Date:

[harakahdaily] Tiada intergriti punca Ezam tidak lagi dihormati

Tiada intergriti punca Ezam tidak lagi dihormati - Husam

Rizal Tahir
Tue | Jan 13, 09 | 7:02:28 pm MYT

KOTA BHARU, 13 Jan (Hrkh) - Kemunculan bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor di Kuala Terengganu tidak mampu membantu Umno memandangkan intergritinya sudah dipertikaikan.

Iklan
 
 
   

Biar pun kali ini Ezam hadir dengan ugutan mahu mendedahkan surat damai antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun ia tidak lebih sekadar gimik politik.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, integriti bekas Setiausaha Politik Anwar itu sudah tidak boleh dipercayai berdasarkan dakwaan-dakwaan penyelewengan pemimpin negara sebelum ini tidak didedahkan.

"Saya kenal Ezam, dah berapa kali dia mendakwa akan mendedahkan pelbagai jenis penyelewengan. Dulu dia kata ada menyimpan enam kotak maklumat berhubung penyelewengan yang dilakukan Dr Mahathir.

"Sehingga kini pun dia tidak didedah apa-apa, ini menunjukkan integriti dia sudah tiada. Dakwaan-dakwaan yang dibuat hanya gimik politik," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kelmarin Ezam mendakwa akan mendedahkan surat rahsia mengenai usaha perdamaian antara Anwar dan Dr Mahathir kepada umum sebelum pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tindakan Ezam dengan membuat pelbagai dakwaan baru hanya akan menjejaskan dirinya sendiri.

Kata beliau tindakan Ezam menyertai Umno kononnya bagi membanteras rasuah dalam parti berkenaan, tidak sampai ke mana-mana.

"Bagi saya dia hanya sekadar mahu mencari makan dalam Umno dan bukannya masuk untuk perjuangan membanteras rasuah," ujarnya.

Sebelum itu, Husam mempengerusikan Mesyuarat Misi Cakna Palestin bersama 23 wakil pertubuhan bukan kerajaan, jabatan kerajaan, wakil-wakil kaum di Bilik Gerakan Kota Darul Naim. - mj _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

Y! Messenger

Want a quick chat?

Chat over IM with

group members.

Ads on Yahoo!

Learn more now.

Reach customers

searching for you.

.

__,_._,___

No comments: