Date:

[harakahdaily] Analisis : Pensyarah ramal PAS menang majoriti 2,000 undi

Analisis : Pensyarah ramal PAS menang majoriti 2,000 undi

Intan Abdullah I intan@harakah.net.my
Wed | Jan 14, 09 | 10:53:05 am MYT

KUALA TERENGGANU,14 Jan (HRKH) - PAS dijangka memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan kira-kira 2,000 undi majoriti.

Iklan
 
 
   

Analisis demikian dikemukakan oleh seorang profesor Jabatan Sains Politik sebuah institusi pengajian Tinggi Awam kepada Harakahdaily.

Menurutnya, undi Melayu masih kekal iaitu diperolehi sama rata antara calon PAS dan BN namun berdasarkan perkembangan terbaru, terdapat kira-kira lima hingga lapan peratus pengundi yang tiada arah atau atas pagar yang bertukar status kepada 'silent voters'.

"Mereka ini pada kebiasaannya akan menyokong pembangkang yakni Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi

Jelasnya, pengundi Cina pula akan memberikan sokongan kepada PAS disebabkan mereka terkesan dengan diskriminasi BN.

"Apatah lagi dengan isu penutupan markaz DAP di kampung Cina baru-baru ini menambahkan lagi kebencian terhadap Umno-BN," ujarnya.

Tambahnya, isu terbesar yang membuatkan pengundi Cina begitu benci pada BN adalah tindakan Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail yang menyatakan bahawa bangsa Cina adalah golongan pendatang.

Katanya lagi, isu tersebut telah digunakan habis-habisan oleh pihak PAS yang menyebabkan pengundi Cina merasa didiskriminasi oleh BN. - azm _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

No comments: