Oleh Harakahdaily
Sekumpulan penggerak internet yang menggelarkan diri mereka sebagai kickdefella.blogspot.com dan dan undurlah.blogspot.com menyelar Perdana Menteri dan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang gagal.
Dalam laporan yang disiarkan menerusi laman umno-reform.com kumpulan tersebut menyenaraikan beberapa insiden termasuk janji-janji yang tidak dapat ditunaikan selepas Abdullah mengambil alih kepimpinan negara dan parti daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum ini Mahathir secara mendakwa Abdullah membawa kepimpinan kerajaan dan parti ke arah diktator kerana menghalangnya bercakap kepada ahli Umno dan mengarahkan ahli Majlis Tertinggi termasuk Menteri menghentamnya secara terbuka.
Malah bekas PM itu turut digelar iblis dan beruk serta pemecahbelah parti kerana terus mengkritik peribadi dan kepimpinan Abdullah.
Sehingga dalam sidang akhbarnya Isnin lalu, Mahathir secara terbuka mengesa Abdullah meletakkan jawatan dan mendakwa pengantinya itu mempunyai sifat 'habit of lying'.
Antara kegagalan dan kelemahan Abdullah yang disenaraikan oleh sekumpulan penggerak internet antaranya adalah:-
1. Beliau telah gagal mengotakan janjinya yang dibuat di dalam manifesto pilihanraya 2004.
2. Beliau telah gagal mengotakan janjinya yang dibuat setelah di lantik selaku Perdana Menteri untuk membersihkan Malaysia dari gejala rasuah.
3. Beliau telah gagal menjalankan usul Suruhanjaya DiRaja berhubung penubuhan IPCMC.
4. Beliau telah gagal mempertahankan maruah negara Malaysia di dalam hubungan diplomatik.
5. Beliau telah gagal mempertahankan kedaulatan Malaysia di dalam perjanjian-perjanjian perdagangan dua hala.
6. Beliau telah gagal mempertahankan nama baik Y.Bhg Tun Dr. Mahathir, seorang negarawan ulung yang telah begitu besar jasanya kepada negara daripada di keji dan dihina.
7. Beliau telah gagal mengambil tindakan terhadap menantunya yang mengusulkan bahawa Y.Bhg Tun Dr. Mahathir adalah Beruk.
8. Beliau telah gagal mengambil tindakan terhadap menteri-menteri kabinet beliau yang bersikap kurang ajar terhadap Y. Bhg. Tun Dr. Mahathir.
9. Beliau sendiri telah menghina Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir dengan mengusulkan bahawa Tun Dr. Mahathir ibarat Iblis.
10. Beliau telah gagal menjamin kebebasan bersuara yang diperuntukan oleh perlembagaan mengakibatkan Tun Dr. Mahathir merasakan dirinya lebih hina dari mana-mana pacar Tuanku (Raja) yang terhina.
11. Beliau telah secara terbuka menipu rakyat Malaysia dengan membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan kebenaran hakiki.
12. Beliau telah menipu rakyat Malaysia dengan tujuan mempertahankan anaknya sendiri.


No comments:
Post a Comment