Date:

[harakahdaily] Umno jangan tempah tiket ke neraka

Umno jangan tempah tiket ke neraka

 
Siapa yang takutkan Allah sebagai Tuhan sekian alam, pastinya takut dengan azab api neraka yang tidak terperi sakitnya. Kita dari PAS terpanggil sekali lagi untuk membetulkan semula akidah ahli-ahli Umno terutama pemimpinnya yang kononnya Islam tetapi jahil dan buta dengan arahan dan perintah Allah.
 
Kalau di Permatang Pauh isu liwat dan sumpah sudah seperti menjadi ratib bualan yang memualkan, kini di Kuala Terengganu isu hudud pula dimainkan oleh Umno seolahnya mereka tidak punya Tuhan bernama Allah yang maha perkasa.
 
Isu ini dimainkan oleh Umno sebagai senjata politik bilamana heboh diperkatakan dalam debat Wacana Transformasi Politik baru-baru ini di Kota Bharu bilamana calon Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mencabar Dato Husam Musa selaku Naib Presiden PAS untuk melaksanakan hudud diperingkat pusat sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasainya kelak.
 
Maka berbongdong-bondonglah gerombolan Umno memainkan isu ini didalam media sehinggakan calon UmnoBN untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu Dato Wan Ahmad Farid mendesak Mursyidul Am PAS Dato Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa apakah hukumnya ahli PAS yang mengundi calon DAP di Selangor, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain yang secara terang-terangan menolak hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS.
 
Beliau berkata demikian bilamana Tuan Guru pernah mengatakan mengundi PAS mendapat pahala dan Dato Wan Ahmad Farid juga bertanya apakah mengundi BN itu satu dosa sedangkan BN banyak berjaya kepada rakyat dan negara yang membina hospital, sekolah dan masjid untuk rakyat.
 
 
Jawapannya sangat mudah, kebajikan yang dibuat kerajaan sekarang adalah tanggungjawab pemerintah dan ianya hanya kosmetik kepada rakyat. Persoalan pahala juga memang benar kerana PAS memperjuangkan apa yang Allah perintahkan dalam Al-Quran, hadis nabi, ijma ulama dan kias.
 
Tolonglah Umno janganlah kamu derhaka lagi kepada Allah, tidak takutkah kamu semua dengan azab Allah yang akan dibalakan kepada manusia yang mendengar tetapi tidak mahu taat, janganlah ahli Umno jadi seperti yahudi bilamana sambutan tahun baru sibuk dengan bunga api dan mercun sedangkan umat Islam di Palestin dibedil, dibunuh dan disembelih saban hari semata-mata mempertahankan bumi suci, kiblat pertama orang Islam dimuka bumi.
 
Umno sebuah parti sekular tidak pernah berubah walaupun sudah berumur 62 tahun ditubuhkan, terus-terusan menyesatkan rakyat. Makanya tak perlulah dipersoalkan lagi maka taubatlah semua ahli Umno selagi Allah berikan kamu peluang bernafas di bumi Allah ini ataupun kamu sedia dengan fatwa undi BN seperti membeli tiket kelas pertama ke neraka.
 

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Ads on Yahoo!

Learn more now.

Reach customers

searching for you.

Yahoo! Groups

Join people over 40

who are finding ways

to stay in shape.

.

__,_._,___

No comments: