Date:

[harakahdaily] 1,000 pelajar demontrasi kutuk kekejaman Yahudi

1,000 pelajar demontrasi kutuk kekejaman Yahudi

Mohd Nor Yahya
Thu | Jan 01, 09 | 8:47:38 pm MYT

KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Kekejaman rejim haram Yahudi sehingga menyebabkan ramai penduduk Palestin menjadi korban turut mendapat kutukan hampir 1,000 pelajar yang berhimpun membantah tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.

Iklan
 
 
   

Pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya di kampus Nilam Puri mengadakan demontrasi aman di perkarangan Masjid Kampung Laut dekat sini petang tadi.

Pelbagai sepanduk bantahan dipamerkan termasuk 'Boikot Barang Yahudi', 'Ya Allah Selamatkan Bumi Palestin' dan 'Yahudi Kaum Dikutuk'.

Mereka juga membakar replika patung Perdana Menteri Israel. Laungan takbir menyemarakkan lagi perhimpunan tersebut. Image

Demontrasi yang diadakan hampir dua jam bermula selepas solat Zohor kemudian berakhir dengan bacaan doa semoga bumi Palestin diselamatkan dari kekejaman rejim Yahudi.

Presiden Persatuan Mahasiswa KIAS, Syed Mohd Ridhuan Syed Kamaruddin berkata, tujuan demontrasi itu diadakan bagi memberi sokongan moral kepada penduduk Islam di Palestin yang kini sedang ditindas rejim Yahudi.

"Kekejaman Yahudi terhadap rakyat Palestin bukan lagi isu tempatan sahaja, malah ia melibatkan ketuanan Islam di bumi Allah.

"Saya menyeru rakyat Malaysia sedar akan nasib saudara kita yang kini ditindas dan dibunuh. Marilah kita berpakat memboikot segala barangan dari negara yang menyokong rejim Yahudi," katanya kepada media selepas itu.

Image Menurutnya mahasiswa perlu bersuara kerana ia melibatkan persaudaraan Islam dan kebisuan negara Islam akan menambahkan kekejaman Yahudi.

Kata beliau rakyat Kelantan sebelum ini tidak didedahkan dengan demontrasi terhadap satu-satu isu yang menyentuh mengenai nasib umat Islam di tempat lain.

Demontrasi terbabit juga turut mendapat sokongan pihak pengurusan KIAS sehingga beberapa pensyarah turut memberi sokongan. - mj _

  Iklan Teks

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Y! Messenger

Group get-together

Host a free online

conference on IM.

Need traffic?

Drive customers

With search ads

on Yahoo!

.

__,_._,___

No comments: