Date:

[harakahdaily] mpian Umno pecahkan Pakatan Rakyat tersasar - Nik Aziz

mpian Umno pecahkan Pakatan Rakyat tersasar - Nik Aziz

Salmah Mat Husain
Mon | Jan 19, 09 | 2:38:38 pm MYT

KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Usaha Umno dengan bantuan media massa mahu memecahkan Pakatan Rakyat makin tersasar. Ia dibuktikan dengan keputusan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu, kelmarin.

Iklan
 
 
   

Sokongan masyarakat Cina dan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat bertambah sebanyak 949 undi berbanding Mac 2008, sebaliknya Barisan Nasional (BN) hilang sebanyak 2,310 undi.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan calon PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu membuktikan masyarakat pelbagai kaum khususnya Cina semakin menerima PAS.

Katanya, apa yang lebih penting kesepakatan Pakatan Rakyat telah berpadu tenaga sehingga berjaya dibuktikan pada pilihan raya kecil itu.

"Saya amat bersyukur di atas kemenangan tersebut kerana sekaligus akan merapatkan hubungan dengan masyarakat Cina khasnya DAP yang sebelum ini dianggap ekstrem.

"Dalam masa yang sama kemenangan ini juga berjaya merapatkan hubungan gerakan Islam yang dibawa PAS untuk dihayati semua pihak," ujarnya di sini semalam.

Menurutnya juga kemenangan tersebut membuktikan Islam bukan sebagaimana didakwa pihak lawan sebagai parti yang ekstrem dan menghalang kemajuan.

Katanya DAP khasnya golongan muda yang dianggap penentu kejayaan calon PAS dianggap memahami perjuangan dibawa PAS melalui usaha penerangan yang dijalankan sejak dahulu sehingga sekarang.

"Golongan muda memahami Islam melalui pembacaan, perbincangan dan penerangan yang disampaikan berbanding golongan tua.

"Orang tua ni � orang tua laa� golongan tradisi, orang Melayu pun menerima Islam kerana tradisi bukannya kerana pengajian," ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, walaupun media begitu hebat berkempen untuk memenangkan calon BN, namun rakyat tetap menolak BN.

Beliau juga meminta pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat tidak mengeluarkan kenyataan yang dianggap angkuh ekoran kemenangan PAS pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi mengalahkan calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan. - mj _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Need traffic?

Drive customers

With search ads

on Yahoo!

Everyday Wellness

on Yahoo! Groups

Find groups that will

help you stay fit.

.

__,_._,___

No comments: