Date:

[harakahdaily] 'XPDC' dakwah malam tahun baru di dua Taman Tasik

'XPDC' dakwah malam tahun baru di dua Taman Tasik

Harakahdaily
Wed | Dec 31, 08 | 10:07:15 am MYT

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan program ekspedisi (XPDC) dakwah sempena tahun baru malam ini.

Iklan
 
 
   

Pemuda Wilayah akan memfokuskan dua tempat pada malam ini iaitu taman Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Permaisuri. Dua Lokasi ini dipilih kerana tempat ini menjadi tumpuan anak-anak muda di malam tahun baru setiap tahun, kata jurucakap Pemuda Wilayah.

"Jumlah anak-anak muda yang terjebak dengan gejala sosial semakin meningkat dan amat merunsingkan kita semua. Anak muda merupakan aset negara pada masa akan datang. Jika masalah ini dibiarkan maka akan hancurlah negara kita.

"Justeru itu, Pemuda PAS Wilayah mengajak NGO, dan setiap individu menyertai program ini," kata satu kenyataan yang dihantar ke Harakahdaily.

Sesiapa yang ingin menyertai program ini, diminta berkumpul pukul 9.00 malam di Masjid Saidina Othman untuk XPDC di Taman Tasik Permaisuri manakala di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut untuk XPDC di Taman Tasik Titiwangsa. - azm _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

New business?

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

Yahoo! Groups

w/ John McEnroe

Join the All-Bran

Day 10 Club.

.

__,_._,___

No comments: