Date:

[harakahdaily] KeADILan Perlu Di’REFORMASIKAN’

KeADILan Perlu Di'REFORMASIKAN'
Tarikh : Saturday, January 03 @ 07:25:54 MYT
Topik : Teguran @ Kritikan


Kita menyambut dua tahun baru dalam seminggu.

Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masehi 2009.

Sejarah telah membuktikan bahawa kongkongan minda bakal mencetuskan gejala berontak dan amok yang tidak menguntungkan sesiapapun. Justeru, kerajaan rakyat.com sedapat mungkin menerbitkan hampir kesemua komen yang telah dititipkan demi pencernaan minda kearah yang lebih matang.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Parti KeADILan Rakyat, saya buat kesekian kalinya menyeru agar berlaku jujurlah kepada rakyat. Mereka yang telah bergelar Yang Berhormat atas keyakinan rakyat bahawa kalian dapat menebus ketempangan pentadbiran oleh pemimpin UMNO/BN, tidak harus leka dan lalai dengan penghormatan yang diberikan.

Jawatan Menteri Besar,  Ahli Dewan Undangan Negeri, EXCO Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan bukanlah untuk dibanggakan dan bukan juga untuk dijadikan lesen untuk berfoya-foya serta mengaut keuntungan peribadi.

Sepuluh bulan Pakatan Rakyat telah memerintah di lima negeri (kecuali PAS di Kelantan- selama 19 tahun), tahniah saya ucapkan. Walau bagaimanapun, secara ikhlas izinkan saya menegur Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, kalian perlu memperbaiki terlalu banyak kealpaan dan kesilapan. Tanpa ragu saya katakan bahawa terdapat beberapa wakil rakyat dari KeADILan yang GAGAL menjalankan amanah mereka sebagai wakil rakyat. Mereka TIDAK peka dan terlalu lambat bertindak terhadap masalah rakyat di kawasan sendiri.

Sejak April 2008 banyak rintihan rakyat yang saya salurkan terus kepada beberapa wakil rakyat berkaitan tetapi tindakan susulannya amat lambat dan membosankan. Malahan terdapat beberapa wakil rakyat yang langsung TIDAK mengindahkannya sehingga memaksa saya melaporkan terus kepada Saudara Anwar Ibrahim.

Tekad Kerajaan Rakyat.com sempena Tahun Baru Hijrah dan Masehi ini, sekiranya dimasa mendatang terdapat wakil rakyat daripada KeADILan khususnya yang leka dan alpa dalam tugasan mereka, kami akan paparkan secara terperinci setiap laporan rakyat dan tindakan yang gagal diambil oleh wakil rakyat berkaitan.

Rakyat tukar kerajaan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat untuk merasai kerajaan yang lebih adil, bertanggungjawab dan berhemah. Sekiranya kalian gagal menunaikan amanah ini, maka TIDAK mustahil pada piliharaya ke-13 nanti rakyat akan memilih Barisan Nasional semula untuk memerintah kerajaan negeri.

Kerajaan Rakyat.com mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pemimpin dan wakil rakyat yang berjaya menunaikan amanah mereka. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Anwar Ibrahim kerana dalam beberapa hal sudi melayan kerenah saya. Maaf kepada pembantu khas DSAI, saudara Ikmal kerana kadang-kala bahasa saya agak keras dan kasar. Kepada Saudara Din Merican, harapan saya agar pada tahun 2009 ini Abang Din akan lebih proaktif di Tropicana.

Harapan dan doa saya, semoga ALLAH swt merahmati dan memberkati usaha kita semua. Kepada semua pengunjung dan penitip bicara minda di Kerajaan Rakyat.com, insyaALLAH kita akan dilimpahi dengan rezeki  yang banyak dan halal oleh Yang Maha ESA, ALLAH swt.

Salam takzim,
Sofi


Those held under the ISA are defined as a group that has virtually no rights, so it is hardly surprising that prison guards treat them as less than human.

Brad Adams, executive director of Human Rights Watch's Asia Division.


I regard class differences as contrary to justice and, in the last resort, based on force.

Albert Einstein

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

New web site?

Drive traffic now.

Get your business

on Yahoo! search.

Y! Messenger

All together now

Host a free online

conference on IM.

.

__,_._,___

No comments: