Date:

[harakahdaily] PAS dampingi pengundi warga emas

PAS dampingi pengundi warga emas

Khairul Azlam Mohammad
Tue | Dec 30, 08 | 12:25:18 am MYT

KUALA TERENGGANU, 30 Dis (Hrkh)- �Perang� sebenar pilihan raya belum bermula tetapi masing-masing parti PAS dan Barisan Nasional (BN) cuba mendampingi para pengundi di Kuala Terengganu dengan pelbagai aktiviti masyarakat setempat.

Iklan
 
 
   

Majlis Tindakan Dun (MTD) Ladang dengan kerjasama Persatuan Dam Aji Negeri Terengganu menganjurkan satu Pertandingan Dam Aji 2008 bagi menghimpunkan para peminat permainan tradisional tersebut berkumpul.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato� Tengku Hassan Tengku Omar berkata peluang PAS menang di kerusi Parlimen Kuala Terengganu �cerah� berdasarkan kajian serta semakan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu.

Katanya, PAS telah membuat analisis serta mengenal pasti punca-punca kekalahan dengan mempergiatkan usaha memenangi hati para pengundi.

�Berdasarkan keputusan (PRU) lalu di Dun Ladang ini kita menang tipis tetapi bila dicampur dengan empat Dun kesemuanya kita (PAS) boleh menang 2,500 undi.

�Dun Ladang ini boleh jadi tempat penentu kemenangan atau kekalahan. Kita (PAS) mempunyai strategi untuk memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan menjadi milik PAS walau siapa pun calonnya ,� jelasnya ketika ditemui pada Majlis Pertandingan Dam Aji 2008, di Kampung Ladang Sekolah, dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya, berdasarkan kajian terperinci yang dilakukan PAS tidak mempunyai masalah dan peluang bagi memenangi kerusi tersebut agak cerah.

Harakah dimaklumkan seramai 80 peminat �Dam Aji� dari seluruh negeri Terengganu termasuk Kelantan menyertai pertandingan tersebut.

Pada majlis tersebut sebagai selingan, Dato� Tengku Hassan menunjukkan bakatnya dalam permainan tradisional �Dam Aji� dengan menewaskan pencabarnya Majid Lazim dengan keputusan 2-0. - azm _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Y! Messenger

Group get-together

Host a free online

conference on IM.

New web site?

Drive traffic now.

Get your business

on Yahoo! search.

.

__,_._,___

No comments: