Date:

[harakahdaily] Kunci Tabika Kemas modal kempen pilihan raya

Kunci Tabika Kemas modal kempen pilihan raya

Saidah Hairan
Wed | Jan 07, 09 | 4:12:12 pm MYT

GOMBAK, 7 Jan (Hrkh) - Ahli Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaraan Selayang (MPS), Khatifah Zamani Sulong menafikan dakwaan pihak pengurusan tabika Kemas yang mengunci dewan sehingga menimbulkan masalah hari pertama persekolahan dibuka.

Iklan
 
 
   
K

Beliau menegaskan kenyataan daripada pihak pengurusan tabika sebagaimana yang dilaporkan di media amat tidak betul kerana semua kunci dewan masih ada pada Jawatankuasa Penduduk (JKP) dan pengurusan tabika lama.

Katanya, notis yang dikeluarkan oleh MPS pada September lalu mengarahkan semua Pengurusan tabika Kemas dan dewan orang ramai menyerahkan kunci bagi memudahkan MPS menguruskan dewan tersebut.

Bagaimanapun, ahli PBT di setiap zon tidak menerima apa-apa balasan daripada JKP atau pengurusan tabika sama ada mahu membuat permohonan meneruskan tabika.

Sebaliknya kata beliau notis tersebut dikoyakkan dan tidak ada sesiapa yang menyerahkan kunci dewan kepada PBT.

Mengulas dakwaan dewan tabika Kemas yang dikunci beliau berkata, dewan tersebut dibuat di atas tanah MPS tanpa kebenaran.

Kebetulan pula katanya, dewan di Taman Samudera, Gombak itu digunakan sebagai tabika Kemas dan pihak Pengurusan Tabika menganggap dewan itu hak millik mereka.

"Kita tidak mengarahkan sesiapa pun untuk menutup atau mengunci pagar dewan tersebut," katanya.

Beliau hairan kerana media melaporkan dewan orang ramai Taman Selasih dijadikan tabika Kemas sedangkan dewan tersebut kosong.

Tambah beliau di Taman Selasih Fasa 2 memang ada tabika Kemas tetapi diadakan di kawasan perumahan dan pihak PBT tidak pernah menganggu.

"Dalam hal pendidikan sesiapa saja boleh buat tetapi jangan jadikan tempat tersebut sebagai aktiviti politik seperti bilik gerakan Umno-BN," tegasnya.

Beliau berkata, untuk menjalankan aktiviti masyarakat semua orang boleh menggunakan dewan orang ramai.

Khatifah yang menjaga zon Gombak mempersoalkan mengapa pihak pengurusan tabika baru mempersoalkan hal itu sedangkan notis telah dikeluarkan september lalu.

"Sebelum ini mereka datang berjumpa untuk mengambil barang dalam dewan dan kami benarkan, kami tidak ada masalah dengan mereka," katanya.

Apakah perkara itu sengaja diperbesarkan dan dijadikan isu oleh Umno-BN untuk kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu, soalnya._SH _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Y! Messenger

PC-to-PC calls

Call your friends

worldwide - free!

Yahoo! Groups

Going Green Zone

Resources for a greener planet.

Resources for a greener you.

.

__,_._,___

No comments: