Date:

[harakahdaily] Abdullah disaran teruskan khidmat sebagai PM

Abdullah disaran teruskan khidmat sebagai PM

Intan Abdullah
Sun | Jan 18, 09 | 3:37:52 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 18 Jan (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meneruskan perancangan beliau untuk bersara pada bulan Mac akan datang.

Iklan
 
 
   

"Kita berharap beliau akan meneruskan khidmat beliau sebegai PM dan tidak menyerahkan kedudukan tersebut kepada timbalannya, Dato' Seri Najib Razak," katanya ketika sidang media di Stadium Negeri, di sini malam tadi.

Jelasnya, Abdullah telah menunjukkan sikap yang terbuka dengan melakukan perlbagai perubahan yang dijanjikan dalam pilihan raya umum lalu.

"Sikap terbuka Kerajaan Pusat dan kewujudan kerjasama dalam Pakatan Rakyat merupakan satu perubahan besar," katanya

Sementara itu, ketika ditanya wartawan mengenai isu keretakan dalaman dalam Pakatan rakyat beliau menafikannya.

"Pilihan raya ini berjaya membuktikan kerjsama dalam Pakatan Rakyat merupakan satu perubahan yang sangat besar dan maju," ujarnya.

Beliau turut menafikn berlakunya perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan semua katanya hanyalah tohmahan oleh mereka yang tidak senang dan benci kepada Pakatan Rakyat,"

Walau bagaimanapun, Ustaz Abdul Hadi masih tidak berpuas hati dengan peranan undi pos kerana ia melibatkan campur tangan SPR dalam urusan tersebut. - mns_

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Y! Messenger

Want a quick chat?

Chat over IM with

group members.

Yahoo! Groups

Going Green Zone

Save the planet.

Your resources to go green.

.

__,_._,___

No comments: