Date:

[harakahdaily] Nik Aziz yakin kemenangan PAS, hudud diterima

Nik Aziz yakin kemenangan PAS, hudud diterima

Harakahdaily
Mon | Dec 29, 08 | 12:30:22 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yakin akan tiba masanya dimana semua pihak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam termasuk termasuk Hudud dan Qisas.

Iklan
 
 
   

"Projek besar kita tengok...Islam ni projek besar, sepuluh tahun dua puluh tahun, Nabi Muhammad 23 tahun. Saya ni 20 tahun dah, pelik apa kalau lambat sikit,� katanya kepada para wartawan Buletin Online selepas Majlis Pelancaran Jentera Bantuan dari Negeri Kelantan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di Masjid Hiliran, di sini semalam.

Beliau juga turut yakin dengan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan datang dan ini berdasarkan kepada sokongan semua pihak yang semakin meningkat kepada PAS berbanding dengan beberapa tahun lalu.

"Benda-benda PAS kata sekarang ni banyak dah orang terima. Dulu...usahkan Hudud, sebut kata politik Islam pun orang tak boleh terima.Sekarang ni Melayu, PAS pun terima, Melayu Umno banyak sokong PAS dah sekarang ni, Cina pun sokong,�katanya.

Justeru beliau berharap semua warga Parlimen Kuala Terengganu akan mengundi calun PAS pada 17 Januari depan.

"Saya berdoa kepada Allah dan minta rakyat semua, Cina Melayu PAS dan UMNO sokong calon PAS, usahkan orang PAS, Umno pun saya minta untuk sokong (calon PAS),� katanya. - azm

(Ikuti berita penuh yang ditulis oleh SM Noor dan Wan Kay dalam Buletin online) _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Ads on Yahoo!

Learn more now.

Reach customers

searching for you.

Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

Y! Messenger

Group get-together

Host a free online

conference on IM.

.

__,_._,___

No comments: