Welcome To Gaza & Kuala Terengganu Gaza dan Kuala Terengganu kedua-duanya sangat penting, jahillah kalau kita mengatakan Gaza lebih penting ataupun Kuala Terengganu lebih penting. Gaza sangat penting kerana ianya adalah tembok besar yang menjadi kewajipan kepada semua umat Islam seluruh dunia untuk membebaskannya dari penjajahan zionis yahudi Israel. 1948 adalah tahun dukacita kepada seluruh umat Islam bilamana Palestin Al-Quds dijajah oleh pengganas yahudi bilamana sejak 1917 negara-negara takluk umat Islam dijajah dan dibahagi-bahagikan sesama penjajah kuffar sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1924 umat Islam secara rasmi kehilangan empayar khalifah Islam yang gemilang lebih seribu tahun akibat sikap perkauman dan bangsa yang sempit. Kuala Terengganu adalah sebahagian daripada perjuangan penting kepada kita semua sekarang ini untuk membebaskannya dari penjajahan dan kezaliman regim Umno Barisan Nasional yang selama ini namanya sahaja orang Islam didalamnya tetapi tak ubah mirip perangai yahudi. Disaat rencana ini ditulis hampir seribu syuhada rakyat Palestin khususnya Gaza telahpun syahid menuntut janji Tuhan Allah sekelian alam dan ribuan lagi yang cedera menunggu giliran menjadi jenazah dan syuhada di jalan Allah kerana perjuangan membebaskan negara adalah kewajipan yang dijanjikan syurga tambahan pula pahala besar membebaskan tanah suci umat Islam yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum kiblat dipusatkan ke Masjidil Haram, Makkatul Mukaramah. Pilihanraya kecil Kuala Terengganu juga adalah medan jihad yang besar kepada kita di Malaysia kerana inilah dia kayu pengukur sokongan kepada PAS dan Islam itu sendiri. InsyaAllah sekiranya PAS menang di Kuala Terengganu kemenangan ini adalah hadiah kecil kepada kepada saudara-saudara kita di Palestin. Umno Palestin(Fattah- Disaat ini juga rombongan pelancong pilihanraya mula bertolak berbondong-bondong dari seluruh Malaysia yang ingin menyaksikan sendiri sebagai saksi kaki dan mata apakah sumbangan kecil kita untuk memenangkan PAS di Kuala Terengganu. InsyaAllah menang PAS menanglah Islam itu sendiri, sedari itu perjuangan ini menuntut kita pergorbanan yang besar samalah juga tuntutan jihad membebaskan Gaza dan Palestin dari bala tentera Ahzab. PAS negeri Johor minggu ini telahpun memutuskan untuk mengutip sumbangan derma yang boleh disalurkan terus kepada pimpinan PAS kawasan masing-masing untuk disatukan terus dan dihantar kepada rakyat Palestin terutamanya parti Hamas yang kini sedang berjuang dimedan hadapan dan telahpun dikepung lebih 19 hari. Semangat juang mereka masih tinggi, sedikitpun mereka tidak meminta bantuan ketenteraan dan senjata dari kita semua, bila ditanya mengapa? mereka menyuruh kita pulang dahulu, berjuang untuk membebaskan negara masing-masing dari pemimpin yang membenarkan penindasan yahudi terus dilakukan keatas mereka. Liga Arab, PBB, NAM dan OIC kini sudah semakin sepakat untuk tidak berpakat melainkan berlakon dan bersandiwara melihat kekejaman zionis Israel membantai saban hari umat Islam di Palestin dengan usul dan resolusi kutuk dan kecam tetapi tidak berbuat apa-apa. InsyaAllah kemenangan bakal tiba kepada saudara kita di Palestin, menjelang hari ke 20, Israel yang lengkap dengan persenjataannya masih belum mampu untuk menawan seluruh Gaza kerana mereka bukan berhadapan dengan golongan khianat dan munafik persis Umno Palestin sebenarnya mereka berhadapan dengan mujahidin yang ikhlas berjuang yang hanya makan kurma sebagai bekalan mereka dan parit-parit sedang digali oleh pejuang Hamas sebagai lubang neraka kepada yahudi Israel. Sekaligus ini semua mengingatkan kita dengan Perang Ahzab(Khandak) dizaman Nabi Muhammad SAW bilamana umat Islam dikepung di Madinah dengan menggali parit sebagai halangan buat musuh masuk dan hanya makan kurma sebagai bekalan tenaga mereka akhirnya Allah turunkan pertolongan kepada hambanya yang bertaqwa dan ikhlas berjuang. Teruskan perjuangan!! Layari : http://pasjohorbahr |
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment