Date:

[harakahdaily] Wan Farid jatuh, Aspirasi UM pun jatuh?

Wan Farid jatuh, Aspirasi UM pun jatuh?
Fahri Abdullah al-Masri | Foto Nasir Sudin
Tue | Jan 20, 09 | 7:55:06 am MYT

5:45 a.m, 20 Januari
Wartawan Subky Latiff pernah menulis sebuah rencana dalam Mastika sekitar 1970-an berhubung skandal rasuah bekas MB Selangor Dato' Harun Idris.

Iklan
 
 
   

Skandal itu melibatkan wang Bank Rakyat untuk menaja pertandingan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner di Stadium Merdeka pada 1975. Pertandingan ini tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya Harun dibicarakan dan dihukum penjara selama 8 tahun.

Mengulas peristiwa skandal tersebut, tersiar rencana Pak Subky berjudul, 'Harun jatuh, Ali pun jatuh'. Atau, judul rencana mungkin adalah sebaliknya, 'Ali jatuh, Harun pun jatuh'.

Saya pun kurang pasti. Tapi, apa yang pasti, Mastika pada saat itu, adalah santapan akliah insan cendekia, hidangan minda kalangan intelektualis, tak seperti sekarang.

Puas juga saya cari rencana itu, tetapi tidak berjumpa. Mungkin Pak Subky boleh menulis semula kisah tersebut dengan rapi. Saya tertarik dengan judul itu kerana, kejatuhan Menteri Besar itu kemudiannya disusuli pula dengan kejatuhan peninju terkenal, Muhammad Ali.

Demikianlah.. apabila sudah silap cara dan kaedahnya sejak daripada mula.. orang yang hebat pun boleh tumbang.

ImageTulisan ini bukanlah mahu meriwayatkan isu Harun Idris dan Muhamad Ali. Cuma ada pertalian antara kejatuhan Wan Farid di Kuala Terengganu dengan kejatuhan Aspirasi Umno di Universiti Malaya baru-baru ini.

Kejatuhan Umno bukan perkara baru. Sejak 8 Mac, berlakunya apa yang dinamakan 'tsunami politik' dan kemudian disusuli peristiwa gelap Umno di Permatang Pauh pada 26 Ogos tahun lalu yang menyaksikan Dato' Seri Anwar Ibrahim menumbangkan calon Umno-BN; Arif Shah.

Paling mendukacitakan Umno, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Abdullah, Najib ialah ketika tersiarnya berita Arif Shah mahu beralih parti pula selepas beliau tewas. Sekali lagi, maruah Umno tercabar dan imejnya tercalar. Orang yang diharapkan dapat menyalakan imej sempurna kepada BN, akhirnya berura-ura mahu 'murtad' parti.

Pendek kata, bagaikan teori atau permainan domino, imej dan maruah Umno rebah satu persatu kerana rakyat kita mahukan pembaharuan dan masyarakat Malaysia umumnya mahu mengirim isyarat supaya Umno segera berubah ataupun kekuasaan mereka bakal tercabut seluruhnya atau kekuatan itu tercabut satu persatu dalam masa yang perlahan dan mengambil tempoh yang agak lama. Itu semua bergantung kepada Umno sendiri untuk membuat pilihan.

Aspirasi Umno di UM jatuh?
ImageDan, demikianlah yang berlaku di Universiti Malaya baru-baru ini. Kira-kira 4:15 pagi, pengumuman telah dibuat oleh suruhanjaya pilihan raya kampus di Universiti Malaya. Keputusan yang menggemparkan itu, khabarnya telah pun memihak kepada kumpulan Pro Mahasiswa di universiti itu. Kalaulah benar, hasil titik peluh dan letih lelah mereka selama ini terbayarlah sudah.

Namun ada beberapa hal yang perlu dipertimbangkan. Pertama, hendaklah disebutkan dengan jelasnya bahawa kemenangan itu tercipta setelah Pro Mahasiswa telah dihina dengan kepala khinzir di atas bendera PAS diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam (Api) baru-baru ini. Ayatnya mesti begitu. Jangan semata-mata berkata, "Kami telah menang!"

ImageAyat semacam itu tergantung. Ia tiada unsur dramatik, tidak mencengkam perasaan, tiada klimaks, sifar kombinasi susur galur plot perjuangan dan kelihatan sama seperti perjuangan di kampus-kampus lain. Sedangkan, kejadian ini sebenarnya boleh dibawa ke Parlimen untuk dibincangkan kalau mahu isu penghinaan ke atas Pas itu diperdebatkan segera.

Ketika kita marahkan Israel, Amerika dan Zionis, bendera negara haram Israel itu dibakar dan bendera Amerika dipijak, diinjak-injak oleh para demonstran. Namun, ketika bendera parti Islam yang berjuang menegakkan Negara Islam dihinakan dengan meletak kepala khinzir di atasnya, kita boleh diam membisu seribu bahasa pula.

Baiklah, hal itu terserahlah kepada pucuk pimpinan parti sama ada mereka mahu mengambil tindakan atau tidak.

ImageHal berikutnya yang perlu diberi perhatian, adakah jumlah bilangan kerusi Pro Mahasiswa benar-benar mengatasi kerusi Aspirasi? Atau, cuma calon Umum sahaja yang mendapat banyak undian. Sejarah di Upsi cukup memberi pengajaran. Di USM, dengan kekurangan 1 kerusi (15-16) di pihak Aspirasi sekali pun, mereka boleh 'rampas' MPP USM sekitar 2004/2005.

"Bantahan demi bantahan banyak dibuat awal pagi tadi," kata seorang teman dengan gembiranya. Saya sudah menjadi fobia untuk bergembira. Sepatutnya pada malam pengiraan undi, kita mesti perhatikan kelibat TNC. Dengan siapa beliau sedang bercakap, berbual dan berbincang. Perhatikan, apakah wujud garis-garis kekerutan pada wajahnya.

Jika dia bergembira walaupun kita berasakan keputusan akan memihak kepada kita, berawaslah segera. Mereka ini panjang akal, penuh tipu helah dan tipu muslihat. Mungkin anda tidak percaya, tapi saya bercakap atas pengalaman.

ImageKetika ini saya tidak tahu apakah maklumat yang sempurna daripada Universiti Malaya. Hanya.. doa saya selalu bersama anda. Jangan kita angkuh, 'over confident' dan sangat gembira kerana khuatir akan mendapat berita yang mendukacitakan kita kelak. Ini baru fasa kedua, iaitu fasa ketika pilihan raya.

Kita baru melangkah ke fasa ketiga-selepas pilihan raya, dan kita pun tak tahu apa lagi sekatan demi sekatan yang akan disusun oleh HEP.

Apa-apa pun saya berkongsi kegembiraan ini bersama saudara dengan penuh kerisauan yang bersarang di dada. Marilah kita kenangkan semula sebuah hadis berhubung 'jihad hawa nafsu' sebagai muhasabah.

Saat baginda Rasulullah s.a.w mendengar bualan dan perkataan para sahabat tentang jumlah musuh-musuh yang mereka bunuh, baginda bersabda, "Kita baru pulang daripada perang yang kecil dan kini kita sedang menuju perang yang lebih besar."

ImagePara sahabat terkejut besar. Tergambar di ruang mata mereka betapa kilatan mata pedang mereka disuluh sinar mentari sebentar tadi bersama percikan darah syuhadak dan musuh Islam.

Suara-suara pekikan takbir serta raungan musuh bergema mengisi kesifaran sepi di padang pasir. Alam seakan dibancuh warna merah darah. Dan.. semua itu masih dilihat baginda Rasul sebagai sebuah peperangan yang cuma bertaraf kecil-kecilan baginya?

"Apa..selepas ini..ada perang lagi yang lebih besar ya Rasulullah?" pantas mereka bertanya, hampir serentak.

"Benar.." kata Rasulullah s.a.w, lalu baginda meneruskan sabdanya, "iaitu perang ke atas hawa nafsu."

ImageBaginda Rasul mungkin mahu menegur para sahabat agar tidak lagi bersikap takbur dengan menghitung-hitung berapa ramai musuh yang telah mereka penggal kepalanya. Jangan berasakan diri kuat, membanding-bandingkan kehebatan sesama mereka dengan menghitung-hitung berapa ramaikah musuh yang masing-masing telah mereka tewaskan dalam pertempuran tadi.

Keangkuhan, kesombongan, kecongkakan, kebongkakan, kepongahan dan ketakburan akan membinasakan diri seumpama Umno yang selama ini takbur dan suka 'sembang deraih' dan 'sembang kemaih' berhubung kekuatan mereka di media sebelum ini. Sikap melampau-lampau inilah yang menyebabkan rakyat menjadi bertambah meluat dan menyampah.

Kemenyampahan rakyat dan pengundi itu bukannya tidak boleh terpalit ke atas kita, kalau kita bersikap takbur seumpama mereka. Janganlah diulangi kesilapan Umno dan Aspirasi. Kelak kita akan dimarahi, disumpahi rakyat dan pengundi yang sudah pun memilih kita sebelum ini. Sekian dengan itu, wassalam..

6:59 a.m, 20 Januari
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Maklumbalas saudara bolehlah dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com. Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

Ads on Yahoo!

Learn more now.

Reach customers

searching for you.

Cat Groups

on Yahoo! Groups

Share pictures &

stories about cats.

.

__,_._,___

No comments: