Date:

[harakahdaily] Antara 'Hukum Hudud' dan 'Malaysia-Malaysian'


Antara 'Hukum Hudud' dan 'Malaysia-Malaysian'
Tarikh : Monday, December 29 @ 18:14:16 MYT
Topik : Teguran @ Kritikan


Oleh WFAUZDIN NS

 Parti KeAdilan Rakyat adalah sebuah parti berbilang kaum tetapi tunjang kepada parti ini tentunya orang Melayu berugama Islam.  Oleh kerana parti ini adalah parti berbilang kaum dan ugama, maka sudah tentu dasar parti ini berbeza dengan PAS, juga berbeza dengan DAP.  Sehubungan itu, mengapa perlu parti PKR dan juga DAP diheret sama apabila UMNO cuba berbicara tentang hukum hudud ?  Bukankah lebih lojik sekiranya UMNO yang ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu dan berugama Islam, parti ini sendiri berdepan dengan PAS bila berbicara tentang hukum hudud ini ?  Bukankah UMNO mendabik dada mengatakan bahawa parti tersebut juga memperjuangkan Islam ?

Di dalam Parti PKR khususnya orang-orang Melayu yang berugama Islam tidak pernah menolak dasar PAS untuk menegakkan Islam.  Dasar PKR tentunya tidak menekan tentang hukum hudud tetapi PKR lebih menekankan juga soal-soal lain yang juga menjadi tuntutan agama.  Ini bermakna, PKR juga memainkan peranan membantu PAS di dalam beberapa aspek tertentu yang mungkin kurang diberi penekanan oleh PAS.  Contohnya soal menentang rasuah, meningkatkan ekonomi rakyat, kebajikan rakyat, menentang keras akta zalim ISA dan banyak lagi yang di antaranya mungkin PAS kurang beri tumpuan.  Soal hukum dan Undang-Undang Islam, PAS mempunyai kredibiliti dan kelayakan untuk memperkatakannya.  Inilah hikmahnya PKR wujud di tengah-tengah arus politik di negara kita.  PKR adalah parti alternatif buat mereka yang tidak yakin kepada UMNO/BN, tetapi mereka juga belum bersedia untuk menerima PAS atau DAP.  Maka, pilihan bagi mereka adalah PKR.  Tidakkah ini menguntungkan semua di mana kita boleh menghancurkan UMNO/BN sepertimana yang telah mula kelihatan di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu.
 
     Justeru itu, adalah tidak bijak jika kita sering menganggap rakan-rakan kita seperti musuh yang perlu diasak sebilang masa.  Adalah penting semua parti di dalam Pakatan Rakyat menghormati dasar parti-parti sekutu kita.  DAP mestilah sentiasa menghormati dasar PAS dan PKR, begitulah sebaliknya.  Apabila Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan, laluan untuk kita berbincang sudah tentu terbuka luas.  Ketika itu, kuasa yang ada pada kita akan kita gunakan sebaik mungkin demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.  Semua media cetak dan elektronik akan digunakan sebagai pemberi maklumat yang tepat dan benar.  Usaha-usaha dakwah akan lebih berkesan dan sampai ke telinga rakyat jelata.  Ketika itu, saya penuh yakin PAS akan mendapat ruang yang lebih berkesan melalui semua media dan juga sistem pendidikan untuk menerangkan kepada semua masyarakat berbilang kaum dan ugama berkaitan perundangan Islam ini.
 
     Apabila semua rakyat berbilang kaum dan ugama ini mengerti betapa Islam itu teramat adil, saya penuh yakin dan percaya usahkan DAP, MCA atau MIC, UMNO juga akan tertarik dengan sistem perundangan Islam.  Buat ketika ini, semua parti di dalam Pakatan Rakyat perlu lah menumpukan kepada isu yang dipersetujui bersama seperti membenteras rasuah, membela nasib rakyat, meningkatkan ekonomi, menentang ISA dan beberapa isu lain lagi.  Tetapi di dalam masa yang sama, dasar parti tetap dipegang teguh.  Jangan kita bertelingkah di dalam isu yang belum pun wujud di depan mata, tetapi hendaklah bersatu di dalam isu-isu yang terlalu banyak di hadapan kita sekarang. Bagi orang-orang Islam yang berada di dalam PKR atau di dalam DAP sekali pun, mereka tidak boleh melupakan tuntutan agama untuk merealisasikan hukum Allah ini.  Hukum Allah tidak boleh dipermainkan apatah lagi tidak diyakini keadilannya.  Janganlah ahli-ahli di dalam PKR atau DAP yang berugama Islam meniru cara berfikir pemimpin-pemimpin dan ahli UMNO yang bukan mencari jalan untuk menegakkan hukum Islam ini, bahkan mencari jalan untuk menghalang perlaksanaannya.  Berbagai hujah dicipta dan direka untuk menunjukkan hukum Islam itu tidak releven dilaksanakan di negara masyarakat majmuk ini. 
 
     Pimpinan DAP pula, jangan terlalu meletakkan syak wasangka terhadap keihlasan PAS di dalam memperjuangkan hukum Islam di negara ini.  Islam tidak pernah menganiayai sesiapa hatta binatang dan tumbuhan sekali pun.  Saya penuh yakin, bukan sedikit di kalangan ahli-ahli DAP atau PKR yang Non-Muslim mempunyai keyakinan tentang keadilan Islam ini.  Cuma, beberapa kerat pemimpin di kalangan mereka yang tidak begitu memahami tentang hukum yang suci ini.  Ini tidak menjadi masalah kepada PAS kerana PAS memahami bukan mudah untuk meyakinkan Non-Muslim terhadap hukum Islam, sedangkan ustaz-ustaz dan `ulamak-ulamak' UMNO sendiri pun tidak begitu yakin dengan hukum Islam.  Tetapi, sekurang-kurangnya berilah peluang kepada PAS untuk meyakini semua rakyat terhadap hukum ini dan jangan lah ditentang secara kekerasan dan terbuka seolah-olah hukum ini sama zalimnya dengan Akta ISA itu.  Saya memuji sikap PAS yang tidak pernah menekan atau menentang secara keras dasar dan prinsip `Malaysia - Malaysian' kerana di dalam Islam hak bangsa dan ugama lain harus dihormati selagi ianya tidak menentang Islam.  Adakah hukum Islam khususnya hukum hudud dan Qisas ini menganiayai atau menghina ugama lain ?  Jika tidak, mengapa perlu ditentang ?


Those held under the ISA are defined as a group that has virtually no rights, so it is hardly surprising that prison guards treat them as less than human.

Brad Adams, executive director of Human Rights Watch's Asia Division.


I regard class differences as contrary to justice and, in the last resort, based on force.

Albert Einstein

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

New business?

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

Y! Messenger

Want a quick chat?

Chat over IM with

group members.

.

__,_._,___

No comments: