Date:

[harakahdaily] Lemahnya Abdullah dan Najib membantah Israel Fahri Abdullah al-Masri Fri | Jan 0

Lemahnya Abdullah dan Najib membantah Israel

Fahri Abdullah al-Masri
Fri | Jan 09, 09 | 5:03:01 pm MYT

Beberapa laporan berhubung kenyataan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya dipetik daripada Bernama untuk dinilai bersama tentang betapa lemahnya pandangan mereka ini.

Iklan
 
 
   

Di Kuala Terengganu baru-baru ini, dalam ucapannya Abdullah Ahmad Badawi meminta masjid seluruh negara mengadakan solat hajat selepas menunaikan solat Jumaat bagi mendoakan keamanan di bumi Palestin.

Menurut laporan, beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi untuk memaklumkan hal tersebut kepada semua masjid di seluruh negara.

"Saya minta semua umat Islam di negara ini supaya sama-sama mengadakan solat hajat selepas sembahyang Jumaat. Kita doa kepada Allah s.w.t supaya bumi Palestin kembali aman," katanya.

Pertamanya, apa yang disebut oleh Abdullah itu sangat baik. Dan kita tidak boleh nafikan kebaikan yang timbul daripada saranan beliau itu.

Tetapi Abdullah adalah Perdana Menteri! Saranan untuk mengadakan solat hajat itu siapa pun boleh laksanakan! Dan, sesiapa pun boleh menyebutkan hal itu. Imam-imam masjid, tanpa gesaan Abdullah dan Ahmad Zahid pun, boleh laksanakan solat hajat itu walaupun tanpa arahan daripada Perdana Menteri dan Menteri Agama!

Sama ada wujud arahan solat hajat atau tidak daripada Abdullah dan Ahmad Zahid, akan ada masjid-masjid yang akan menunaikan solat hajat itu. Seruan menunaikan solat hajat itu pernah dilaungkan para pimpinan demonstran di Masjid Negara, Masjid Jamek Kg Baru dan penceramah Forum Hal Ehwal Islam pun boleh menyerukan hal yang sama.

Apakah yang boleh diputuskan oleh Abdullah, tapi hal itu tak boleh dibuat oleh golongan ustaz-ustaz penceramah agama dan imam-imam masjid itu?

Abdullah atas kedudukannya sebagai Menteri Pertahanan, dia pun tidak mampu dan tidak berani bercakap tentang betapa perlunya kekuatan ketenteraan untuk mengatasi kebuasan Israel itu. Abdullah takut kepada Israel dan pemuja Islam Hadhari; Bush of Amerika!

Wartawan pun mungkin bertanya soalan tentang ketenteraan kepada Najib kerana terfikir Najib adalah Menteri Pertahanan. Mungkinkah kerana itu mereka bertanya Najib tentang syor Ahmad Zahid Hamidi mengenai pembentukan pasukan tentera pengaman OIC?

Kita tak mampu susun pasukan pengaman OIC?
Iaitu, beberapa keputusan tentang ketenteraan, membentuk pasukan pengaman OIC dan mengirim pasukan tentera itu ke Palestin untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Tak salah saya, PM juga memegang kedudukan sebagai Menteri Pertahanan.

Maka, syor Ahmad Zahid terbaru, mahu mengadakan pasukan tentera pengaman OIC itu disambut dingin oleh Najib sendiri, dengan katanya, pasukan tersebut tidak akan diiktiraf Israel. Peduli apa, Israel nak iktiraf atau tidak pasukan pengaman itu wahai Najib?

"Mereka (pasukan misi pengaman OIC) tidak akan diiktiraf oleh Israel. Sekarang ini jangan cakap pasal OIC, pasukan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pun dia (Israel) tak setuju," kata Najib.

Najib mungkin tidak berminat dengan syor tentera pengaman OIC lantaran tiada komisen yang boleh diambil berbanding pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan wanita Monggolia Altantuya yang terbunuh itu. Ini pun perlu difikirkan juga. Mungkin kalau ada komisen, Najib sedikit sebanyak akan berubah pandangannya. Rasa-rasanyalah kot!

Berhubung gesaan memulaukan produk Israel, Najib berkata Malaysia tidak mempunyai produk Israel kerana tidak menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu.

Najib turun menyiasat atau tidak, itu persoalannya!
Persoalannya, adakah Najib turun menyiasat serta menyelidik sama ada produk Israel itu wujud atau pun tidak? Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir pernah mengulas sekilas tentang jualan buah Persimmon di pasaraya di Kuala Lumpur yang kononnya ada kaitan dengan negara haram Israel. Mungkinkah Najib tidak membaca blog Tun Mahathir?

Sebagai pemimpin di negara Islam, Najib sepatutnya kuat daya ciumnya ke atas segala sumber kekuatan musuh Islam ini. Barangan yang dijual dalam pasaran gelap misalnya, masih terjual kerana hal itu tidak memerlukan hubungan diplomatik antara negara.

Jadi Najib tidak boleh berkata, tiada barangan Israel atau tiada barangan daripada negara-negara tertentu kerana Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

Barangkali, kalau arwah Tun Abdul Razak masih hidup, aduan-aduan seperti ini teruslah diambil tindakan. Alangkah lemahnya Najib jika dibandingkan bapanya sendiri.

Seorang pemimpin yang baik, tidak boleh mengeluarkan kenyataan mudah sebegitu. Dia mesti menyiasat atau arahkan pegawainya menyiasat kerana di situlah yang membezakan dirinya dengan rakyat bawahan. Kalau tidak, sesiapa pun boleh jadi menteri.

Sekadar buat ulasan bahawa kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel, maka dengan sebab itu, produk yang ada kaitan dengan Israel tidak wujud, rasanya siapa pun boleh jadi menteri bagi menggantikan kedudukan Najib sebagai Menteri Kewangan.

Najib mesti bertanya semula kepada wartawan, "Betul ke ada produk Israel di negara ini? Mana kamu dapat tahu hal ini? Kalau jumpa beritahu saya. Nanti saya arahkan pegawai saya buat siasatan.."

Najib tidak bersalah jika ada suatu perkara terlepas daripada pengetahuannya. Ini perkara biasa. Tapi, apabila Najib sudah diberitahu atau dimaklumkan berhubung sesuatu isu itu, beliau mestilah pro-aktif dan buat siasatan seperti bapanya sendiri, Tun Razak.

Tetapi, Najib tidak seperti ayahnya. Najib lemah..

Malaysia tak berani pulau Dollar US
Saya harap dan berdoa semoga Allah s.w.t akan memalukan saya nanti. Saya berasa, baik Abdullah atau Najib tidak berani memulaukan matawang Amerika. Mereka berdua bukan tergolong dalam kelompok manusia yang cerdik dalam urusan kewangan dan berani pula menyanggah dollar Amerika itu.

Di sini saya bersetuju 300 peratus berhubung kenyataan Mahathir yang menyebut bahawa kerajaan-kerajaan hari ini takutkan Amerika. Maka, termasuk dalam kerajaan yang takut kepada A.S itu ialah Malaysia sendiri di bawah pimpinan Abdullah dan Najib.

Abdullah dan Najib pernah berada di bawah kabinet pimpinannya dahulu. Mesti Mahathir tahu bahawa Pak Lah dan Najib takut membuat keputusan untuk memulaukan dollar.

Jadi, saya meramalkan bahawa Abdullah dan Najib tak akan memulaukan dollar Amerika kerana mereka takut dan gentar kepada Israel. Sekali lagi semoga Allah s.w.t mengaibkan saya dengan digerakkan hati kedua-dua mereka itu bagi memulaukan dollar dalam urusan perdagangan antarabangsa. Semoga dimakbulkan doa pada hari Jumaat ini. Amin.

Najib 'bertawakal' kepada kuasa besar Kuffar!?
Kiblat tawakal Najib beralih arah daripada bertawakal kepada Allah kepada bertawakal kepada badan-badan dunia yang dipimpin oleh kuasa-kuasa kuffar tersebut.

Memang kita dapat lihat masyarakat antarabangsa mengecam keganasan Israel itu, tetapi beberapa siri demo bantahan itu dilakukan oleh orang kebanyakan bukan Islam. Pimpinan negara bukan Islam tetap tidak berganjak daripada sikap membisu mereka.

Dan kalau mereka bertindak, tindakan para pemimpin itu hanya terhad kepada semboyan, "Negara kami bantah sikap Israel!". Tamat di situ sajalah ucapan para pemimpin itu.

Betapa lemahnya Najib, dia hanya mampu berkata, hanya kuasa besar dunia mempunyai pengaruh untuk menghentikan keganasan Israel di Palestin. Najib cuma menunggu kuasa besar dunia. Kenapa tidak sekarang, Najib berusaha jadikan Malaysia sebagai kuasa besar Islam yang boleh memberikan saingan bagi mengimbangi gejala keganasan ini?

"Pada hemat saya, kuasa-kuasa besar sahajalah yang boleh mendamaikan atau hentikan keganasan yang dilakukan oleh Israel (di Palestin). Selagi kuasa besar tidak menyekat Israel, selagi itulah mereka akan bermaharajalela.

"Apa pun kita mesti dapatkan bantuan kuasa-kuasa besar dan desak mereka untuk hentikan tindakan kejam Israel," kata Najib lagi dengan lemahnya.

Abdullah dan Najib hilang izzah
Samada Abdullah dan Najib, kedua-duanya sudah hilang izzah seperti yang dimiliki oleh bapa dan datuk mereka.

Abdullah Pak Him, datuk Abdullah Ahmad Badawi dianggap sebagai wali keramat telah menenggelamkan kebuasan manusia di luar masjid lewat zikirnya, dengan izin Allah.

Diriwayatkan, suatu ketika, datuknya pernah berwirid di surau atau masjid. Tidak lama kemudian, wiridnya terganggu oleh bunyi bising mereka yang berada di luar masjid.

Beliau keluar sambil lidahnya masih berzikir, 'Masya Allah' sambil memerhatikan gelagat insan-insan liar di luar masjid. Tidak lama selepas itu terjadi bencana ke atas mereka.

Demikian juga Tun Abdul Razak yang terkenal sebagai watak yang cekap dan rapi dalam pentadbiran dan pengurusan. Jika ada saja aduan berhubung pentadbiran, maka aduan itu terus sampai ke pengetahuannya, lantas diambil tindakan.

Sayangnya, kehebatan dan izzah Abdullah Pak Him dan Tun Abdul Razak itu tidak dapat mengalir turun, diwarisi oleh cucu dan anak mereka.

Dengan izin Allah, ketika Abdullah Pak Him keluar masjid, maka terjadi bencana ke atas orang-orang yang mengganggu wiridnya. Tetapi, Abdullah Ahmad Badawi keluar masjid selesai solat Isyak, dia cuma terdaya meminta orang-ramai bersolat hajat walhal kebuasan Israel masih berterusan seolah-olah tiada penamat penghujung ke atas derita ini.

Kesimpulannya, negara-negara Islam menjadi lemah bukannya kerana kelemahan umat Islam, tapi kerana kelemahan darjat kualiti akliah serta merosotnya mutu pemikiran para 'pemimpin' umat Islam seperti Najib dan Abdullah!

4:53 p.m, 9 Januari
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Saranan dan kritikan boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

Need traffic?

Drive customers

With search ads

on Yahoo!

Yahoo! Groups

Going Green Zone

Find Green groups.

Find Green resources.

.

__,_._,___

No comments: