS terhadap kerajaan Pakatan Rakyat

- Isu muzakarah dan muqabalah yang dimainkan oleh Umno untuk memecahkan Pakatan Rakyat

- Pengakuan bersumpah Dr Osman Hospital Pusrawi berhubung pemeriksaan keatas Saiful yang didapati tidak diliwat

- Wan Azizah lepaskan kerusi Permatang Pauh untuk dipulangkan semula ketangan Anwar Ibrahim

- SPR tetapkan 16 Ogos tarikh penamaan calon dan 26 Ogos sebagai tarikh membuang undi untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh

- Anwar Ibrahim didakwa dimahkamah sesyen atas tuduhan liwat

- PAS nyatakan pendirian Islam sebagai prasyarat penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat diperingkat Persekutuan.

Semoga muktamar kali ini menjadi medan untuk kita bermuhasabah dengan kemenangan dengan harap dan keredhaan dari Allah.

Layari : http://pasjohorbahru.com/

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Ads on Yahoo!

Learn more now.

Reach customers

searching for you.

Y! Messenger

Instant smiles

Share photos while

you IM friends.

.

__,_._,___

No comments: