Oleh Harakahdaily
Saya percaya kekalahan saya kerana sogokan kepada para perwakilan. Harga kehormatan para perwakilan RM200. Dengan RM200 mereka sanggup tidak pilih saya nombor 1 dan beri kepada orang lain. Saya telah membuktikan ini sebuah kerajaan yang tidak tidak adil, kerajaan yang sanggup mengunakan jentera kerajaan untuk parti.
Inilah antara ungkapan luahan hati bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno, terhadap kerajaan dan parti yang diterajui beliau selama lebih 22 tahun selepas tewas dalam pemilihan perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agungnya.
Sebelum berlepas untuk bercuti ke luar negara semalam, Mahathir dengan jelas merakamkan kekecewaan beliau. Tambahan pula beliau dituduh sebagai pemecah belah parti.
Mahathir, dengan nada yang amat marah dan kecewa, mengulangi betapa beliau sebagai bekas PM dan bekas presiden parti yang disanjungi selama lebih 22 tahun, kini dihalang untuk bercakap dengan ahli-ahli Umno.
Mahathir juga begitu marah dan kecewa apabila Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dipilih beliau untuk menggantikannya, melakukan banyak pembohongan kepada rakyat.
Ikuti luahan hati Mahathir, dalam soal jawabnya dengan wartawan yang dipetik daripada agendadaily.com:
Wartawan: Mengenai dakwaan berlaku sogokan.Adakah Tun akan mengalakan mereka yang terima wang RM200 membuat laporan?
Dr Mahathir: Mereka tidak mahu membuat laporan kerana beberapa sebab. Antaranya mereka akan kena soal dan sebagainya. Seorang wanita menerima envelop dan senarai nombor...dia ambil duit tu tetapi tunjuk envelop coklat dan senarai nombor.
Adakah Tun akan menghadiri Perhimpunan Agung UmnoPak Lah kata akan jemput?
Mereka jemput...soal nak hadir atau tidak terpulang kepada saya untuk putuskan.
Bila nak putuskan?
Saya akan putuskan bila tiba masanya nanti.
Tun nak laporkan sendiri kepada Lembaga Disiplin Umno(mengenai dakwaan sogokan)?
Tidak, saya tidak percayakan lembaga itu...salah seorang anggota lembaga itu bercakap menentang saya...Osman Aroff ahli lembaga itu. Dia bercakap menentang saya...maksud anda saya akan komplen kepada dia.
Tun akan terus bercakap?tidakkah ia akan memecahbelahkan negara?
Tidak ia tidak memecahbelahkan negara...sayalah orang yang menyatukan parti...saya bukan pemecah...Tengku Razaleigh cabar saya memecahbelahkan parti..saya bawa balik (ahli) Semangat 46 (masuk Umno)...bila Anwar memecahbelahkan parti...saya yang menyatukan balik parti di mana pada (pilihan raya) tahun 2004 kita menang lebih baik berbanding tahun 1999. Orang lain yang pecahkan parti...saya menyatukan parti.
Semalam Pak Lah kata akan tetap beri tempat kepada Tun untuk berkhidmat?
Khidmat apa...suruh kata kami sokong. Bukan boleh kata tak sokong...kena kata sokong...saya tak mau khidmat macam tu...kalau nak suruh khidmat bagi saya kebebasan saya bercakap dengan ahli-ahli Umno...itu khidmat yang saya nak bagi. Tak pernah terjadi dalam Umno tekanan yang semacam ini...sampai tak boleh nak bercakap dengan siapapun. Kalau masuk dalam suratkhabar pun ada twist...kerana mereka telah ambil berkerja ni spin doctor baru dari Singapura yang terlatih.
Kerajaan nampak tak senang hati dengan tindak tanduk Tun. Apakah Tun rasa Tun dah cukup memalukan mereka (kerajaan)?
Mereka ada daya tahan terhadap malu. Masalah dengan bercakap bohong...akhirnya anda akan percaya pembohongan anda sendiri. Bila New Straits Times melaporkan betapa ramainya orang sukakan Perdana Menteri...dia kini percaya orang suka padanya. Kerana (New) Straits Times kata begitu. Setiap hari Straits Times melaporkan orang suka padanya...ambil gambar orang bersalaman dan sebagainya. Jadi setelah beberapa lama percayalah. Tentu dia percaya orang benci saya...tapi saya tak tahu kenapa bila saya pergi sana sini orang masih nak cium tangan saya (ketawa).
Semasa berucap kepada para penyokong tadi, Tun ada kata nak senaraikan kesalahan kerajaan sekarang, bagaimana Tun nak melakukannya?
Saya akan senaraikannya...dan saya akan beritahu orang ramai...saya ada idea..
Apakah tindakan Tun bererti mahu Perdana Menteri letak jawatan?
Sama ada dia berubah atau letak jawatan. Kalau dia berubah ok. Kalau dia tukar dasar luar...kembalikan kakitangan (yang dah berhenti) Jabatan Pengarang Straits Times. Berhenti sekatan melaporkan apa yang saya kata. Membenarkan saya bercakap dengan orang...dia boleh terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Tun...saya dari Umno-Reform...saya juga seorang ahli Umno...saya menghadapi 22 tuduhan (Lembaga Disiplin Umno) antaranya kerana menganjurkan majlis Tun di Taman Melawati...antara 22 tuduhan itu menyebut saya cuba menjatuhkan Presiden parti dan sebagainya. Kalau Tun teruskan cara Tun...Tun akan kena tindakan Lembaga Disiplin...apa pandangan Tun?
Yang tu tak upayalah...kalau nak ambil tindakan la ni pun dah ambil tindakan...saya digantung tak bertali...saya tak boleh bercakap langsung dengan ahli Umno walaupun saya ahli Umno dan bekas Presiden Umno...tak boleh bercakap dengan ahli Umno macam kena gantung dari Umno. Orang yang kena gantung pun boleh bercakap...yang belum dapat keputusan pengantungan tak boleh bercakap langsung dengan orang Umno...saya hairan tak pernah berlaku macam ni...apa yang dia takut sangat. Kalau tak salah jangan takutlah. Tindakan disiplin kalau nak ambil...ambilah.Apa saya nak buat. Saya pernah disingkir dari Umno sebelum ini. Mengenai Presiden (Umno)....Presiden itu bukanlah satu institusi hingga tak boleh tegur langsung...kita tahu Yang Dipertua Umno pertama Dato Onn Jaafar tak jadi Presiden bila cadangannya tak diterima Umno. Tunku Abdul Rahman dengan rela hati undur diri. Dr Mahathir pun dengan rela hati undur diri. Kalau jadi Presiden tak boleh berhenti dah ...susahlah.
Melihat kenyataan Tun...Tun seperti memberi nak beri tekanan agar berlaku perubahan kerajaan?
Pertukaran dasar atau pertukaran kerajaan...itu terserah kepada Umno untuk memutuskannya.Kalau Umno tak memutuskan...kata Yes Minister...saya tak tau samaada Umnotelah berubah atau tidak. Sebelumnya cukup kritikal...masa saya disitu sebagai Presiden Umno...Tengku Razaleigh cabar saya,Musa Hitam cabar saya, Ahmad Badawi juga cabar saya.
Jika Tun diberi platform dalam Perhimpunan Agung Umno...apakah itu antara yang Tun nak tekankan?
Sekiranya saya diberi platform...saya akan beritahu segalanya.Masalahnya saya cuma akan diberi masa lima minit. Saya kena buat dalam masa lima minit apa yang orang lain buat dalam tiga jam.
Bagaimana dengan (Dato') Saad Man (bekas Setiausaha Politik) kini menentang Tun?
Tu biasalah...Saad Man mana boleh percaya.
Ada sebarang kata-kata untuk pengundi (Umno Kubang Pasu) yang telah mengundi Tun?
Terima Kasih kepada dia orang...walaupun tekanan yang hebat...mereka masih bagi kepada saya lebih 200 undi...sikit lagi saja. Saya nombor 9...sikit lagi nak menang.
Adakah Tun akan pergi menjelajah Malaysia untuk mendapatkan sokongan akar umbi agar Umno memberi ruang kepada Tun untuk bercakap di Perhimpunan Agung Umno November ni?
Macam mana pun akan di sekat...saya akan pergi...macam pergi ke Johol (jemputan dari sebuah cawangan dalam bahagian Kuala Pilah) hari tu. Tiba-tiba ada konsert pop yeh yeh...tiba-tiba dengan tujuh buah bas untuk ambil orang dari Johol supaya tak dengar ucapan saya...itu pun ada 300 orang datang...nak dengar juga. Kita tak boleh tutup mulut 27 juta manusia yang ada di Malaysia ni...tak boleh tutup telinga dia...dia akan dengar.
Baru-baru ni seorang menteri mencadangkan Tun patut jadi Menteri Kanan macam Lee Kuan Yew?
Tidak...saya tidak mahu jadi macam Lee Kuan Yew...saya tidak ada niat nak kembali dan menjadi Perdana Menteri ataupun Menteri Kanan. Tapi saya ada tugas untuk membetulkan keadaan...untuk memastikan negara ini berada dilandasan yang betul dan memastikan negara ini tidak digunakan oleh sesiapapun untuk kepentingan peribadi atau keluarga.


No comments:
Post a Comment